07 April 2013

Wanita Dan 50 Patung Bayi Palsu Yang Seolah-olah Hidup



Assalamualaikum w.b.t

Agak pelik sebenarnya jika kita melihat apa yang dilakukan oleh seorang ibu kepada lima anak, Alice Winstone diberitahu dia tidak lagi boleh mendapat anak kerana masalah kesihatan, dia tetap berazam memenuhi kediamannya dengan bayi. Wanita berusia 39 tahun itu sangat terdesak untuk menjaga bayi hingga dia membelanjakan puluhan ribu ringgit membeli 50 anak patung bayi yang seolah-olah hidup memenuhi seluruh kediamannya. Namun, perbuatannya itu dilihat agak keterlaluan dan dilihat lebih menyayangi anak patungnya dari suami.


Alice meluangkan selama tujuh tahun dan membelanjakan lebih 12,000 pound (RM58,879) memenuhi kediamannya dengan anak patung vinil ‘Reborn Dolls’, walaupun tiga daripada lima anak kandungnya masih tinggal di kediaman sama.

Ketaksubannya pada bayi palsu yang berharga 1,200 pound (RM5,891) setiap satu, menyaksikan dia membelanjakan 50 pound (RM245) sebulan dan memaksa suaminya yang telah lama menderit, Chris untuk berpindah keluar dari kediaman mereka di Cardigan, Wales Tengah.

Alice membeli bayi palsunya yang pertama, anak patung bergelar Emmy dengan harga 180 pound (RM 883) selepas melihatnya di muka belakang sebuah majalah dan ‘jatuh hati’ dengan anak patung berkenaan.

Alice berkata, walaupun Chris meraguinya, dia hairan kerana berasakan mempunyai ikatan yang rapat dengan anak patung.

Alice diberitahu selepas dia hamilkan anak bongsunya, Jessica, kini 12 tahun, dia mengalami masalah gangguan darah menyebabkan kehamilan seterusnya tidak selamat.

Masalah kesihatan itu turut menyebabkan dia tidak bekerja, sebaliknya menjaga 50 bayi palsu selama 24 jam sehari sejak dia mendapatkan mereka. Alice menukar, mencuci, menidurkan dan memberi makan anak patung berkenaan – malah, membawa beberapa anak patung kegemarannya keluar bersiar-siar dengan kereta. Dia mengaku lebih suka menjaga anak patungnya daripada melakukan hubungan seks bersama suaminya yang keluar dari kediaman mereka lima tahun lalu ekoran terlalu banyak koleksi anak patung di rumah mereka.

Alice begitu bimbang mengenai keselamatan anak patungnya itu setiap kali anak kandung atau kucingnya berada berdekatan mereka.

P/S : Inilah kehidupan Alice yang tidak mempunyai anak. Beliau memang teringin untuk mempunyai anak. Tetapi kita ramai yang membuang bayi yang tidak berdosa. Bersyukurlah jika kita mempunyai bayi kerana itulah kurniaan Allah SWT kepada hambaNya.



17 orang komen:

Cik Nor said...

hurm...mcm2...

Cik Nor said...

hurmm..mcm2..

Haziatiey said...

xtau nak kata apa,hnya mampu tersenyum :) hihi

Cik Puan said...

Alahai....penat je jaga,banyak habis duit tapi tak jugak membesar..baik amik anak angkat jea..

shida said...

hurm...obses ngn anak patung..
manusia zaman sekarang...~~

Unknown said...

Ohho menakutkan..malaikat xmasuk nih.. jangan tiru ek

Unknown said...

aigoo 5 org ank kn dah okay..

Faeytynn Zayn said...

ni dah kire bleh masuk hospital mental ni,obses sngt dgn anak patung.

Wani Omar said...

dia tak takut ke. mana tahu malam-malam tetiba patung tu hidup. hahhaha. merepek je

Dayang Deno said...

pernha baca kisah perempuan ni dlm buku INFINITY

ct cucubi said...

rasa simpati dgn perempuan ni sbb x dpt bezakan realiti dan fantasi. :(

Cik Fie said...

erm . sepatutmya perempuan tu kena bersyukur sekurang - kurangnya dapat 5 org anak . :(

Unknown said...

patung baby tu mcm seram je..huhu..
btw kesian kt die kan, nak anak tp xde anak....hhuhu

eyka said...

kalau lah rakyat Malaysia yg suka buang bayi tu mcm Alice ni,confirm tak ada kes pembuangan bayi...

Sukma said...

gila ke apa nie...tekanan-tekanan...

Anonymous said...

ambik je anak angkat tul2 yg brnywa lagi best

dzafirahzain said...

haha. mcm niy pon ada? -.-