16 April 2013

Komando Malaysia Ceroboh Pengkalan Udara Singapura



Malu sungguh Singapura apabila Komando Malaysia menceroboh masuk Pangkalan Udara Singapura di Bukit Batok dengan menampal Stamp Malaysia pada misil dan menukarkan bendera Singapura kepada bendera Malaysia di atas meja Pegawai Memerintah Pasukan itu di Singapura.


Jikalau kita merujuk di atas laporan-laporan ketenteraan dan propaganda-propaganda yang selalu dimainkan oleh Singapura yang sentiasa mendabik dada bahawa merekalah jaguh ketenteraan di Nusantara, mereka sepatutnya tidak lupa bahawa Angkatan Tentera Malaysia merupakan pasukan pertama berjaya memusnahkan ANCAMAN KOMUNIS di dunia pada era pasca penjajah.

Tiada negara di dunia yang mampu mengatakan bahawa mereka berjaya menghapuskan KOMUNIS kecuali tentera Malaysia! Ia belum lagi merujuk kepada misi-misi pengaman yang disertai oleh Malaysia. Pasukan Tentera Malaysia sememangnya sentiasa digeruni dan disegani kawan dan lawan.

Keberanian pasukan tentera Malaysia sememangnya tidak dapat dinafikan terutamanya ketika misi menyelamat Pasukan RANGER's Amerika Syarikat di Mogadishu suatu ketika dahulu.

Peristiwa yang meragut nyawa seorang Pasukan Tentera Malaysia dan 9 mengalami kecederaan yang berlaku pada 3 Oktober 1993 itu mendapat perhatian dunia apabila mereka dengan beraninya bergerak kekawasan 'COMBAT ZONE' dan berjaya menyelamatkan Pasukan Renjer Amerika Syarikat. Sebuah majalah di Amerika Syarikat melabelkan pasukan tentera MALAYSIA sebagai "GUN SHY", mengiktiraf Pengorbanan dan keberanian Pasukan Tentera Malaysia.

Adalah salah anggapan apabila Singapura menganggap Pasukan Tentera Malaysia disamakan dengan Pasukan Tentera di Negara Timur Tengah yang tidak pernah atau jarang sekali melakukan Operasi Latihan kecuali Negara IRAN. Padahal Malaysia mempunyai kekuatan dan sejarah panjang yang sangat cemerlang di dalam peperangan ketika menentang Komunis. Latihan Ketenteraan juga kerap dilakukan oleh Pasukan Tentera Malaysia dengan menggabungkan kekuatan darat, laut dan udara.

Sungguhpun askar-askar Singapura dilatih oleh Israel, hakikatnya mereka takut Mati kerana mereka adalah 'YOUNG OFFICER' yang tiada pengalaman peperangan. Berbeza dengan Malaysia yang sanggup berkorban nyawa dan badan demi negara tercinta!!

Hidup tentera Malaysia!

P/S : Hari tu pon komando kita p letak duit syiing 50 sen di depan rumah Kiram :-)


4 orang komen:

D i n said...

haha betul tu komando kita siap spy bunker bawah tanah singapura rilek je :)

ct cucubi said...

bnagga menjadi warga Malaysia..

Cik Nor said...

bangga jd rakyat malaysia..:)

dzafirahzain said...

bangga jadi rakyat MALAYSIA jua~ ^^,

#yang aman lagi sejahtera~