19 December 2012

Cutenyaaaa Lisa Surihani Menari..

Wah! Comelnya kakak Lisa kita ni menari. Tak sangka sebenarnya pelakon kepada pengarah dan ahli perniagaan terkenal, Yusry KRU ini mempunyai bakat terpendam yang kita sendiri tidak tahu. Sebenarnya, tidak ada apa-apalah sangat mengenai video yang bakal anda lihat ini. Tetapi oleh kerana Lisa yang kita kenali ini berpewatakkan lemah-lembut dan tinggi budi bahasa jadi agak janggal juga jika kita melihatnya.

Sebenarnya, video yang anda bakal lihat ini memaparkan klip video yang dirakamkan oleh peminatnya semasa menjayakan program anjuran tuala wanita, Sofy. Lisa yang menjadi jurucakap bagi produk ini telah dijemput untuk menari bersama-sama pengguna rangkaian Sofy. Melihat kepada video berdurasi 3 minit 35 saat ini, rasanya mereka seperti sudah menghafal setiap gerak-geri yang diperlukan. Mungkin, sebelum ini mereka telah berlatih terlebih dulu atau setiap kali Sofy mengadakan program mereka, mereka akan menari dengan rentak sama sehingga masing-masing sudah menghafalnya.

Cuma apa yang tidak sedapnya, terdapat salah seorang dari penari itu memakai baju kurung. Rasanya agak kurang manis apabila melihat wanita berkenaan terlompat-lompat dengan memakai baju berkenaan. Mungkin dia tak sedar agaknya, sebab dah terlalu ‘syok’.

Apa-apa pun Lisa kelihatan amat comel semasa menari lagu Jennifer Lopez dan beberapa lagu lagi.

Saksikan video ini…


26 orang komen:

Budakkacamata said...

memang comel betol tarian dia tapi ada macam berterabur sikit. tapi memang terbaik lah :D

Dingdang said...

Lisa Surihani memang comel.
suka tengok dia masa iklan bedak Johnson n Johnson dulu...

Unknown said...

siriess comel sangat..hihi

maszull said...

assalamualaikum fiz...mmg cute jer...;)

yayamongekss said...

lisa memang comel gile....!!!!! n bout that girl yang memakai baju kurung tu..oh my..!! sumpah memalukan martabat wanita2 yang berbaju kurung.. huhuhuhu

iAmCekbolat said...

comel . cepat je die dpt tgkap .

Anonymous said...

Lisa pun tak berapa nak lawak jadi juri MLM 2012 :0 tapi rezeki masing2 :)

cik lisa said...

aiihh perempuan sama perempuan boleh melting dengan lisa, huhu

mujagirl92 said...

alamak,,,, lisa menari,, hehe,, suka dengok yana samsudin menari ala-ala princess dalam lulu hari tu,, hehe

Azza Afdzal said...

yg baju kurung tu menari tak la kisah sangat sebab dye mmg tak bertudung tapi yang tak sedap dipandang bagi perempuan yang bertudung tu la...melompat2 sana sini..

pape pun lisa mmg comel..menari pun xover mcm yg lain..lembut je menari...

Admin said...

dia smmg nya comey ang tau

Maria Menado~ said...

wah lisa... hehe.

Aimacomel said...

Org cantik comel cam lisa tu buat la pe je mesti org akan suka.. Dia mmg sweet pun

Amirah. said...

hahhaha comelnyaaa :)

Unknown said...

teringat lissa dlm teater tun siti hasmah..... dia menari dgn sangat comel.......

Nadia Johari said...

die mmg comel..suke tgk die berlkon

ayunidati said...

memang comel... bile la nak comel macam die...

Unknown said...

Lisa mmg cumil giler

misz aisya said...

aku pernah tengok video ni. mmg comel dy menari kan?

agi satu, aku suka tgok dy menari gangnam style mase opening mahalawak mega 2012. dy ade style lah!

hazanis said...

lisa makin berseri2 lepas kawin. :)

MalizaMah said...

minat juga lisa... so sweet dia nie.

sHaRiNa eLyaNa said...

comeyyyyyy

Unknown said...

comel...

Unknown said...

lisa tak lah over sangat dlm menari. :D

Nabila Abdul Aziz said...

lisa surihani tu sedara aku tau ! ecececeh , perasannya.

Anonymous said...

comel