Baca Entry Latest Nie Jugak!

23 December 2012

Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Mendesak Mazidul, Majalah 3 Mohon Maaf

Aku ingat kes Mazidul ngan riders dah settle, rupanya makin marah nampaknya riders kat malaysia nie. Aku pernah buat entry pasal riders ngn mzidul nie. TEKAN SINI. Oopss. Tue la mazidul. Ingat hebat sangat kan. Kan dah jadi kapla jingga la nie. Aku pon langsung tak dengaq kenyataan maaf dari mulut hang sendiri. Come on la. Jangan la jadi pengecut sangat. Susah ka nak kuarkan perkataan maaf tue. Benda dah jadi makin besar nie kan. Chill la bro. 

Seramai kira-kira 300 penunggang motosikal berkuasa tinggi hari ini berkumpul di hadapan Sri Pentas- Media Prima Berhad (MPB) untuk menyerahkan memorandum mendesak pengacara Mazidul Akmal Sidek memohon maaf secara terbuka. Kumpulan tersebut, antaranya daripada Motor Corner dan ARC Selangor, turut mendesak program Majalah 3 membuat permohonan maaf secara terbuka dan terperinci. Kumpulan motosikal itu tiba di perkarangan Sri Pentas kira-kira jam 12 tengah hari. Kelihatan kira-kira 30 anggota polis di kawasan sekitar Sri Pentas.


Sebelum menyerahkan memorandum, kumpulan itu berhimpun di pintu masuk Sri Pentas dan melaungkan "Kami bukan bukan pelesit", "Get out Mazidul" dan "Kami sayang TV3". Aku sayang TV3 tapi aku benci Buletin Utama. Memorandum telah diserahkan oleh wakil kumpulan motosikal, Mohd Shahid Tasiran kepada Pengurus Kanan Perkhidmatan Pengurusan MPB, Alwi Husni Yahya. Kumpulan itu turut memberi masa dua minggu kepada Mazidul serta pihak program Majalah 3 untuk memohon maaf. Menurut Shahid yang ditemui pemberita selepas memorandum diserahkan, jika dalam masa dua minggu, tiada permohonan maaf secara terperinci dibuat, pihaknya akan membuat perhimpunan yang lebih besar. Pelbagai kelab yang mewakili bikers dari seluruh Malaysia hari ini datang untuk hantar memorandum bantahan kepada Majalah 3 yang menggelar bikers ini 'pelesit jalanan'.
Zizan pon datang. Cayalah zizan! Tumbangkan mereka.
"Kami mahu permohonan maaf secara khusus dari Majalah 3 dan Mazidul. Memang dah mohon maaf tapi kami nak permohonan maaf dengan ayat yang khusus secara terbuka terutama daripada Mazidul," katanya.

Selain itu, bagi Mohd Asri Hamid yang turut mewakili kumpulan itu berkata gelaran pelesit jalanan merupakan satu gelaran yang tak sewajarnya diberikan. Menurut Asri, pelesit merupakan makhluk yang bersekongkol dengan syaitan dan gelaran itu seolah-olah mengatakan mereka "syaitan jalanan".
"Gelaran yang diberi Mazidul sebagai pelesit jalanan. Pelesit ini bersekongkol dengan syaitan, iblis. Kami rasa memanggil kami iblis, syaitan jalanan. Mohon tarik balik gelaran itu," katanya lagi.
P/S : Kerana Mulut "Perutmu" Binasa. Makin menyampah rasanya.


11 orang comel komen:

Ammar Aliff said...

Apit tak join sekali ke ? hehehe :P
lawat sini : www.ammaraliff.blogspot.com :D

Mohd Lokman Bin Ramli said...

bahaya, bahaya.. kerana mulut, badan binasa.. macam ni lah orang kata

khairul hassan said...

padan muka hang mazidul..nak tunjuk jaguh sangat

sa mic said...

*mata ke atas *tangan di bahu . Haha tedia lah , sebelum nak 'sembur' tak fikir dulu . Huiihhh kang jadi masalah ,tak tentu pasal. kehkeh

Azhafizah Md Nor said...

kene hati hati sebelum bercakap kan.

BaNu Syah said...

betul krn mulut badan binasa..haha zizan pon ada sekali cayalah..

shidaR said...

kerana setitik nila habis sesusu belnga kan apit..

Nadia Johari said...

tu la mse nk wat cerita x pnh pk..kan dh jd mcm ni..lag malu seh..

Remy hazza said...

itu lah.... nak sangat buat provokasi...upah bikers tunjuk skill...pastu putar belit senario..... konon2 dapat scoop !!!
tapi kebenaran terbukti juga....
propaganda sungguh tv3 nie...

ShaLimaR said...

hah..tu laaa....lidah mang tajam dari pedang lau xkena gaya

www.storimory.blogspot.com

Syazana Zainn said...

zizan ckp dia tak terlibat langsung, ekceli dia nak masuk ke seri pentas tapi tersepit dgn bikers tu. -_-

wallahuallam

p/s: mazidul tu mmg agak harsh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...