Assalamualaikum w.b.t
Gambar dan asal usul burung memekak yang hampa boleh dengaq kicauannya sampai 1KM.
Pernah dak hampa dengaq burung ini berkicau sangat kuat dan mesti tertanya tanya apakah nama dan bagaimana rupa burung nie kan??
Pada zaman dahulu kalau burung ini memanggil atau berbunyi kuat di waktu malam, orang tua -tua berkata ada petanda buruk akan berlaku. Tapi di masa kini jarang sekali kedengaran ramalan ini. Sebab malam kita mana dengar dah. Pagi-pagi kul 8-9 pagi mesti bunyi punya..
BURUNG TUWU
Burung tuwu atau asian koel atau nama saintifiknya, Eudynamys scolopaceus daripada famili Cuculidae adalah burung tempatan. Ia juga terdapat di beberapa negara Asia lain termasuk India dan China. Burung dewasa jantan spesis ini bersaiz antara 39-46cm. Musim membiak bagi burung tuwu di Asia Tenggara adalah di antara Mac hingga Ogos).
Sewaktu musim membiak, burung tuwu jantan akan berbunyi tanpa henti dari pagi sehingga senja sebagai panggilan untuk menarik perhatian pasangan. Burung tuwu betina berwarna kelabu dan berbintik putih pada kesuluruhan bahagian badan. Spesis ini mempunyai reputasi yang kurang baik, iaitu bersifat parasit. Semasa musim bertelur, ia akan menggunakan sarang yang dibina oleh spesis burung lain. Ia akan memakan telur burung dalam sarang yang dipilih dan burung tuwu betina akan bertelur sebagai ganti. Telur burung tuwu akan dieram oleh burung asal(pemilik sarang) sehingga menetas. Dan selepas itu mereka mengambil alih tugas untuk menjaga anak. satu taktik yang bijak tetapi agak sadis.
Burung tuwu jantan akan mengeluarkan bunyi, koo-ooo ..koo-ooo dengan kuat, nyaring dan berulang-ulang dari pagi(waktu Subuh) sehingga senja..
Kicauan burung tuwu yang anda boleh dengar melalui video di bawah. Kicauan kuat daripada burung ini boleh didengari sampai jarak 1 km.
sumber
P/S : Pagi kemarin aku baru ja dengaq bunyi burung nie masa aku duk buang air dalam tandas. Terus terpikir, burung apa lah nie. Tu yang buat entry nie. Hihihi. Tuwu rupanya. Sesuai ngan bunyi dia..
P/S : Pagi kemarin aku baru ja dengaq bunyi burung nie masa aku duk buang air dalam tandas. Terus terpikir, burung apa lah nie. Tu yang buat entry nie. Hihihi. Tuwu rupanya. Sesuai ngan bunyi dia..
20 orang komen:
owh . burung tuwu rupanya . hihi :)
Saya pon baru tahu ini burung yang selalu buat konsert. :P
Patut lah berbunyi tuwu2 di pagi hari..
mcm ghuper burung gagak pon iye..
jangan tegur....
selalu bising pagi2.. haha.. selalunya dengar kalo tidur kat rumah nenek aje :)
selalu sgt dgr bunyik burung ni. oh burung ni mcm gagakla :D
Anda di tag.
http://sigadisoptimis.blogspot.com/2013/04/giveaway-by-miss-bella-razali.html
igt burung gagak..:)
ooo patut la... baru kak mia tahu...
skrg baru saya tahu nama burung apa yg dok berkicau2 waktu pagi... awal dia berkicau area rumah saya... seawal jam 6.30 pagi tu.. dah kira cam alarm dah.. kalau bunyi burung ni dah tahu jam dah 6.30 tu..
burung niy kejammm... huhu..
ooo ingatkan burung gagak,, ada je kat blakang rumah,,pagi2 dok lepak atas kabel letrik uh,,hahah pastu memekak
lorrrr nasib baik baca entry ni..thanks fizzy..baru tahu buru tuwu namanya..coz 3hri lepas nampak burung ni dok lepak kat umah,mas pandang nampak mata merah..terkejut gak..bila toleh balik dah tak de..cehh suspen je..mak dulu mengajuk2 bunyinya bila sidai baju pagi2,lepas tuh bunyi tuh makin laju n dekat..terus mak senyap.hihihi
hehe..baru tahu burung ni rupanya..memang burung ni selalu menceriakan waktu2 pagi ku.
laaaa..burung ni ke.. selalu sangat la berbunyi.. nak2 maghrib.. senang cite tak kira masa la..pagi pun ada.. sampai 1 tahap punya kuat macam dok depan kita je..
teramat la bising burung ni....
Very good info. Skrg burung ni tgh jd alarm clock kat area rumah saya. Annoying giler bunyi dia.. tp baguslah.. leh jd alarm clock 😊
@cikliah
tq atas info, dah lama saya tercari cari nama burung ini
Post a Comment