16 April 2013

Kes Buli Pelajar : Pengarah Kecewa 'Juvana' Dibabitkan

Assalamualaikum w.b.t

Pengarah filem Faisal Ishak kecewa apabila ada pihak menuduh kejadian buli yang berlaku di sebuah sekolah di Seberang Jaya, Pulau Pinang baru-baru ini berpunca daripada filem arahannya iaitu Juvana yang ditayangkan pada 24 Januari lalu.

Faisal berkata, filem itu tidak sepatutnya tidak dikaitkan sebagai karya yang memberi impak buruk kepada masyarakat sedangkan masalah buli daripada kalangan pelajar sudah berlaku sejak dahulu lagi.
"Saya percaya, sebuah naskhah bagi mana-mana filem sekalipun akan meninggalkan kesan kepada penontonnya.
"Tetapi saya kecewa apabila Juvana dikatakan memberi impak negatif kepada golongan remaja sehingga timbul kes buli," tegasnya.

Pada 10 April lalu, polis telah menahan tiga pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah di Seberang Jaya, Pulau Pinang kerana membelasah rakan mereka akibat berang apabila ketua tingkatan itu mahu membuat laporan kepada guru apabila mereka membawa telefon bimbit ke sekolah.

Perbuatan mereka dirakam dan dimuat naik ke laman YouTube.


Dalam rakaman itu turut kedengaran dialog salah seorang pelajar berkenaan iaitu: “Nama aku Lan. Panggil Aku Lan Todak,” - ungkapan pelakon Sharnaaz Ahmad yang memegang watak kaki buli dalam filem tersebut.

Beritahu Faisal, sebagai seorang manusia yang mempunyai akal fikiran, masyarakat boleh menilai sesebuah karya filem itu dan membezakan baik buruk cerita yang disampaikan di mana tidak mungkin faktor filem yang dipersalahkan apabila berlaku kejadian buli itu.

"Kita merakam aksi ganas untuk dijadikan pengajaran dan iktibar tentang akibatnya yang buruk. Sebagai manusia yang mempunyai akal fikiran mereka boleh berfikir maksud karya filem yang disampaikan.

"Malah dalam filem Juvana, saya telah memasukkan latar belakang setiap watak agar penonton lebih memahami situasi masalah pelajar-pelajar nakal seperti ini,” katanya.


Dalam pada itu, Faisal menambah, tidak kira sama ada filem arahannya itu dikecam atau tidak, dia tidak akan serik menghasilkan karya-karya berbentuk ganas, malah syarikat produksi Filmscape Sdn Bhd akan menerbitkan filem Juvana 2 dan Juvana 3 tidak lama lagi.

"Ini bukan soal serik atau tidak. Saya akan tetap berkarya tetapi dengan selitan unsur-unsur pengajaran bagi setiap plot ganas yang dibawakan.

"Insya-Allah, Juvana 2 dan Juvana 3 akan difilemkan tidak lama lagi," katanya.


8 orang komen:

Adilah Asari said...

sebenarnya ia bergantung pada individu itu sendiri jugak..habis kalau kita tengok cerita cinta yang ala kebaratan..tak kan nak ikut jugak cara yang berdosa tu?..hurm..cepat betul la orang sekarang ni nak menghukum..

Faeytynn Zayn said...

Juvana 2 dan Juvana 3 akan dihasilkan? yang drama die pon aku tak tengok~wakaka

Cik Nor said...

hurmm..mcm tu lah plk..:(

Sukma said...

macam-macam ler...

dariilhamkehati said...

tapi , memg tak dapat nafi , faktor filem memg antara faktor buli .... dye tak perlu nak kecewa cgt ... apa yang masyarakat anggap tuh dah memg betul pown bagi CP ...

filem ?? alasan nak bawak pengajaran , semua filem beralasan macam tuh ...

Cik Fie said...

ermm . :(

Anonymous said...

gara2 kes tuh,castelo kat tv3 sekarang tak dpat nak tengok..huhuhu

dzafirahzain said...

Aku suka cerita nih! ^^V