PETALING JAYA : Mohd Noor Fikrie Abd Kahar dikatakan telah menulis satu siri pesanan yang menyeramkan mengenai kematian dalam satu forum atas talian sehari sebelum dia ditembak mati kerana dipercayai terlibat dengan aktiviti pengganas di Filipina.
Suspek yang berusia 26 tahun itu didakwa menjadi ahli dalam forum atas talian tempatan dan menulis dengan menggunakan nama, 'goddjinn' lapor oleh sebuah akhbar harian tempatan berbahasa Melayu. Menurut maklumat yang dipetik daripada portal web tempatan, CariGold.com yang menjadi hos kepada forum Perbincangan Agama, pengguna goddjinn telah menghantar 11 mesej pada 26 April, yang berkisar mengenai perjuangan menentang musuh-musuh Islam.
“Mati itu sahabat. Dia mengikutimu walau terkadang kamu melupakannya. Berkenalanlah dengannya sebelum ia menemui mu. Mati membawa kita bertemu pencipta kehidupan. Mati bagi merehatkan seorang syuhada yang penat bertempur fisabillah,” menurut posting berkenaan.
Mohd Fikrie telah berlepas dari Malaysia di Sandakan keesokan harinya, dan tinggal di selatan Zamboanga City sebelum bergerak ke Cotabota City di Mindanao dan kemudia ke Davao.
Dalam mesejnya terdahulu pad 26 April, goddjinn telah mengeluh kerana kurangnya peluang untuk mati syahid ketika menentang musuh-mush Islam, dia menulis: “Kasihan orang Melayu yang tiada peluang untuk mati syahid.” Hampir semua entri yang dimuat naik suspek berkahir dengan mesej yang sama: “Dengan nama Allah, Tuhan yang satu, saya menyokong tindakan dan pergerakan Global Jihad bagi menentang pengganas agama dan sekutu kaum kafir, tidak kira apa jua harga mahupun pengorbanan, sehinggalah kemenangan atau mati syahid!.” Tajuk entri tersebut ialah, ‘The Crusades are back’ , mengandungi tiga klip video YouTube yang menampilkan Osama bin Laden dan perang Amerika Syarikat di Afghanistan.
Walaupun rakan-rakan atas talian goddjinn tidak dapat dihubungi bagi mengesahkan identiti tersebut, mesej-mesej itu cukup mengganggu mereka untuk kembali menulis dan bertanya khabar sama ada suspek berada dalam keadaan baik.
“Mengapa anda tiba-tiba fikir mati ini menakutkan,” tanya salah seorang rakan atas taliannya yang turut menulis di forum itu.
Bagaimanapun mesej terakhir goddjinn pada 26 April lalu adalah yang terakhir dan selepas itu dia tidak lagi aktif dalam forum berkenaan. Sejak menjadi ahli dalam forum berkenaan goddjinn telah menghantar sejumlah 2,438 mesej. Pada awalnya, kebanyakan daripada entri dia tertumpu kepada perniagaan dalam talian, selepas itu barulah goddjinn mula memfokuskan kepada isu agama dan mati syahid bermula awal tahun ini.
P/S : Al-Fatihah :-(
11 orang komen:
takziah .. Al-Fatihah
al fatihah .. humm..
Al-fatihah.
Al-Fatihah.
Al-fatihah, semoga roh arwah dicucuri rahmat. Amiinn.
al-fatihah.
al-fatihah...
al Fatihah.....
al-fatihah...
salam takziah.
alfatihah..
al-fatihah
Post a Comment