09 March 2013

Ciri-Ciri Suami Yang Awesome


Assalamualaikum w.b.t

Aku nak mention sikit ciri-ciri suami yang awesome dan sempoi. Memang lelaki jenis inilah yang dicari oleh si gadis-gadis cun melecun di luar sana. So para-para lelaki sila alert naa. Kalau tak boleh nak jadi semua ciri nie, dapat ikut separuh pon okay jugak. Semuanya baik-baik belaka. :-)


1. Solat fardhu cukup 5 waktu.

2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa, boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh hantar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.

3. Ada kenderaan : moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat la kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan nak check baby dalam perut :-).

4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi mandi-mandi yang lain. (Soalan jenis2 najis pon kena tahu)

5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”

6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.

7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.

8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.

9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang taw..”

10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.

11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata orang lain.

12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib dan Isyak.

13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika ada kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.

14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.

15. Jenis senyum sokmo.

16. Tak tengok sangat awek cun, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cun (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu)


Kalau jumpa dan yakin dia belum hak wanita lain, lamar lelaki jenis ini! hehe.. Ada ke gadis-gadis yang baca nie jumpa lelaki jenis ini? Kalau ada, tunggu apa lagi, email kat aku. Sebab aku la lelaki kat atas nie. hahahaha. Perasan sat! :-)


18 orang komen:

Hanis said...

jom join giveaway!
http://myartcrafting.blogspot.com/2013/02/newbie-giveaway.html

Hanis said...

jom join giveaway!
http://myartcrafting.blogspot.com/2013/02/newbie-giveaway.html

Emas Putih said...

lain macam entry ni. mcm descrip diri sndiri nampak haha

Unknown said...

hahaha...nice info pit !

Aimacomel said...

hahaha, kalau ada skg jugak aku g pinang! =) insyaAllah, pasti akan ada walaupun bukan perfect 10 :)

Unknown said...

susah nak cari yg sempurna ohsem...tapi kita akan cuba mencapainya........

Unknown said...

tak jumpa lg macam niy..

NaZiRaH @ Ezyra said...

NICE..;-)

TERSENYUM BACA AYAT LAST, HAHA

Nur Nainis said...

Ada ke macam tu. Mungkin ada kot tapi tak prefect 10. Nak yang baik, kita usaha jadi baik kan.

L@L@milie said...

dah jumpa. tp hak orang. so sad ! hahah :)

Eymasu said...

dah jumpa da..hehe..tapi tak semua yg dpt sempurna..yg pnting syukur alhamdullillah ada orang nak kat kita..hee..(^_^)

fiqah hamed said...

kalau nak jumpa seperfect ini susah..Tapi semua aspek ini selalu leyh nampak bila dah kahwin..hehe.. *budak baru belajar bab perkahwinan dkt sekolah* =p

Nadia Johari said...

untuk diri sndiri ke

Dayang Deno said...

insyaallah.. satu hari nanti boleh cari nih... hehe

Mia Liana said...

betul2 awesome ni...

mohd zuhri said...

susah nak cari laki camni . :D

Anonymous said...

terbaik la kalau dapat laki mcm tu,,hehe tp smua org tak perfect kan :)

Solehah Shamsuddin said...

Wt mse skrg, mmg sy xd bf dh. malas nk bercinta dh. tapi sy da sorg kwn rapat yang punyai smua ciri2 di atas, tapi masalahnya xkn sy yg pinang dy. urmm nk biarkan dulu perkara ni sbb masing2 cbe nk maintainkan keserasian. insya-Allah kalau hati ssorg baik, kita akan dapat yg baik jugak.

Part "Tak tengok sangat awek cun, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cun (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu)" - macam kenal je ayat ni. terbaik ustaz Azhar! :)