Aku ada dengar pasal benda nie. Hampa taw kan produk Al-Jabbar tue. Aku sebelum nie duk tengok produk tue kat paper ja. Makin meletup plak produk nie aku tengok tahun nie. Tempat aku duk keja pon, ada ja customer yang dari Al-Jabbar suh design banner, namecard, flyers ngan bunting. Aku tak amik port sangat apa yang Al-Jabbar nie meniaga. Hahahaa. Pengusaha Al-Jabbar dia ialah Mohd Kamaruzaman Che Hussain. Pengusaha muda nie. Bestnya. Hihihi.
Tapi boss nie aku dengar dia bersikap kurang ajar dengan staff dia. Apa yang aku nampak kat video yang bakal hampa saksikan nie, memang macam kurang ajar dan x sopan lah kan. Macam sombong pon ada. Tapi kita takleh gak buat andaian yang bukan-bukan sebab kita pon taktaw pangkal cerita yang sebenar. Betoi dak? So sapa yang salah aku pon taktaw. Tapi sepatutnya CEO Al-Jabbar jangan la bersikap camtue.
Video nie pon rakam pendek ja kan. Taktaw kes pasal apa. Tapi kesian kat staff tue. Owner Al-Jabbar nih memarahi rakan niaga dia didepan orang ramai dah macam takder maruah dah partner niaga dia. Nie adalah nie kes dalaman yang kita taktaw. So tonton ja lah kan. Nak komen lebih-lebih tak leh lak. Hihihi.
Kita nih bila meniaga camnie, kena harap org lain jual barang kita.. Kenal pasti masalah dan perbaiki.. Bila camnie dibuatnya memang agak x syok lah kan.. Dah laa meniaga harap org lain yg jualkan.. Pastu bila org komplen masalah, suka suki maki hamun dan halau org yg jual barang dia...kesian gak aku kat orang tue.. Bukan apa, takut tak berkat laa rezeki bila kena sumpah ngan orang jer kan. Tapi rasanya mcm staff dia yang carik pasal dulu nie.. kalau takdak angin, masakan pokok leh bergoyang..
P/S : Bersabar separuh daripada iman. Tapi kekadang aku pon kurang sabar. Hahaha. Kita tengok nie, agak panas gak kan. Tapi takkan dia tetiba nak marah2, mesti ada reason. Kita tunggu jer lah nanti.
29 orang komen:
hormat org lain adalah sangat penting
al jabbar tu yang urut2 2 kan...
tak baik betul buat macam tu -.-
aku rase lelaki yg kene marah tu dah pecah amanah lah.sape x bengang
mesti bersebab kena marah..belum kena lagi dgn bos2 yg ada diluar sana
kalau nak marah pun jangan sampai nak malukan depan orang lain....xtahu la kan kadang2 bila dah terlebih berjaya...ada macam2 mula bongkak,sombong....boleh tenking orang suka2 hati...ujian la tu dekat dia....
mungkin pmilik tu dh byk bsabar. org byk kerenah ni ptot kena fire je dpn2..fitnah depan2..video kdua tu dh nmpk sape yg bsalah
yang video bawah tu, mcm org amek untung ats syarikat & nama dia je.. rasenye la. Sapa tak geram kan.. Yg video atas, no komen
mungkin staff die kuang ajau dulu kot...
mybe dye ada sebab kot nape dye bersikap mcm tu...
Atau staf dia yang buat masalah besar kendian org rakam tanpa usul siasat getuew . Kononnya nak calarkan maruahkan bos ,kihkih
assalamualaikum fiz...mesti ada kesalahan dr kedua2 belah pihak kita kenalah tahu apa sebab mereka berkelakuakn mcm tu...:)
aku rasa org yg kena marah tu yg salah.. cuma masalahnya ceo tu mcm jenis x suka dengar penjelasan org dulu.. orang tu baru nak buka mulut da kena serang lagi..
garangnya~
ada sebab kenapa dea marah , mungkin ada yg buat dea marah o ada yg ganggu fikiran dea , Kan ? dont judge something kalau kita tak tahu hujung pangkal nya kan dan kita takde time kejadian tho . tak ckp dea betul dan tak ckp yg pekerja dea salah , mana ada manusia yang tak buat silap tak buat dosa kan ? lagi pun rasa nya takde dalam ajaran agama islam Allah ajar kita menilai perbuatan org . maap kalau kita terlebih komen ke apa ke , cuma entah lah *abaikan* btw dea abg sepupu kita , terima kaseh pandangan masing masing . insyaAllah doakan perubahan dea , untuk menjadi sempurna mmg tak lah kan . K Assalamualaikum :)
dekat sekolah, saya pon kawaan dengan anak dia. puteri hidayah darjah 5 anak mohd kamaruzaman. mesti ni ada kes sebelum ni. :D
susah betul jadi bos/pemimpin ni..nk memikir n mgatasi masalah..ada bos/pemimpin pndai bcakap tp xpndai bertindak, ada yg xpndai bcakap tp suka bertindak..ape2 pun bg aku cara kita myelesaikan masalah tu adalah sgt penting..tanggungjawab seorang pemimpin~ susahnya...
nampak ketegasan dia.......
mungkin ada kesalahan dari pekerja tu kut......
Takat Perangai macam ni xyah nak
susah2 bisnes barang al jabbar
la...gerenti lingkup tak lama lagi
ni.Tak kira le sape salah,kalo mcm tu
sembur orang memang nampak sangat
buruk perangai.Bukan tak nak
sokong businessman tempatan,
tapi buat apa nak sokong orang yg
buruk perangai macam ni.
