Assalamualaikum w.b.t
Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan hari ini tarikh pengundian untuk Pilihan Raya Umum ke-13 ialah pada Ahad, 5 Mei, dan penamaan calon pada 20 April, 2013.
Hari pengundian awal untuk anggota pasukan keselamatan dan pasangan dan pengundi di luar negara pula ditetapkan pada 30 April.
Pilihan raya kali ini akan menyaksikan tempoh kempen yang agak panjang, selama 15 hari, bermula selepas penamaan calon dan berakhir tengah malam 4 Mei.
Hari Ahad ialah hari bekerja di dua negeri dikuasai PAS; Kelantan dan Kedah, dan juga di Terengganu, yang menjadi sasaran PAS untuk ditawan dalam pilihan raya kali ini.
Sebelum ini, Pilihan Raya Umum ke-11 diadakan juga pada hari Ahad, 21 Mac, 2004, yang menyaksikan kemenangan besar Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Pilihan Raya Umum ke-12 diadakan pada hari Sabtu, 8 Mac, 2008.
Hari berikutnya, Isnin ialah hari bekerja di negeri-negeri lain termasuk di Lembah Kelang, kawasan yang didiami ramai pengundi di negeri-negeri Kelantan, Kedah dan Terengganu.
Kesan mengundi pada hari Ahad ini bakal menyumbang kepada keterbatasan pergerakan ramai pengundi, terutama di negeri-negeri utara semenanjung - dan juga di Sarawak dan Sabah - disebabkan faktor seperti masa yang terhad dan kemungkinan kesesakan jalan raya.
Wujud kemungkinan jumlah pengundi yang akan merosot disebabkan hari mengundi yang jatuh pada hari Ahad, terutama di negeri-negeri yang bekerja pada hari tersebut, dan memerlukan pengundi balik mengundi dari jauh.
Hari bekerja selepas hari mengundi juga bakal menyaksikan kegiatan politik yang terhad pada hari pengundian, tidak seperti biasa apabila hari mengundi ialah hari Sabtu.
Kegiatan seperti aktiviti parti dan penyokong dan kemungkinan juga protes pada malam hari pilihan raya boleh menjadi terhad akibat faktor hari bekerja keesokannya.
Hari mengundi diikuti hari Isnin juga bermakna urusan pejabat yang diperlukan boleh dilaksanakan segera pada hari berikutnya, sama ada oleh kerajaan yang baru dipilih atau yang mengekalkan kuasa.
Faktor hari bekerja selepas hari mengundi dalam pilihan raya umum kali ini bakal memberi kesan kepada jumlah yang keluar mengundi, terutama yang memerlukan perjalanan jauh, dan memerlukan strategi baharu parti-parti yang bersaing, terutama parti-parti dalam gabungan Pakatan Rakyat.
P/S : Keluarlah mengundi. Tentukan siapa pemimpin kita. Jangan tersalah pilih lagi ye.
9 orang komen:
Nmpk sngt pengecut.Ye lah,pakai topeng utk tutup muke.tkut-tkut kena tahan nanti.Buuu.. Bodoh laa
kali ketiga mengundi...election on Sunday?..kedah coti sek ka?...adeh!...bsesak laa atas highway nnt...kena amek coti senin la cenggitu..
hahahahaahahahah!! memang orang yg pakai identiti 'Anonymous' untuk komen ni berani sangat
jom kluar mengundi...:)
Lu Anymouse pon brani sgt ka pakai id anymouse tu komen?? yeah!!
aku harap sgt Najib boley digulingkan walaupun harapan tipis insyallah, allah lebih mengetahui perkara yang sebenar
p/s:bengan debat ngan mbe kt FB bercakap hal cukai wajib dikenakan kalau x malaysia bangkrap! bodoh piang punya budak, zakat tu x nak ambil point lak muyahahhahaha
Jalankan tanggungjawab anda dengan bijak. Solat dulu sebelum keluar mengundi, moga Allah tunjukkan kita yang mana satu pilihan yang terbaik.
tahun ini first time deno mengundi! excited pulak! baru nak pakai baju kaler ehem2 tapi tengok dlm tv, kena pakai lah baju yg tidak melambangkan mana2 parti politik.. jadi ingat nak pakai baju itam, baju Kelab blogger ben ashhaari.. heheh
jom mengundi hihi :)
yang tak cukup umur dok umah berdoa~~~ ^^
Post a Comment