Solat adalah amalan ibadah yang paling profesional bagi Anatomi tubuh manusia. Dari sudut pandangan ilmiah, solat ialah gudang ubat bagi pelbagai jenis penyakit. So dalam solat, kita akan sujud kepada ALLAH S.W.T kan. Ada hikmah tau semua tue. Setiap gerakan ada hikmahnya. Dari kita takbiratul ihram, rukuk, iktidal, duduk dan salam, semuanya ada hikmahnya. Tapi dalam entry yang aku nak buat nie, aku nak ketengahkan dulu hikmah kita bersujud dalam solat. Biar orang bukan islam buka mata sikit. :-)
Apa itu sujud? Macam gambar di atas itulah orang panggil sujud. Meh aku explain dalam tekstur badan kita. Kita menungging dengan meletakkan kedua-dua tapak tangan, lutut, hujung jari kaki dan dahi ke lantai. YaAllah, betapa rendahnya kita kepada ALLAH S.W.T. Sampai kepala kita lagi rendah dari punggung. Betapa besarnya kekuasanNya. Apakah manfaat kita bersujud?
Manfaatnya ialah aliran getah dipam ke bahagian leher dan ketiak. Posisi jantung di atas otak menyebabkan darah kaya dengan oksigen boleh mengalir maksimum ke otak. Aliran ini berpengaruh pada daya fikir seseorang. Kerana itu, lakukan sujud dengan tuma’ninah, jangan tergesa gesa agar darah mencukupi kapasitinya di otak. Postur ini juga menghindarkan gangguan buasir. Khusus bagi wanita, baik rukuk mahupun sujud memiliki manfaat luar biasa bagi kesuburan dan kesihatan organ kewanitaan.
Pakar sains mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling menggalakkan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.
1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.
2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
3. Melegakan sakit hernia.
4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
7. Meringankan bahagian pelvis.
8. Memberi dorongan supaya mudah tidur.
9. Menggerakkan otot bahu, dada,leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.
10. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
11. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.
12. Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin.organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut.(Convulsions).
13. Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
14. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.
15. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha pencipta sekali gus mengikis sifat sombong,riak takbur dan sebagainya.
16. Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.
# Dari Uqbah bin Amir, ia berkata:“Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam ketika sujud, beliau mengucapkan:
“SUBHAANA RABBIYAL A’LA WA BIHAMDIHI” 3x
Ertinya: “Maha Suci Tuhan yang tinggi dengan Kepujian-Nya”
(HR. Abu Dawud, Ad-Daruqutni, Ahmad dan Baihaqi)
Untuk itu marilah kita sama-sama mengamalkan sujud dalam solat yang banyak dan lama-lama bagi satu-satu sujud. Dan sujud lama dalam solat terutamanya dalam solat sunat yang bersendirian adalah digalakkan di dalam Islam. Wallahu a’lam.
11 orang komen:
alhamdulillah, pahala pon dpt ye x..
terima kasih diatas entry nie.....
berkongsi ilmu.....
nice info..solat 5 wktu jgn tinggal...=)
Islam sentiasa indah.
subhanallah.. betapa besarnya kuasa allah swt.
tq for the info :)
Alhamdullilah..smoga kita sisa beringat..:D
info yg bgus ni.....
entry yg sgt2 bguna .. dn menambh ilmu pgetahuan ramai2 ..
muja pun pernah buat entry ni,, memg penting sangat.. thanks
Alhamdulillah dilahirkan dalam Islam :)
@★ Nurul Nadhirah Norsalim ★
Betul2.
Post a Comment