02 March 2013

Azwan Ali Sahkan Mahu Jadi Calon Bebas Dalam PRU-13


Assalamualaikum w.b.t

PETALING JAYA: Kerana percaya dengan pengaruh yang dimilikinya, pengacara dan selebriti terkenal, Azwan Ali menyatakan hasratnya untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). Beliau menegaskan, hasratnya untuk bertanding sebagai calon Bebas itu adalah benar dan bukan sekadar cakap-cakap kosong.

Azwan, 47, menegaskan yang beliau akan membuat keputusan kerusi manakah yang akan ditandingi selepas menilai maklum balas daripada para peminatnya.

"Ya... saya ada menulis beberapa kali di Twitter tentang hasrat untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum akan datang. Alhamdulillah maklum balas sangat menggalakkan.


"Buat masa ini saya tidak mahu bercakap apa-apa dahulu, kita lihat apabila tiba masanya nanti," katanya kepada mStar Online.

Azwan yang juga adik kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali berkata, beliau tidak akan mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sepertimana yang diperkatakan oleh ramai pihak dalam laman sosial. Beliau juga tidak berhasrat untuk mewakili mana-mana parti sekiranya ada tawaran.

"Saya memang berhasrat untuk bertanding tapi bukanlah di Pekan sepertimana yang diperkatakan dan jauh sekali untuk mencabar Perdana Menteri," katanya lagi.

Jelas Azwan, hasratnya untuk bertanding itu dibuat selepas melihat semakin ramai golongan selebriti mula menyertai parti politik.


"Saya rasa saya ada pengikut saya sendiri. Jika kita lihat, ada juga calon Bebas yang kita tidak kenal langsung pun cuba untuk bertanding. Saya yakin saya ada pengaruh,” katanya.

Jelas Azwan, jika perkara itu menjadi kenyataan dia mahu memperjuangkan nasib individu sepertinya selain bercita-cita untuk menjadi seorang pemimpin parti politik yang unik.

P/S : Aku pernah baca kat artikel mana ntah, Azwan Ali bercita-cita nak menjadi PM. Dia dulu belajar Law kalau tak silap. Ish biar betul. Takpa lah Azwan, aku memang pangkah ulama ja. Good Luck!


17 orang komen:

Unknown said...

Gluppppp... kalau die jadi PM...???
Die ni nak memperjuangkan ape ek??? heheheh..

Unknown said...

wahhhhh

Kak H said...

tertanya-tanya gak. dia nak memperjuangkan apaa. heheee :)

GOOD LUCK.

Najib Razak said...

Jadi pondan la kalau dia jadi PM.

Mek Onie said...

sembang kencang je AA ni,huu...getik den :P

Unknown said...

calon bebas???
kecoh dunia politik kat mesia nie nanti :)

Anonymous said...

nak memperjuangkan bapok2 kat malaysia ni. jawab sendirilah ngan tuhan sapa ynag undi dia ni.

C i k P i p i T e m b a m said...

bagus jugak mcm tu.. ingatkan dia tahu makeup je..

Faeytynn Zayn said...

azwan ali dulu bljar Law? biar betul!

Nur Nainis said...

Terkejut saya tengok nama seorang pemberi komen dekat atas ni.. Najib Razak? err..Tak sukalah politik ni. Sakit jiwa kalau melayan. Nasib baik tak cukup umur nak mengundi.

◕ D Y S H A S A H H I R ◕ said...

hancus la malaysia.. atoiii...

Aimacomel said...

Garu garu kepala baca psl ni. Aduhh biar benar ni Azwan Ali

Unknown said...

..hmmmm, x terjangkau dek akalku...

D i n said...

ape2 je la azwan oiii haha gua pangkah moon je :D




LOL hahaha

Nadia Johari said...

gosip memnjg je..xsude nk pngkah die

Aina Areen said...

jadi PM . hancur negara . -_-

Solehah Shamsuddin said...

ha, dia penah belajar LAW? biar btl ni.urmmm