Mari boikot Al Jabbar.
SAY NO TO AL-JABBAR!!!
Memang lah,siapa tak marah kalau nama syarikat dia dipergunakan macam tu ..
BUT
as a CEO, sng cerita personaliti yang berpangkat besar, tak patut beliau bersikap demikian . Memanglah as manusia biasa kita tak lari dari rasa marah, bengang dsb ..
Sebab tu sometimes saya menyampah bukak bisnen or jadi rakan kongsi orang melayu . example terbaik beliau ni lah . bila dah naik, syarikat dah unggul, mula lupa daratan . memanglah orang yang jual produk dia tu tak sama darjat macam dia, tapi dia tak patut keluarkan ayat2 macam tu ..
Nampak sangat3 yang dia dah mula bangga diri and terasa angkuh dengan apa yang dia ada ..
Kalau lah betul rakan kongsi dia yang bersalah or buat taik kat dia, kenalah proffesional . Kita ni ada adab budi bahasa . Islam dah ajar . Konon nak ikut sunnah Rasulullah berniaga, tapi adab sopan rasulullah taknak ikut pulak ..
Actually sangat kesal dengan kata2 kesat yang dia dah hamburkan . Sepanjang2 jadi rakan kongsi orang cina, tak pernah sekalipun diorang pandang rendah kat rakan2 kongsi diorang even melayu or india ..
Inilah yg Dr M selalu cakap, melayu mudah lupa . LUPA DARATAN !
Yg kena marah tu bukan staff al jabbar tapi rakan niaga al jabbar. Depa dah melabur ribuan ringgit tapi service very bad. Duit dah bg, brg ✗ dpt2. Bila report kat syarikat mcm2 alasan dia bg. Bila depa beralih kpd syarikat lain Bos al jabbar marah plak! Bila depa menyuarakan keluhan tak pasal2 kena maki depan org ramai...huhhhh..inilah sikap org melayu yg dah berjaya...lupa asal usul... Ingat! Allah Maha Adil..
dia macam susah nak dengar penjelasan orang lain. kurang mendengar. tak profesional.
ada adab menegur dan marah. jangan sampai mengaibkan orang tu depan orang lain.
dari video 1 yang aku dgr member dia yang disembur tu buruk2kan nama dia,fitnah dia.tu yang dia marah sangat..
Ceo al jabbar dan sharifah zohra ni sama je perangai nye... Listen listen listen ...let me speak let me speak let me speak . Woiii..... Haiwan pon ada masalah. Puiiii!
Produk banyak defect. ...dia org suarakan apa yg perlu di perbaiki....duit dah labur takut lebur...too bad la...even though not clear pangkalnya...tapi yg captured was this part....itu sebab jadi leader kene cool all the time....takut2 part tak cool to posted in the net....ini kan lagi leader yg harapkan org jualkan produk...be humble la
Ok, suma org bising ckp jgn judge video kalau x tau pape kan??aku ada time ni dan salah seorang bekas rakan niaga si CEO BONGKAK KAMARUZAMAN ni..Ini bukan meeting staff biasa, ini perjumpaan pihak Al Jabbar dengan rakan niaga seluruh malaysia bertujuan menyelesaikan masalah rakan niaga yg dah berlarutan hampir setahun semenjak program rakan niaga di lancarkan
Antara masalah kami dengan syarikat ni ialah:
1. Untuk jadi rakan niaga, kami diminta melabur sekurang-kurangnya RM50,000++ sebagai pembelian produk aljabbar untuk dijual..kira mcm amik stok tapi hampir setahun, kami tidak menerima produk2 ini dengan bermacam alasan..Ada yang labur RM100K, RM500K, 1 Juta pon ada
2. Mesin terapi & penapis air yang kami jual seringkali mendapat aduan mengenai kerosakan
3. Apabila kami hantar untuk warranty, kami tidak menerima kembali barang2 ini, dan pihak kami terpaksa menanggung kerugian untuk memberikan stok baru kami.
4. Kami mendapat tahu, produk yang kami hantar untuk warranty tu tidak dipulangkan kerana pihak syarikat bertindak menjual semula barangan2 kami tu
5. kebanyakkan mesin terapi yang dijual dan dihantar kepada kami sebagai stok baru, adalah barangan 2nd hand iaitu mesin2 yang di baiki semula selepas pelanggan hantar utk warranty
Orang yang dimarah diatas adalah salah seorang rakan niaga beliau dari sabah yang mempunyai masalah yang sama cuma beliau lebih berani tampil ke depan dan bersemuka terus dengan CEO BONGKAK ni di hadapan rakan niaga yang lain. Tapi anda lihat sendiri, bagaimana cara CEO ni menyelesaikan masalah??Anda lihat video, anda nilai..
aljabbar ni dah byk kes die,rmi kwn2 sy kne tpu die xbayar gaji..klo sikit xpe ni beribu,ade yg smpai kete kne tarik,xmkn sbb dorang xbayar gaji..klo nk bukti g kt JTK awk tnye pn dorang da glak sbb mmg da byk kes rport ats syarikat aljabbar ni..sy xkn tuduh klo xde bukti,tiap kli jtk pgl die xkan dtg,skg tggu aduan pde media dn mhkamah je..
AlFatihah
CEO AlJabbar dah meninggal
Jumaat 24.03.2013
AlFatihah
CEO AlJabbar dah meninggal
Jumaat 24.03.2013
Post a Comment