Assalamualaikum w.b.t
Tetiba terdetik di hati nak berkongsi cerita pasal topeng yang aku minat nie. Kebanyakkannya tahu topeng apa nie kan. Ada jugak yang still tak taw. Banyak juga orang yang gunakan topeng nie sebagai icon terutamanya para hackers yang hebat2 di luar tue. Bukan sahaja di Malaysia tapi seluruh dunia. Topeng ini memang terkenal dengan nama Anonymous. Anonymous tue maksudnya Tanpa Nama a.k.a sesiapa sahaja.
Yang sebenarnya topeng ini asalnya adalah dari sebuah Filem V For Vendetta. Filem ini merupakan filem cereka sains 2005 yang diarahkan oleh James Mc Teigue. Kesemua jalan cerita filem V For Vendetta ini berdasarkan komik V For Vendetta oleh Alan More. Ia mengisahkan pasal negara di United Kingdom, London. Watak yang memakai topeng tue ialah nama dia V. Dia nie la Vendetta. Dia nie merupakan pejuang yang menentang politik kotor di negara tu. Haa sebab tu aku sakan duk lawan Be End / UMNO. Hahahaha. Sapa tak setuju, biasa lah tu. Masing-masing berlainan pendapat kan. V nie juga sambil melawan kerajaan negara tu sambil dia nak balas dendam.
TAGLINE dari Hacker Anonymous. Terbaikkk
Masa aku tengok movie ni pada tahun 2007 aku rasa. Di TV3. Haa time tu aku mana reti lagi bab2 politik nie. Bodo piang lagi orang kata. Lagipon time tu aku x layak mengundi lagi. So 1st aku tengok tu, aku tak berapa nak paham lagi apa yang V nie buat. Kenapa yang dia nie nak lawan sangat kerajaan dia masa tue. Yang paling best, kenapa dia x guna geng pon nak melawan kerajaan dia yang korup tue. Sorang2 ja lawan. Perghhhhh. Then kali kedua aku tengok movie V For Vendetta nie masa aku study dulu. Tengok di rumah sewa. Masa tu baru aku paham jalan cerita dia. Serius best kot.
Kali ketiga aku tengok movie nie masa aku dah abes study. Haa time nie dah xdak dah di TV3 sebab politik di Malaysia waktu nie dah mula goyang. kerajaan kita pon xkan nak siarkan movie yang menentang kerajaan kan? Tak siar pon aku lawan gak. Dah x betul. Time tu aku pon tak main blog lagi cam sekarang. Setahun tinggal blog x sentuh sampai pasword pon lupa. Hahahaha. Masa starting aku berblog, baru lah aku menggunakan topeng atau icon V For Vendetta nie sebagai semangat aku nak berblog. Menjadi icon utama di blog www.fizgraphic.com. Kalau hampa perasan, kesemua doodle aku akan ada doodle V For Vendetta nie. Tak percaya hampa tengok lah doodle --> TEKAN.
Sila sentuh pic atas nie untuk lihat mulut itik. Comel x? Hahaha.
Aku bukannya minat 100% perwatakan dari V nie tapi aku minat dengan cara dia. Steady, rilex, cool, tak takut apa pon. Lagipon kostum dan topeng dalam watak ini ala-ala dari lelaki bernama Guy Fawkes. Aku cerita sikit lah pasal Guy Fawkes nie. Guy Fawkes nie merupakan salah seorang dari 10 pengkhianat yang paling top sepanjang sejarah. Selebihnya google lah. Hihi. Cerita V For Vendetta pon diambil dari kisah benar Guy Fawkes pada tahun 1605. Kita pon tak merdeka lagi. Malaysia pon belum wujud lagi. Kisah Guy Fawkes sentiasa diperingati oleh orang Inggris pada tanggal 5 November di atas perjuangan dia. Hope aku diingati pasal doodle2 muslimah ye nanti. Hahaha.
Sampai ke business card aku pon Vendetta jugak. Hihihi.
Panjang jugak aku taip kat entry nie ye. Tetiba rasa rajin plak hari nie. Hahhahaha. Aku nie dah la xpandai nak menaip cerita2 sangat. Memang bukan kepakaran aku. Sepatutnya blogger kenalah pandai buat ayat best2 kan tapi aku tak reti. Design aku pandai la. Pandai la sikit2. Hihihi. So sapa-sapa yang tak tengok lagi filem V For Vendetta nie, boleh la download. Banyak kat internet. Serius best. Tengok movie tu, ingatlah diriku ini taw. Hahahaha. Aku pon ada gak jual topeng V For Vendetta nie. Tapi dah nak abes stok dah.
