Last updated!

16 April 2013

Kalau Comot Suami Pun Tak Lalu Makan - Rozita Che Wan



Assalamualaikum w.b.t

Pelakon yang terkenal dengan imej seksi dan gemar memakai bulu mata palsu, Rozita Che Wan akui dirinya akan tetap mengekalkan imej sebegitu meskipun mengikuti program MasterChef Selebriti Malaysia Musim Kedua yang bakal berlangsung di Astro Ria mulai 20 April ini.

Menurut Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta, dirinya tidak mengalami sebarang masalah sewaktu mengikuti program tersebut walaupun dia memasak dengan gaya yang elegan.

"Betul (masak dengan gaya ala majlis anugerah). Nak masak tak semestinya kena pakai comot-comot. Kita berpakaian cantik pun kita boleh masak. Tak semestinya orang yang cantik itu tak pandai masak".

"Kalau masak pakai comot-comot, suami pun tak lalu makanlah. Solekan saya pun tak adalah luntur ke apa ke. Elok saja. Tak adalah pula bulu mata terjatuh dalam rendang. Tak ada masalah".

Dalam pada itu, Che Ta turut kongsikan pengalamannya sewaktu memasak ketika cuaca panas dan akui masih boleh teruskan cabaran tersebut meskipun cuaca pada ketika itu mencacatkan sedikit solekannya.

"Apabila cabaran di luar, masak selama tiga jam di padang polo ketika cuaca panas, cuma ambil tisu untuk lap peluh. Memang tak ada masa untuk betulkan solekan dan dengan muka macam itu lah, kami hidangkan makanan".

P/S : isteri kalau nak masakkan utk suami...baca doa n selawat....bukan pakai bulu mata palsu....


18 orang comel komen:

Paly said...

mak aih.. pedih tol ayat bwah tu... haha

zaza nizam said...

terbaik apitz!! yg betul baca doa dan selawat baru berkat hehe..

D'ya D'ana said...

hahha btul2,, tak kan nak masak telur mata pon nak pkai mkap tebal2 haha che ta che ta

Normi Nieza said...

che ta. oh che ta...haha

Faeytynn Zayn said...

wah master chef malaysia tak lame lg nak start!!oh yeah

Mrs Velentine said...

apa2;ah che tah

cweet pinky said...

bab nak cantek time masak tuh , CP tak kater ape larr , betul la , kalaw nak masak , elok kemas la , tapi kalaw pakai mekap tuh , um ... kalau CP la memasak , better takyah nak pakai mekap , rimas t , blu mata palsu ?? hahahaha , lagik la , time tak masak pown tak pakai , nak pakai time masak , sedar2 dah terbakar je , hahahaha !!!

hahaha , ayat kat bawah sekali tuh memg terbaek !! hahaha

Sukma Haron said...

baca doa lagi untuk pikat hati suami....

~didiey~ said...

betul tu! kena selawat banyak2. xsemestinya kalau xcantik, x make-up, org xlalu makan masakan kita.

AinNawwar said...

ayat last tu, terbaekk. hehe

selipar putih said...

AYat bawah tu terbayeek..takdenya orang nak makan muka kau tu kalau lawa mana pun..haha

selipar putih said...

AYat bawah tu terbayeek..takdenya orang nak makan muka kau tu kalau lawa mana pun..haha

Cik Fie said...

saya suka ayat paling bawah sekali tu . hihi :)

Nina Maslizza said...

SAMA..saya pun suka ayat bawah tu

Nur Dzafirah said...

seksa~

Anonymous said...

pakai cantik-cantik pun kalau masak tak sedap suami tak lalu nak telan juga

nurul said...

mak aih . . kalau ang mekap bagai pun tapi ditinggal suami dulu, apacer? huhu

Anonymous said...

Itu hak masing2, tpi memang btullah klau nak memsak memanglah kena kmas dr smua segi trmsuklah pnmpilan diri & x slah pun klau nak lwa msa msak & x smstinya diorg x bca slwat. Jdoh & maut tu kan di tgn Tuhan, yg pnting usha tu tngga kjyaan... Nobody perfect...