Last updated!

28 April 2013

Petua Untuk Menghalau Lalat Di Dapur






Assalamualaikum w.b.t

Pilihan1: Ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan masukkan ke dalam cawan atau mangkuk berisi air. Biarkan ia terdedah di ruang dapur anda. Lalat-lalat yang berterbangan akan keluar dengan sendirinya dari ruang dapur anda.

Pilihan 2: Ambil secekak daun kari, kibaskan pada lalat yang berada di meja makan anda. Kemudian letakkan daun kari tersebut pada gelas yang berisi air di sudut meja makan. Dengan cara ini anda dapat menghalau lalat dari meja makan anda.

Pilihan 3: Ambil beberapa tangkai daun belimbing. Kibaskan pada lalat-lalat yang berada di meja makan anda.

Pilihan 4: Ambil sedikit cecair peluntur dan titiskan pada kain buruk tanpa mencampurkannya dengan air. Selepas itu lapkan kain tersebut pada sekitar ruang dapur seperti meja makan, kabinet, dapur memasak atau tempat-tempat lain yang anda rasa perlu. Lalat pasti akan berkurangan.

Pilihan 5: Ambil 2 batang lilin dan nyalakan apinya. Setelah itu letakkan di meja makan atau di tempat meletak hidangan. Lalat tidak akan mengerumuni hidangan anda.


9 orang comel komen:

Normi Nieza said...

good sharing..:)

Nao Mei said...

No.5 tu biasa cik akak guna :)

deno said...

thanks for this info apit :)

Shakirah Rosli said...

oh baru tahu . selalu pukul je pakai penyapu xpun pakai yg lekat2 getah tu

Shida Radzuan said...

ni dapur shida nih..pntg nmpak biru hahaaa ..semua dia punya ^_^

Faeytynn Zayn said...

la ye ke?sebelum ni selalu guna kertas yang kalau lalat hinggap tu terus pengsan je...nice sharing

Faeytynn Zayn said...

la ye ke?sebelum ni selalu guna kertas yang kalau lalat hinggap tu terus pengsan je...nice sharing

Sukma Haron said...

selalu guna daun kari halau lalat...

Cik Fie said...

nice info :)