Janganlah melawan kerajaan dengan membabi buta. Aku bukan x suka ngan kerajaan kita yang sebelum nie (sekarang kita tak berkerajaan taw) Hihihi..aku cuma x suka sistem depa tu. Camna la perasaan benci tu nak muncul kalau mula2 kita sayang gila-gila betol tak? Woi, dulu aku 100% kerajaan kot masa aku biol budak2 dulu. Nampak bendera PAS, automatik ingat ajaran sesat. Sebijik macam budak2 la nie pikiaq. Penangan TV yang meracun fikiran. Then aku membaca, research, kaji, baca, kaji baca, research, ulang2..sampai la aku jadi menyampah dengan ****. Nak sebut pon geli dah. (-_-)
So sesiapa yang layak mengundi, mengundi lah dengan bijak. Nak gangnam ke nak ulama. Nak K-Pop ke nak UAI. Nak 1 Malaysia ke nak 1 Islam. Nak hidup melayu ke nak hidup islam. Tepuk dada tanya lah iman masing2. Hampa bukan bodo nak pikiaq benda tu. Cuma media ja yang menyuntik fikiran kita menjadi bodoh tahap bangang. So jangan terpedaya. Buat lah reseach. Banyakkan membaca dari kedua-dua pihak. Undilah dengan bijak. Nampak bangla nepal mnyamar filipina mengundi, kita kasi hentam cukup2 ye nanti. Depa plak dah nak pilih kat kita. Aiyaaa.. Tu pon sokong jugak? (-_-)
P/S : Confirm anonymous banyak komen entry nie. Takpa. Aku ready.
V For Vendeta
H For Hafizzy
A For Apit
F For Fizgraphic
P For Pas
I For Islam
ABU For Asal Bukan UMNO
-Sekian-
24 orang komen:
jom join :) http://farsyawidodo.blogspot.co.uk/2013/04/segmen-whos-lucky-and-whos-not.html
Asal bukan umno.haha masa untuk tukar orang =3
Assalamualaikum apit. nice story. sheila suka gak citer V ni. hehehehhehe
Hahahahhaha...Duck face itu cuteeeee :P
cool :D
hihihihi . aina sokong Fiz . kita serupaaa btw , tak pernah lagi tgk cerita tuh
haha, baru tahu pasal topeng ni...nice story n selamat mengundi..hoho..
hahaha sepp skit we are geng . first time tengok cerita ni masa darjah 6 sama la di tv3 , masa tu boleh faham sikit2 mesej yang nak disampaikan dalam cerita ni , masa tu terfikir 'berani pulak tv3 siarkan cerita macam ni' hahahaha . cerita ni memang legend !
P fo PAS.
I for ISLAM.
heheh agreed ngan apit.
yeah,,ABU is the best,masa untk brubah ok,! mlut itik tu funny,but still cute
Ooooo...gitu rupanya..(@_@)
I want this all,Nak gangnam,nak ulama, Nak K-Pop, nak UAI, Nak 1 Malaysia, nak 1 Islam. Nak hidup melayu,nak hidup Islam. (jgn marah haa,ni pndpt sya jaa)
haha.. setuju2.. sampai muak ngan politik kat TV tu.. yg penting, K untuk Kekal Kelantan! haha.. sama2 doakan yg terbaik utk Malaysia utk PRU13 ni :)
takleh nak mengundi lagi.. sedih :(
:).nice entry even cakap diri sendiri tak reti buat entry best ..hehe same je dgn kita..well just wrote from our heart ?
pergghhh baca entry yg terbaik....
dulu kini dan selamanya....
slm apit ^^
kak lea br je bc ttg guy fawkes ni kat mjlh infiniti bln ni pya,yg best tu tgk je topeng vendetta trs teringat kt kwn blogger.sapa lagi...apit ler he3....
ABU haha tu yang penting tu :D
Jom Join :D http://asma-sah.blogspot.com/2013/04/segmen-blogwalking-bersama-asma.html
Nk bli topeng kt mne eh ??
walau panjang entri ni sangup juga hamba habis kan...terbaik!!
mas sejak kenal fizzy, klu ingat topeng tuh n vendeta,msti ingat fizzy nya blog..trendmark
janji bukan UMNO~~~ hihi...
Hidup Anonymous..
pernah kena rase hack x?? oOo (^_-) oOo
Post a Comment