Assalamualaikum w.b.t
Pelakon Emma Maembong yang tercicir dalam pelajaran berharap golongan remaja tidak menjadikannya contoh untuk mengambil ringan soal pelajaran kerana perkara itu penting untuk kejayaan seseorang. Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 21 (aku tua 3 tahun), berkata, tujuan dia mendedahkan sekadar menuntut sehingga di tingkatan dua itu hanyalah untuk menaikkan semangat golongan berkenaan.
"Memang ada sesetengah orang berpendapat remaja yang tidak habis sekolah mempunyai masa depan yang gelap ataupun tiada masa depan.
"Tetapi bagi saya, selagi ada usaha, walaupun kita tidak belajar tinggi, kita mampu menjadi golongan yang lebih hebat daripada orang yang berpendidikan tinggi jika kita sanggup berusaha.
"Saya harap, bagi yang mampu bersekolah, jangan pula mengambil mudah untuk tidak belajar kerana pendidikan itu amat penting buat diri dan kehidupan kita. Gunakan peluang yang ada sebaik mungkin," katanya .
Emma terpaksa menamatkan alam persekolahan ketika berusia 15 tahun kerana perlu menjaga adik lelakinya bernama Ahmad selepas ibu dan bapanya berpisah. Disebabkan berada dalam kehidupan yang susah itu, dia hanya mampu mengikut jejak langkah bapanya iaitu pelukis terkenal negara, Ismail Embong.
Bagaimanapun kata Emma, bagi melihat kemampuan diri di bidang lain, dia menceburi industri lakonan menerusi pembabitan drama sulungnya, Kau Yang Terindah arahan Erma Fatima pada awal tahun lalu.
"Sejujurnya saya tidak malu menceritakan apa yang telah dilalui pada masa dulu.
"Dan saya faham, sebagai selebriti saya perlu menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat agar apa yang saya alami ini dapat menjadikan ia sebagai contoh untuk orang lain,” kata Emma yang dibesarkan oleh bapanya selepas perceraian keluarga.
Tambah Emma lagi, dia mahu mereka yang mempunyai nasib serupa agar tidak berputus asa sebaliknya terus berjuang serta berani mengambil segala peluang untuk menjadi seorang manusia berguna.
“Selepas saya membuat pendedahan itu ramai pihak yang memberikan saya respons positif dan bersimpati dengan nasib saya tetapi tidak kurang juga yang mengkritik. Tetapi semuanya saya terima dengan hati terbuka,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Emma baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama bersiri Kampung Girl selain dilantik menjadi duta kepada produk Silky Girl.
P/S : Takpa Emma, abang tak kisah..abang boleh jaga emma..come to papa sayang..Hoho.. Kalau u pon i xdapat, dapat adik u pon i sanggup. Hahaha.
4 orang komen:
hehehehe , gatal semacam cik fizi nih , hehehe
nape tak letak Ema Ismail je? erm nak glamour,pepon ema ttp cantik
Adoi sengal ja ayatnyo, hohoho ^^
poyo ko Apit...takper dia cantik belajar pun tak tinggi ....
Post a Comment