12 December 2012

Riders Bersatu Melawan Mazidul Akmal Sidek dan Majalah 3

Dah heboh sekarang nie pasal laporan Majalah 3 hari tue mengenai AES kat malaysia nie. Ada saja lah TV3/suku nie. Asyik nak menipu jer keja. Majalah 3 menyiarkan rencana mengenai gaya pemanduan berbahaya rakyat malaysia dan menekankan peranan AES di Malaysia. Mazidul Akmal baru baru ini telah membuat laporan untuk siaran majalah tiga mengenai isu keselamatan jalan raya. Namun beliau dipersoal mengenai gelaran pelesit jalan raya yang diberikan kepada penunggang motosikal berkuasa tinggi di atas jalan raya.

Laporan Dari Udara Menayangkan 2 buah motosikal berkuasa 1000cc sedang dipandu laju dan membuat aksi merbahaya dan ramai yang mengesyaki video tersebut direka adalah lakonan Semula oleh pihak penyiar..Boleh pulak tengok dari atas berapa CC Motor tu. Laporan superbike rempit dalam Majalah 3 telah memburukkan pemilik penunggang motorsikal berkuasa tinggi. Laporan itu sengaja direka dan ini telah meninggalkan persepsi negatif masyarakat kepada bikers.

Apa yang mencetuskan kemarahan riders ini ialah
1. Aksi lakon semula digambarkan sebagak aksi sebenar.
2. Ketika menyampaikan perlakuan tersebut MAS seolah2 mengambarkan betapa jahat dan kejinya bikers yang terlibat dalam aksi lakon semula itu.
3. Mereka digelar pelesit jalanan.
4. Sebagai pelakon mereka hanya melakonkan watak yang disuruh. Bukan bermaksud mereka berhak dimaki dan digambarkan sebagai watak sebenar dalam rencana itu.
5. Bikers tidak kisah jikalau majalah 3 memberitahu bahawa itu ialah aksi lakon semula.
6. Tetapi kecewa, sudah la lakon semula digambarkan sebagai keadaan sebenar, dituduh lagi.
7. Bahkan enggan minta maaf dan mengatakan tidak mengetahui hal tersebut.
8. Bukti menunjukkan biker bergambar di depan helikopter yang turut dinaiki oleh Mazidul.
9. Video laporan tue ada di bawah. Saksikan dulu.


Anda juga akan dapati bahawa ia memang lakon semula yang digambarkan sebagai aksi sebenar.
Majalah 3 dan MAS sepatutnya lebih bertanggungjawab dalam menyampaikan sesuatu. Kita tidak marah jika ia lakon semula. Kita faham. Tetapi kita kecewa bahkan rasa tertipu apabila aksi lakon semula digambarkan seperti kejadian sebenar bahkan lebih kecewa bila pelakon2 digelar pelesit jalanan meskipun mereka hanyalah disuruh berlakon.. kalau la mereka tahu bahawa mereka perlu berlakon untuk buruk2kan geng bikers, mungkin dari awal lagi mereka tidak mahu melibatkan diri dalam rakaman ini..
- sumber - dan -sumber-


20 orang komen:

Hanim said...

Banyak lagi ranc. di tb 3 suku ni takleh pakai terutama beritanyer. Dari paper sampai la ke media utama sumer bohong belaker..!

★Nurul Nadhirah Norsalim★ said...

Bila dilakon semula, org akan salah anggap. Sebab tue tak boley cepat nilai org. Tq tok entry nie.:)

Unknown said...

hmm ntah ape2 tv nih

D i n said...

tv3 tak boleh pakai la haha ni siaran tv macai.. =_=

Diari Si Froggie said...

lupa nak letak lakonan semula lah tu.. huhu.

Unknown said...

x taw lah nak cakap pew... biar masa yang menentukan siapa yang benar.. hehehehe

Mrs Velentine said...

NO KOMEN..HEHE

Anonymous said...

Biker memang pandu laju amat merbahaya.tak kan mtr besar nk bwa 80 je.pent j.tp amat bhaya kan pemandu lain.

Unknown said...

nampak sangat propa......? tv3 sungguh!

Nadia Johari said...

uish ape2 la..nk wat cerita biar la betul2..kan dah kntoi mcm ni..spe yang malu..

MalizaMah said...

macam2 nyer.... apa lah... peranan media massa disalah guna.. benda mcm ni pun nk dibuat2 ker...

EiracayoO said...

dh tgk hari tu kat tb..huhu pape je la tv3 ni..huhu

Azhafizah MN said...

Allah maha mengetahui segalanya.

Anonymous said...

aku menetap di sepang..5 tahun bawak motor cabuk, pelbagai ragam brado2 bikers ni, blom campor mat2 scrambler lagi,lagi kerek seyh,jln mcm mak bapak dorg punya, jgn la berani pecut klo xnk kena lanyak. biasanya ada konvoi dorg mmg ikut rules..tp klo ride biasa2 je sendiri boleh fikir la malaysia punya "attitude" memandu ni mcm mana..bikers mmg hati kering, rilex je speed time hujan lebat.

p/s: aku anon, bkn macai ok hehe

Nabiha Zaidi said...

macam-macam tv3 ni. tapi elok dari astro. hujan je tak boleh tengok.

Emas Putih said...

hahaha thumbs up :)

admin said...

terbaikk. :)

Unknown said...

TV3 mmg sekarang makin merepek..tengok je contoh mcm buletin utama.. aku kdg2 confuse aku tengok berita malaysia ke atau berita politik shj..?

Anonymous said...

Klu xnk org bwk laju. Jgn la bwk masuk moto2 besar ni.. Kete yg cc besar2 pun xyah bwk masuk dlm malaysia. Pk la sket. Klu nk bwk moto 1000cc pastu bwk 80 baik aku beli ex 5... Tv3 ni karutttt

Solehah Shamsuddin said...

xtau nk komen pe.sy xtgk berita tv3 dh.