10 May 2013

Azan Subuh Menjadi Penyelamat




RUMAH pusaka didiami empat beradik musnah dalam kebakaran.

Kuala Krai: Azan Subuh menyelamatkan empat beradik daripada rentung selepas abang mereka yang bangun daripada tidur untuk menunaikan solat melihat api membakar dinding bilik tidur rumah mereka di Kampung Laloh, dekat sini,lalu menjerit menyuruh semua adiknya keluar dari rumah, semalam.

Dalam kejadian jam 5.40 pagi, rumah pusaka berusia lebih 30 tahun itu musnah sama sekali dan kerugian dianggarkan RM170,000.

Mangsa Mohd Faizol Mat Jusoh, 22, berkata, dia mendengar jeritan abangnya, Mohd Alias Mat Jusoh, 42, yang memaklumkan dinding bilik tidur terbakar dan menyuruh supaya segera keluar dari rumah.

Katanya, ketika kejadian, hanya mereka berempat berada di rumah kerana ibu mereka Samsiah Hamid, 56, berada di rumah ayah tiri.

“Ketika kebakaran bekalan elektrik terputus. Api marak pantas menyebabkan kami tidak sempat menyelamatkan barangan penting termasuk dokumen pengenalan diri.

P/S : Alhamdulillah semua selamat. Hope bersabar dengan dugaan. Hikmah bangun Subuh.


4 orang komen:

Shakirah said...

Innalillah kesiannya moga tabah. ada penyelesaiannya insyaAllah

NAL said...

Azan penyelamat. Alhamdulillah..

Sukma said...

setiap yang terjadi ada hikmahnya....

Cik Fie said...

Alhamdulillah semua selamat ;)