19 December 2012

Petua Mendapatkan Anak Kembar. Aku Love Twin..

Aku memang teringin nak anak kembaq nie. Syok tengok kembaq nie. Tapi kalau dapat anak kembaq nie, memang kena save bajet sikit lah. Semua serba dua. Hahahah. Tapi xpa, rezeki tue Allah S.W.T yang bagi kan. Tapi aku dengaq2, kaum ibu yang melahirkan bayi kembar nie, risiko gak ooo. Ish kembaq ka dak, nak melahirkan anak memang berisiko tinggi. So hargai lah ibu anda. Jangan lah malu untuk berpegang tangan mak bila kuaq p beli barang kat giant atau tesco (macam aku) hahahaha. Aku tak malu digelar anak mak. Syurga di bawah tapak kaki ibu. Dah kawen pon, mak kena diutamakan. :-) 

So nak share sikit pasal petua nak mendapatkan anak kembar. Tapi petua ke apa ke, semua tue kerja Allah S.W.T kan. Kita hanya boleh ikhtiaq ja. Kekadang xdak petua nie semua pon boleh dapat kembar dengan izin-Nya. :-)


1. Genetik
Jika dalam salasilah keluarga anda terdapat pasangan yang mempunyai anak kembar, kemungkinan besar anda juga mampu mendapat anak kembar. Ini kerana trait sedemikian mungkin telah diturunkan pada diri anda. Trait yang dimaksudkan ialah penghasilan 2 ovum secara serentak dalam satu masa.

2. Umur 
Wanita yang berumur 35- 40-an dan ke atas, mempunyai potensi yang lebih besar untuk mendapat anak kembar. Pada ketika ini, kebanyakan wanita akan mengambil rawatan untuk kesuburan. Tambahan pula, mereka akan lebih cenderung untuk menghasilkan lebih dari satu ovum semasa proses ovulasi, kerana proses tersebut telah terganggu oleh proses perimenopause.

3. Bilangan Anak
Lagi banyak bilangan seseorang individu pernah melahirkan anak, lagi tinggi peluang beliau untuk melahirkan anak kembar selepas itu.

4. Berat Badan dan Ketinggian 
Perempuan yang tinggi atau perempuan yang lebih berat mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mendapat anak kembar.

5. Diet 
Pengambilan makanan tertentu yang mengandungi kandungan estrogen yang tinggi mampu meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.

6. Pengambilan Ubat Kesuburan
Pengambilan ubat kesuburan boleh meningkatkan kebarangkalian seseorang untuk menghasilkan dua ovum dalam satu proses ovulasi, sekaligus meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.

7. Selain berkahwin dengan keturunan kembar, sebenarnya banyak cara untuk mendapatkan anak kembar. Tetapi kebanyakkannya adalah cara yang tidak sihat seperti mengandung di usia tua, mengandung ketika masih menyusui bayi, hamil di waktu si ibu gemuk dan sama waktu denganya.Memang boleh terjadi mendapat anak kembar tetapi kandungan tidak sihat. Kemungkinan keguguran pun tinggi, anak kembar tidak sihat atau kandungan bermasalah juga tinggi.

8. Banyakkan makan ubi, kentang dan susu. 
Tiga jenis makanan ini dapat meningkatkan ovulasi pada telur dan mungkin boleh dapatkan anak kembar. Ada yang kata, jika kita teratur minum susu dari zaman muda mudi, kebarangkalian untuk mendapatkan anak kembar itu tinggi. Juga, jika anda amalkan memakan ubi, kentang dan susu bukan sahaja baik untuk mendapatkan anak kembar, tetapi juga salah satu cara untuk mendapatkan anak bagi pasangan yang sudah lama berkahwin tetapi tidak ada rezeki untuk mendapatkan anak.

P/S : Kembar is Cute. 


30 orang komen:

Adriana said...

suke jugak dgn baby kembar

Anonymous said...

waaaa ! saya love ubi,kentang, susu. erkkkk ? apakah ???

mshazadoes said...

salam kenal.dya follower sini iyer..akan dya cube petua nih..hope dpt lah bby twins coming soon..^^.. jemput singgah my blog ya..mysunshinelydia.blogspot.com

Makwe Kintan said...

TQ utk tips..sy dh 3 tahun kwin tp msih belum punya ank..belum rzki lg...& sy mmg tringin nk anak kembar...=)

nenot said...

Kembar is Cute.,,agree wif u

Unknown said...

mg nnt apit dapat twin..hehee..alamak..akak mungkin xder peluang laa..walau mertua akak kembar 3 sebab kakak ipar dah dapat kembar 3 dah..hihihi....dah lain blog nie..lama dah tak singgah cni..

zazanizam said...

bersyukur sgt kalau diizinkan Allah suatu hari nanti..amin :)

Cheida_Mymee said...

selalu je pegang tgan mak bila jalan2 x de hal pon :) hihihi

Unknown said...

in-sha Allah .. dgn izin NYA ^^

Emas Putih said...

anak mak. hahahaha

Unknown said...

bagus tip nie... thanks for sharing..

MellProps said...

takut hari2 makan kentang...badan makin bulat, baby kembar tak jugak2 muncul..hahaha

Unknown said...

pacik ada ank kembar 2..paling lucu bila pacik pengsan saat anak2 dia nangis..wife dia pulak tgh berpantang..tak larat nak keja.hahaha..lucu..bila cte kat dia balik..dia kata "xdala"...hahha..

p/s: tepat!kembar is cute!

Unknown said...

ok boleh cubalah ni...heee

Anonymous said...

mengimpikan untuk dapat anak kembar,hehe ^^

Chek Atien said...

akak2 chek kembaq...
mesti best dapat anak kembaq...
:D

Qienah said...

betul tu, cutenye kmbr..nk sgt:P tp ssh nk jg le plk nnt..sorgpun dh trse..ptt le kt mmg kn mghrgai jasa ibu kt...

sitirohaida said...

best jugak dpt anak kembar.

Anonymous said...

weeuu...dh bleh amalkan dri skrg tip yg ke-8 tu..hehe:)

Unknown said...

ada jugak kan kembar tak sama rupa? kembar mmg cute.

Anonymous said...

Tp klu nk cbe akar kayu blh jg sy ada buatkn,,

Lydiana Nana said...

Thanks with this Petua.. Insya'Allah dengan izin-Nya dapatlah twin nti.. Amin..

Anonymous said...

Salam.isteri sy tgh mengandung,moga2 dpat kemborrr la yek.hehe.amin ngan izin nye.kembor laki pempuan keme tak kesah le.zuriat aye jgk.cume kne perbykkan doa.

Mami_Pulut said...

Macik sy ada ank kembar x seiras boy+girl.. macik yg lg sorg pon dpt bby kembar jgk.kembar 3!! boy+boy+girl

Mami_Pulut said...

Macik sy ada ank kembar x seiras boy+girl.. macik yg lg sorg pon dpt bby kembar jgk.kembar 3!! boy+boy+girl

Unknown said...

mudahan dpt kembar..amin..^_^

Anonymous said...

Nk... T_T ....nk kembaq jgk¡

Nurdiana Aniff said...

Terima kasih.. teringin jugak nak anak kembaq.. tapi xpa..kita serahkan pada Allah.. tq for the tips.. senang2 mai jenguk blog kindhearty.blogspot.com kot2 ada nak beli apa2 supplemen kat mak ke :)

Tips cantik said...

Wow.. Bestnyer.. Sy teringin sgt nak dpt anak kembar laki & girl...

Tips Awet Muda

Ummi Jual Vitamin said...

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tips Cepat Hamil.