Assalamualaikum w.b.t
Jangan terkejut apabila apabila anda terserempak dengan seekor khinzir yang berjalan sambil membuat aksi break dance. Namun jangan disalah sangka kerana khinzir ini sebenarnya dilahirkan cacat tanpa kaki belakang, terpaksa berlatih berjalan dengan menggunakan kedua kaki depan. Dan hebatnya lagi, ia berjaya melakukannya. Haiwan cacat ini lahir pada bulan Julai di Wilayah Anhui China timur, dan menjalani minggu-minggu pertamanya dengan berjalan 2 kaki depan, menurut pemiliknya Ge Xinping. Jom lihat gambar di bawah ini.



Xinping yang merupakan seorang petani mengatakan bahwa ia berhasil merawat khinzir tersebut dan membantunya berdiri dan berjalan sendiri dengan hanya menggunakan kedua kaki depan.
khinzir muda ini sekarang dapat menyeimbangkan dirinya sendiri dan dapat berjalan-jalan tanpa bantuan. Hebat kan khinzir ini berjaya berjalan dengan dua kaki!
“Para penduduk desa semua mencintai khinzir itu, kerana ia berjalan seperti pesenam terbalik.” kata Xinping.
P/S : Kesian dia. Walaupun dia khinzir, tetapi tetap makhluk tuhan jugak.
9 orang komen:
sian kek khinzir tuhh..
walaupun khinzir tu cacat tapi dia tetap berusaha..
kesian :') kita harus bersyukur
kesiannya khinzir tu :(
kesian pun kesian, comel pun ye jugak...
nseb baik bdan kecik lagi,kalau dah besr nnt tak tau dia nk jlan mcam mne
maknenye khinzir ni lahir2 memang ade dua kaki je? kesiannye...
hahaha.. aktiviti break dance lagi tu..
^_^ tetap citaan Tuhan~
Post a Comment