Ibarat haruan makan anak, itu tindakan seorang lelaki yang tergamak melepaskan nafsu serakah ke atas anak kandungnya sejak 2011 hingga 4 April 2013.
Lebih menjijikkan bapa berusia 46 tahun itu dikatakan sanggup memberi mangsa ubat perancang kehamilan sebelum mangsa didatangi haid dan melakukan hubungan kelamin bagi mengelak mangsa hamil.
Bagaimanapun insiden itu terbongkar selepas mangsa, yang berusia 14 tahun menceritakan kejadian menimpanya itu kepada rakan sekolah sehingga sampai ke pengetahuan guru sekolah berkenaan.
Atas tindakan itu, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah (IPD) pada 8 April lalu ditemani oleh pihak sekolah. Mangsa merupakan anak keempat dari tujuh beradik itu nekad membuat laporan polis kerana tidak tahan dengan perangai bapa kandung yang dipercayai merogolnya.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Azmi Abdul Rahim berkata, remaja terbabit mendakwa dirogol sejak 2011 sehingga April lalu.
“Bertindak atas maklumat, suspek yang berusia 46 tahun berjaya ditahan di rumah ibunya di Kampung Ibol pada 19 April 2013. Suspek yang tidak bekerja itu ditahan reman tujuh hari sehingga 26 April ini.
“Polis difahamkan, suspek menetap di Kampung Ulu Bendul bersama isteri dan anak-anaknya. Kemudian melakukan perbuatan terkutuk di rumah ibunya di Kampung Ibol di bilik stor bawah rumah. Memilih tempat itu kerana tiada orang di situ dan ibu suspek uzur,” katanya.
Azmi berkata, kes itu masih dalam siasatan pihak polis dan mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah untuk menjalani pemeriksaan.
“Pihak polis masih lagi menjalani siasatan lebih terperinci dan mangsa bersekolah seperti biasa.
“Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 376 , Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan,” katanya.
Difahamkan, suspek mempunyai memiliki lima anak perempuan dan dua lelaki.
P/S : Banyak dah kes camnie. Astaghfirullah. Anak sendiri kot. Darah daging sendiri. Sepatutnya bagi 20 sebatan. Baru layak.
P/S : Banyak dah kes camnie. Astaghfirullah. Anak sendiri kot. Darah daging sendiri. Sepatutnya bagi 20 sebatan. Baru layak.
17 orang komen:
tak sangka ada juga macam ni. Sedih :(
Bunuh je org mcm ni,,binatang betil
kes macam nie rejam sampai mati jer...
mengikut hukum hudud bagi yg berkahwin 100 sebatan kan? ke saya silap..
patut di sula je ni
Astaghfirullahal'azim..nafsu manusia sgt mengjengkelkan. merosakkan diri sendiri :P
tak terkata...sanggup dia buat mcm tu pada drh dgg dia sdri.. :(
Apa nak jadi dunia sekarang? Astaghfirullah... mcm mna orang muda skrang tidak terlibat dgnan zina... org tua sndiri pun tak sdr diri buat bnda trkutuk
digantung sampai mati
@Aiman Aziz yg dh bkahwin, rjm smpai mti.. :)
astaghfirullah . tergamak dia nk buat camtu dgn ank kandung dia sndiri . teruknya ! :(
subahana allah....
Ya Allah.. sanggup buat camtu kat anak sendiri..patutnya lindungi ank tu..
rejam or sula je..sanggup tul merosakkan diri anak sendiri!
Betul..banyak kes ni..tapi disorok2. Ishh..harun makan anak ni..rasanya patut dicekik cekik sampai mati..gantung je senang..haa..ambil kau.
tergamak si bapa tu
@Aiman Aziz klu dh kawen, kena rejam sampai mati . yg belum kawen je kena sebat 100 kali
Post a Comment