18 December 2012

Sharnaaz Maki Shila Di Twitter Kerana Cemburu?

Ramai sedia maklum, pelakon lelaki, Sharnaaz Ahmad mempunyai perangai panas baran yang tidak terkawal dan bahasa yang sering digunakan agak kasar bunyinya. Tetapi, apabila berhadapan atau melayan kekasih hatinya yang juga pelakon dan penyanyi wanita, Shila Amzah, Sharnaaz mampu menjadi lembut dan menjaga setiap tutur katanya. Mungkin, tidak mahu mengguriskan hati insan yang Sharnaaz sayangi itu. Cerita-cerita mengenai mereka lebih banyak terarah kepada cerita yang negatif berbanding positif sejak mereka menjalinkan hubungan cinta. 

Pun begitu, dua figura artis itu masih lagi mampu untuk bertahan dan menjaga hubungan mereka agar setiap badai yang melanda khususnya cerita-cerita buruk tidak menggugatkan ikatan kasih sayang antara mereka. Ini kisah yang baru terjadi semasa berlangsungnya Anugerah Planet Muzik 2012 malam Sabtu lalu. Ketika Shila berada di atas pentas untuk menyampaikan anugerah Lagu Terbaik, Shila ada mengatakan sesuatu iaitu 
“Saya lupa nak cakap terima kasih pada cinta hati saya, dia merajuk sebab saya nyanyi dengan Taufik Batisah tadi sebenarnya, saya tak tahu mana dia pergi,” kata Shila.
Ramai yang beranggapan kenyataan yang dikeluarkan oleh Shila itu hanyalah gurauan semata-mata. Namun, ada sesuatu yang tidak enak untuk dibaca di laman Twitter Sharnaaz.


Sharnaaz ada mengeluarkan ayat-ayat yang tidak sepatutnya kepada Shila dan nampaknya Sharnaaz marah benar dengan kenyataan yang dibuat oleh Shila. Namun, semalam, Sharnaaz telah memberitahu kepada umum kenyataan yang dibuatnya itu bukanlah dari dirinya. Sebaliknya, laman Twitternya telah digodam oleh orang lain. Shila juga turut meminta maaf di atas gurauannya itu dan berharap orang ramai tidak menyalah tafsirkan perkara yang terjadi itu.

Benarkah?


P/S : Hahaha. Ayat kena hacked nie dah lama. Memang hang femes ngan panas baran pon. Kesian sungguh kat shila nie. Dah la shila. Meh sini kat aku la. Aku tak panas baran. :-)


26 orang komen:

Maria Menado~ said...

harap betul kena hacked. kalau tak, kesian shilaaa...~~

Athirah said...

erk.. gadoh? dorang couple ea?haha.. baru tau ceq ^___^

Syazana Zainn said...

kesian.

skrg dah leh maki hamun

tak mustahil nnt kaki tgn pon boleh

-_-


p/s: pi la ngorat shila tu.hihi

Fatimah Nabila said...

cmne la shila bley tahan dgn pakwe cmtuh..

Syuhada Nasya said...

kesian shila.. harap laki masa depan saya tak begituu hehhe

Unknown said...

Huh..xyah nak cinta sgtlah dgn org pns brn..ksian shila..T_T

Anonymous said...

Kalau baru couple dah ada hak nak maki hamun Shila , belum lagi bila dah kawen nanti . kesian Shila~

Unknown said...

kene fikir byk kali klu nk kwen ngn lelaki mcm nie ...

Anonymous said...

lawak la..diaorg cple ke?
kata sbg abg n adk..pelik

Atiqah Faudzi said...

Takpelah . Atleast Shila tuh masih lagi mampu bertahan . Sharnaaz patut bersyukur sebab dapat Shila tuh -_-"

mujagirl92 said...

moga mereka dapat yang terbaik,,

PemilikCahaya said...

senang je cari alasan kena hack..dah la shila, xpayah buta mata sbb cinta..ramai lg lelaki baik yg ada ktluar sana..bukankah wanita baik2 untuk lelaki baik2..

Unknown said...

@Cik Mimeybetul ke diorg de ckp yg diorg sbg abg n adik ? Setahu saya diorng memang couple..Kalau Shila menang apa-apa award mesti ada perkataan" terima kasih pada cinta hati saya "

ayunidati said...

harap semua baik baik saja

tuanseliper said...

hahaha. memacam hal lah retis ni

Nadia Johari said...

kalo shaanarz betul2 pnas brn x taula mcm ne khidupan shila pas kwin..

misz aisya said...

erk. seram. kalau aku, rela brundur dri kena maki ngan laki panas baran. silap2 hari bulan smpai naik tgn.

Unknown said...

tut tut...hari nie kata dah propose !!!! takut shila lari ler tu.....

Unknown said...

mnyampah betul la kalau jeles melampau ni..

Detektif Comel said...

Apit pun berkenan dengan shila amzah? Aaamboi~

Anonymous said...

Jodoh itu ditentukan olehh allah..kalau dah tu jodoh dia, terima jelah..Allah tak temukn kita dengan jodoh yg tak sesuai dgan kita..Tapi memang ada kadang2 Allah temukan kita dgn jodoh yg salah, sbb nak kita belajar menghargai cinta kelak..tapi sharnaaz dgn shila pun dah nak kawin, alhamdulillah..sharnaaz untung dapat sila, sbb shila penyabar..satu hari nti sharnaaz mesti sedar punya silap dia..korg ni kecohlahh..dorg memang sesuai what? semua org buat silap..

Admin said...

hack.. hack.. hack..
hihi~

3no gr33ny said...

nauzubillah pasangan baran ni

Asmaroni Abd Rahman said...

tu lah bahayanya klau tengah marah sambil pegang fon... salah tweet mmg heboh satu dunia,.. nak pulak yg tweet tu org popular

Unknown said...

dia bersama pon tak tahu.

Nabila Abdul Aziz said...

sikit-sikit hack..sikit-sikit hack..lapok gila.