Last updated!

13 April 2013

Microsoft Akan Tamatkan Windows XP



Assalamualaikum w.b.t


KUALA LUMPUR - Microsoft Malaysia (Microsoft) mengingatkan pengguna bahawa ia akan secara rasminya menamatkan perkhidmatan dan sokongan Windows XP pada 8 April, 2014.

Dalam satu kenyataan hari ini, Microsoft berkata walaupun tarikh akhir itu adalah satu tahun lagi, adalah penting bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan pengguna di Malaysia untuk beralih daripada XP, satu sistem operasi 11 tahun untuk mengelakkan kelemahan dan risiko yang berpotensi mengganggu operasi perniagaan dan mengakibatkan peningkatan kos.

Ia berkata mulai 8 April, 2014, Microsoft tidak lagi akan memberikan pembaikan dan kemas kini automatik atau bantuan teknikal dalam talian untuk Windows XP.

Ini juga bermakna pengguna tidak lagi akan menerima kemas kini keselamatan yang melindungi komputer peribadi daripada virus, perisian pengintip dan lain-lain perisian perosak.

"Walaupun XP adalah salah satu sistem operasi yang paling popular dalam sejarah Microsoft, ia tidak direka untuk menghadapi cabaran hari ini, seperti peningkatan pendedahan kepada serangan siber dan permintaan untuk privasi data yang lebih tinggi, tidak seperti sistem operasi Windows 7 dan 8," kata Ketua Pegawai Pemasaran dan Operasi Microsoft Malaysia Danny Ong.

Sebagai bantuan kepada PKS, Microsoft mengumumkan laman web Windows Upgrade Centre, http://www.microsoft.com/malaysia/xp-eos, di mana PKS boleh mendapat maklumat mengenai isu ini, dan belajar daripada penganalisis dan lain-lain pengguna di negara ini. - Bernama


www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

P/S : Time untuk Windows XP berehat. XP terbaikk. Laju. :-) dari segi grafik buat masa sekarang untuk Windows adalah windows 8. Aku masih menggunakan Vista sebab aku banyak taw trick & tips duna vista. Hihihi. So nak sembunyikan file apa2 mudah. File apa? Hohohoho. 


15 orang comel komen:

sha my heart said...

Rasanya saya masih guna XP. Tak pasti sebab agak lama tak buka lappy. On line guna handphone saja, mudah.

eyka said...

Eyka pakai windows 7... Alhamdulillah,windows 7 okay buat masa ini... hhhaaa! File apa lahh tuuu?? TTttteeeetttt!! HAHAHA! ^_^

Paly said...

meh laptop nk tgok ape yg hang smbunyi, hahaha..

window xp mmg terbaek.. dulu time org duk kecoh2 gune win 7, aku tetap xp..

Alia Syuhada said...

alaa..XP mmg best...

Solehah Shamsuddin said...

fail apa la disoroknya tu.hahaha :D

Solehah Shamsuddin said...

btw,tahun depan xdala XP ye.huahh xbestla sbb XP laju

Faeytynn Zayn said...

sembunyikan fail? ha..hehehe

Hafizah Alsa said...

bye untuk windows xp la. k. bye. haha

Tengku Iji said...

hahahha, ayat last paling tak menahan. huhuhu

Fazreen Misbae said...

Ala..lappy jnis zmn purba kala blh ke pkai windows lain selain xp?uwaaa.. Sedih.. :p

Diari Si Froggie said...

wasalam apit.. XP paling legend sekali kan. Dah nak ditutup dah sedih lah pulak. haha. Ha nak sorok file ape tu?? :P aida pun guna windows vista.

Sukma Haron said...

nak kena tukar ke windows 8 nie...saya pengguna windows XP..

Cik Fie said...

8 April, 2014 ? hari jadi saya tuh . hihihi :P

Cik Fie said...

8 April, 2014 ? hari jadi saya tuh . hihihi :P

Nur Dzafirah said...

yeke??? huhu.. baru tahu~~ Haha.