06 November 2012

Menghina Sultan Ditangkap, Kalau Hina Hukum ALLAH S.W.T Dibiarkan..

Aku buat entry nie, silap-silap aku pulak yang nak kena tangkap. Ikut suka lah nak tangkap aku ka dak. Aku takut ngan ALLAH S.W.T ja. Tak payah nak takut ngan manusia. Tambah-tambah lagi manusia yang berhati binatang. Ooops. Nie bukan isu politik ke apa tapi nie lah mentaliti masyarakat Malaysia sekarang yang sangat-sangat takut untuk bersuara benda yang benar. Come on la. Jangan nak jadi penakut sangat wey. Jom kita baca artikel di bawah nie. Terdapat seorang hamba ALLAH S.W.T yang dianiaya. 

Yang pasti tak diwar2kan di media Malaysia
|
|
|
V

Ahmad Abdul Jalil yang berusia 27 tahun adalah mangsa terbaru tangkapan kononnya 
kes penghinaan kepada Sultan Johor pada hari jumaat 2/11/2012, Menurut keluarga Ahmad, tiada bukti, repot polis oleh pengadu, waran tangkap dan dakwaan dinyatakan oleh pihak polis semasa tangkapan dibuat. 

Hari ini, mahkamah memutuskan tidak menyambung reman terhadap Ahmad Abdul Jalil 
keluar saja dari mahkamah, pihak polis telah menangkap kembali ahmad abdul jalil tanpa penjelasan apa apa seperti di culik dan mahu menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan 
rakyat, tiada berita diketahui tentang nasib Ahmad setakat ini.


Cara penangkapan begini akan menyebabkan institusi raja di malaysia
bakal berakhir ke muzium jika rakyat bangkit mahukan perubahan, ianya akan memburukkan 
lagi anggapan rakyat terhadap institusi raja raja melayu dan polis, biarlah tangkap dengan
cara adil dan amanah serta tidak aniaya, bukan tangkap walau mahkamah sudah lepaskan
kemudian simpan kemudian terus lenyap.

Itu jika rakyat, bagaimana pula tentang pemimpin tertinggi yang jelas dan terang-terangan menghina institusi raja-raja kat Malaysia nie. Langsung tak dak apa tindakan. Tapi kalau rakyat buat, hampa terus nak tangkap hukum kononnya berdosa besar plak. Tapi yang hampa menghina hukum agama ALLAH S.W.T. tetapkan boleh plak? Walawey.. Sedih sungguh tengok negara Malaysia nie. Makin lama makin pelik. 


Sapa asa entry nie entry politik, sila tekan pangkah di atas. Aku tulis sebab tak puas hati rakyat dilayan mcm hanjing ja. Nak tangkap sapa, tangkap. Palaotak la. Oh Malaysia Tanah Airku.
 P/S : raja jahat jangan di hina - raja baik jangan di sembah - Hormati raja yang bertaqwa :) SETUJU?

8 orang komen:

Anonymous said...

sebelum ko post mende ni ade x ko pikir ttg rukun negara?

setiap org harus kita hormat..
aku rasa ko ni dah lupa tanah mana ko jejak ni..

xpun ko mesti ada darah2 campuran indonesia..xkn pure melayu kot...
xyah bangga sangat la kau orang malaysia TULEN..

Secret Name said...

betullah Apit! Piqa sokong sangat2. Berani kerana keadilan!

Dadudu said...

terbaekk arr post ny~!! setuju~!!! (y)

Azza Afdzal said...

mcm-mcm betul la...tp apit azza nasihatkan agar apit berhati-hati menulis kalau melibatkan hal politik ney..

Diari Si Froggie said...

Datang nak tangkap apit sumbat dalam lokap bawah tanah untuk dijadikan korban esok lusa.. ekekeke.. biasa la apit dunia akhir zaman masing2 bercanggah.. yang penting kuatkan dan pertingkatkan iman :)

bcrlangkawi said...

Sebelum Tangkap Apit...Mai Tangkap Bang chik Dulu... Berani Kerana Benar Takut Kerana Salah, Aku sokong ang apit... Aku nak Rakyat Tahu Keadaan Negara Kita Sekarang Macam Mana...
Dah Makin Teruk

bLaCk pEarL said...

assalamualaikum...apit, sy dh bca komen anon yg dekat ats tu. hat pasai rukun negara. boleh apit komen2 skit pasai komen anon tu?

suraya said...

to anon,

rasa2nya kita org ni belum lupa lagi bumi mana kita org pijak.

Bumi ni of course la milik Allah. semua orang berhak ke atasnya. bukankah kita ni khalifah2 Allah swt?

jadi mengapa ayat dari anon tu seperti ayat orang bongkak? lupa ke dengan kuasa Allah?

kenapa mesti ckp psl rukun negara la, tapi rukun iman & rukun islam letak mana? kat kepala lutut ke?