29 April 2013

"Saya Tak Setuju Cara Juri Judge" - Zain Saidin




Assalamualaikum w.b.t

Program MasterChef Selebriti Malaysia untuk musim kedua yang bersiaran menerusi saluran Astro Ria (104), Mustika HD (134) serta Astro On The Go menyaksikan empat selebriti iaitu Zain Saidin, Rozita Che Wan, Sathiya dan Lisdawati yang terpaksa berentap di zon penyingkiran.

Bagaimanapun, keputusan tidak menyebelahi Zain Saidin apabila pihak juri sebulat suara memutuskan bahawa dia perlu meninggalkan dapur MasterChef.

Berikutan keputusan tersebut, Zain dilihat mempertikaikan keputusan pihak juri sehingga menghamburkan kata-kata yang tidak sopan dan menimbulkan perbalahan di antara mereka.

"Tadi juri ada tanya, berbaloi ke saya tanya kawan-kawan saya? Ya, saya rasa sangat berbaloi sebab kalau nak makan dengan nasihat chef satu tu je,tak mungkin saya dapat sampaikan apa-apa dalam pinggan ini. Tapi kawan-kawan bagitau bahan-bahan apa yang nak kena pakai dan sebagainya, jadi dapat juga saya sampaikan pancake yang worst chef pernah rasa tu".

"Cara juri-juri judge kami punya makanan saya tak setuju. Maaf saya katakan".

"Sebagai juri anda tak capai ke tahap pengadil yang adil. Jadi, tolonglah adil. Saya tahu tahap saya bukan chef sebab saya penghibur, tapi saya ucapkan terima kasih di atas kesempatan ini,” Ujar Zain penuh tegas.

Dalam pada itu, Rozita Che Wan dilihat bersikap tenang dan seolah-olah mempertahankan tindakan teman lelakinya.


"Biasalah orang tengah marah macam-macam dia nak keluarkan.Kalau marah, kita kena diam. Bila dia diberi peluang untuk bercakap memang dari A sampai Z la dia keluar,” komen Che Ta atas tindakan kurang sopan Zain.

Atas tindakan kurang sopan itu, *Zain telah menerima pelbagai kritikan negatif dikalangan peminat menerusi laman Facebook MasterChef Malaysia sehingga ada yang mempertikaikan bagaimanakah Che Ta boleh menerima Zain sebagai kekasih hati.




15 orang komen:

AienSyahierah said...

thats right..Zain mmng ptut kluar pun.Menymph tngk dia dngn cik ta..Kalau tngk muke cik ta dkt dengan camera dh nmpk sngt tua.Hahaah. anwyay,nice post la. :D

Unknown said...

Bila tengok pun cik akak pun naik rimas...huhu...memang perlakuannya tidak sopan...chef-chef tu ada kelayakan yang sepatutnya..huhu...malas nak tengok...budak-budak kan :)..darah tetap cepat panas..hahaha

Azhafizah MN said...

reality vs sandiwara..dunia artis beginilah kan..tak tahu reality atau drama semata mata untuk naikkan rating program.

ejulz said...

ni la payah jadi artis.. semua perbuatan orang tengok.. hehe

Shakirah said...

peminat zain dh lari huhu

Kekzamanis said...

Nampak dari gaya, zain ni jenis tak boleh terima kritikan orang..

Anonymous said...

hahha,, bgus dia kluar,, tak yah nak tgok drama bnyak2 dlam MSM haha org bjet bgus mmg macam tuh,, tak ke mana pon kalau dgan sikap mcam tuh

Anonymous said...

Ermm..harap2 dia mta maaf blik ng chef tu ksian tgk bila ada kjdian cm ni..x pya sentuh soal dia artis pn sbg org muda n peserta zain spttnya ada nilai2 ketimuran kita sbg org msia pnuh dgn adab bersopan santun n mghrmati org lain lbh2 lg y tua dr kita,lau nk tgur bukan dgn cara cm ni mybe ada medan y lebih ssuai.

Faeytynn Zayn said...

tu la masak lagi roti kosong dan pulut durian ngan che ta padan muke hihihi

Unknown said...

adap sopan kena jaga..... kalau tak puas hati...jgn luah depan camera...satu malaysia tgk..... buat jatuhkan reputasi diri jer.....

Anonymous said...

a'ah kan.. yg kutuk zain ni mcm bagus gak kan.. nak gak tgk kalu org lain komen x best pasal masakan korang

dzafirahzain said...

haha... drama semua ny~~~

Sukma said...

meluat tengok aksi mereka berdua...haru biru...

Cik Fie said...

macam2 la . haish .

Anonymous said...

nk bgi pndangan pun,kne la cara hormat..berawak2,xbgi pluang pihak lain lak utk mnjawab..