08 April 2013

Budak pintar habiskan kiraan 280,987 x 999,999 kurang 20 saat



Assalamualaikum w.b.t

Budak pintar habiskan kiraan 280,987 x 999,999 kurang 20 saat.
 Itulah masa yang diambil genius atau budak pintar matematik dari Malaysia, Adi Putra Abdul Ghani, 12 tahun, untuk mendarab 280,987 (tarikh lahir penulis) dengan 999,999. "280,986,719,013," tulis Adi atas kertas setelah mendarab angka itu dalam mindanya tanpa menggunakan kalkulator.

Ternyata, jawapannya tepat setelah dibandingkan dengan kiraan kalkulator telefon bimbit wartawan. Dia kini berada di Singapura atas undangan Jamiyah Singapura untuk mengendalikan bengkel matematik. Semalam, Adi mengongsi rahsia dan formula mengira dalam satu bengkel bersama penghuni Darul Ma'wa di Guillemard Crescent.

"Jangan pakai kalkulator. Guna otak anda kerana ia lebih berkuasa," ujar Adi dalam bengkel lebih sejam itu, yang turut menyelitkan kata-kata motivasi kepada kanak-kanak - ada yang hampir sebaya atau lebih tua daripadanya.

MATEMATIK MUDAH: Budak pintar matematik, Adi, menunjukkan cara mendarab menggunakan formula 'pelangi' yang diciptanya dalam satu bengkel di Darul Ma'wa, semalam.
Esok, Adi akan mengendalikan bengkel I am a Genius and Headstart in Mathematics di auditorium Masjid Sultan bersama guru matematik dari Singapura, Cik Aisah Mohd Osman. Lebih 500 orang yang sudah mendaftar untuk menyertai bengkel tersebut.

"Saya ingin mengajar kanak-kanak lain agar mereka tidak lihat matematik sebagai satu mata pelajaran yang susah," ujar Adi, yang berasal dari Perak.

Sejak berusia enam tahun, Adi telah menarik perhatian Malaysia dengan kebolehannya menghuraikan masalah matematik yang rumit. Pada usia sembilan tahun, dia menjadi ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikatnya yang menjual barangan makanan kesihatan yang dipasarkan di bawah namanya. Bosan dengan sekolah dan sistem pendidikan yang dirasakan 'tidak sepadan' dengan kebolehannya, Adi kini dididik di rumah.

"Kami masih cari sistem pendidikan terbaik buatnya. Ada pelbagai saranan yang kami terima mengenai pendidikannya tetapi setakat ini kami hanya lakukan kaedah trial and error (cuba-cuba) sahaja," ujar ibunya, Puan Seri Hana Elias, 38 tahun, yang akur tidak mempunyai kepakaran dalam matematik.

Adi kini seorang jurulatih dan pensyarah yang telah mengendali bengkel matematik kepada ribuan kanak-kanak di Malaysia dan Brunei. Baru-baru ini, dia menghasilkan buku Seni Matematik Islam mengenai 12 formula matematik yang diciptanya sendiri - hanya sebahagian daripada lebih 200 formula yang telah diciptanya.

P/S : Bijak adik nie. Malaysia kena buat tempat khas budak2 genius macam X-Men tu. Hihi.


21 orang komen:

Cik Puan said...

Bijok nyeeeee..

nabila biela said...

terbaik la !

munirah :) said...

pernah tengok dia mengajar masa saya darjah tiga (dia darjah satu)
memang teramat kagum. subhanallah

Cik Fie said...

adi putra ni memang bijak ! :)

Unknown said...

bestnya dia, Syukur Alhamdulillah anugerah Allah :))

MalizaMah said...

tabik spring dgn kebolehan dia...

Dayang Deno said...

mmg bijak! btw, betul jugak kata apit tu... hihi

Unknown said...

kcik2 dh jadik pensyarah... adeh.....
setiap orng ade klebihan tersendiri.... xD

Unknown said...

bijak nya..hihi

Emas Putih said...

pandai budak ni. nak try ngorat pasni

Unknown said...

Bijak!

dzafirahzain said...

Hehe. X-men o\pon boleh lah... ^^ dah besar ini budak... ^^

Jade said...

bestnya jadi bijak...

I heart math and adi putra..wuwuwu..

Unknown said...

Wau memang dasyat lah Adi Putra ni..kecik2 dah jadi pensyarah..

Unknown said...

bijak memang dia bijak tapi dengar kata dalam maths jela dia pandai

Shakirah said...

Best masa adi putra ceramah ^^ terbaik !

Chel Alalguring said...

mashaAllah.

Zulfadli Hakim said...

Hebatnya otak yang Allah bg pada dia.
^^

Zaza Iman said...

anugerah Allah =)

Sukma said...

idea budak genius nie patut dipatenkan supaya kita tahu identiti sebenarnya formula matematik beliau...

FN said...

owhh ni adek aku ni..