28 February 2012

Hudud Tiada Dalam Al-Quran - Kata Tun Mahathir

Salam blogger dan salam sejahtera kat korang. Entry panas sikit hari nie. Maybe korang tak rasa marah, tapi bagi aku (maaf guna gelaran aku) memang marah sebab kata2 Tun Mahathir telah menyentapkan aku. Beyul ke Hudud tiada dalam Al-Quran? Kenapa time sekolah, aku belajar..ada ja.. Ustaz aku pown dulu duk sebut ja. Tanah Arab pown duk laksanakan hukum ini. Macamana boleh kata hukum nie tiada dalam al-quran plak. Adakah disebabkan Tun Mahathir telah lanjut usianya hinggakan apa yang diucapkan oleh Tun nie macam dah tak betul. Korang dengar apa kenyataan oleh Tun Mahathir pada Konvensyen Kebangsaan Politik Dan Patriotisme (K2P) di Universiti Malaya Sarawak (UNIMAS) pada 26 Februari 2012. Memang agak terkejut apa yang dinyatakan oleh Che Det.






Pada zaman aku sekolah dulu, Tun Mahathir nie memang aku jadikan dia idola aku. Memang dia bawak kemajuan pada ekonomi negara Malaysia nie. Tapi sejak aku banyak habeskan waktu dengan duniar luar, bercakap, explore dan membaca sedikit sebanyak kat dunia siber nie, Tun Mahathir bukan lagi idola aku. Tidak sama sekali. Apa yang diperkatakan oleh Tun Mahathir ini seperti mempersendakan hukum Allah iaitu hudud! Macamana la orang cerdik pandai macam Mahathir nie boleh kata macam tue plak. Jangan la untuk kepentingan kuasa di dunia, kamu memutar belitkan agama kepada rakyat kamu plak. Tun Mahathir seperti memepersendakan Hudud waktu mana menjawab soalan dari pelajar dengan mangatakan Hukum Hudud tidak adil buat orang islam. Setahu aku lah kan, walaupon aku nie tak la sebijak agama sangat, tapi apa yang aku tahu, kalau kita tolak hukum ALLAH S.W.T, bermakna secara automatik kafir. Moga Tun Mahathir dan kita semua mendapat hidayah dari Allah S.WT. Jom baca artikel nie ---> http://pekanrabu.com.my/zubir/hudud.html
"Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum ALLAH, maka mereka itulah orang-orang yang zalim" (Suratul Baqarah : 229). 

“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu dera masing-masing dengan 100 rotan dan janganlah kamu berasa kasihan belas terhadap keduanya dalam melaksanakan perintah Allah jika kamu beriman kepada Allah dan pada hari kemudian.Hendaklah hadir ketika dijatuhkan hukumun terhadap mereka sekumpulan dikalangan orang-orang yang beriman” (An-Nur:2, al Quranul Karim)

24 orang komen:

♥ sitifarhana ♥ said...

yeke?huhu...dia da la idola sy..hmmm

Putry said...

terbaik apit

dariilhamkehati said...

astaghfirullahalazim ~

Ckin Kembaq said...

Nak bercakap apa pun, wajib ada ilmu..kalu tak, memang cari bala.. +_+

fitriani zain said...

hurm, same, he is my idol too~~

Cik ira said...

die mmg idola ramai orang. pabila die cakap cam ni.. maybe akan confiuskan orang yang xfaham lagi sal hukum hudud ni...+semua ni pasal politik+

Unknown said...

erK...wAktu kAt unimAs..? U sAya..hMm..btw, sAya x pegi pn...hUhu...kuAr g mlAwat mAk rumAte sAkit ~
subhanallah...

yura said...

mungkin die keliru em....

LyNdA Aziz said...

hurm .. bagus jugak bila apit mengetengahkan hal nie .
betul2 , masa lynda belajar dulu ustazah selalu cakap hukum hudud nie ada dalam al-quran . kalau tak de takkan allahyarham P.Ramlee nak buat cerita semerah padi kan . hurrmmm . ehh . betul ker semereah padi ekk ? ala ,, cerita yang P.Ramlee kena hukum rotan tuu ...

panjang pulak , sekian . huhu

Unknown said...

hmmm... is pun terkejut baca tajuk apit ni~

Kak H said...

apit dah siasat betol betol ke pasal benda ni? sedih sangat bila baca. nak kan darjat, gadai agama. malu. malu. T.T

Kak H said...

apit dah siasat betul betul ke ni?
sedih baca. kejar darjat dunia, gadai agama. malu. sedih. T.T

Unknown said...

x caye!

Amani said...

Astaghfirullah, semoga Allah melembutkan hati beliau =D

Anonymous said...

mempersendakan hukum Allah adalah murtad...nauzuvillah,,

Keri said...

ada beberapa cara yang boleh menyebabkan terbatalnya akidah seorang Islam , salah satunya menolak, mempertikaikan dan mempersenda hukum yg terdapat dalam al-quran -_-
Dr M ni kejap aku respek kejap aku rasa cam orng gila pun ada...

Mss Ieza said...

assalam..
bukan setakat menolak hukum Allah, tapi kalau kita menolak 1 daripada ayat Al-quran pon dah berdosa..inikan pula membuat kenyataan camni.. subahanallah

Najwa Jamal said...

betul ke ni??kalau betul lahh ape berita ni heii..subhanallah!!agak2 lahh kalau bercakap wahai dr.m...jgn kerana politik agama dipertikaikan..

Cikgu Ma said...

tak respect....

'Aisyah Hafizah said...

ni sbb kurang ilmu agamA ni.. sbb tu jd mcm tu...

Anonymous said...

an awesome entry :)

Uwais Al-Qarni said...

astaghfirullah

Daddylicious said...

ada kebenarannya sebabnya cuma hadis2 sahaja yg menyatakan ada dan jika kita baca dan telitinya di dalam al-quran mmg tiada menyebutnya...secara terang.

Anonymous said...

Daddylicious jangan begitu sedara baik tanya ustaz nanti orang terkeliru maksud anda dalam quran benda mutlak adlah mutlak contoh arak haram tetap haram babi haram tetap haram, hukum bagi mencuri pun ada, potong tangan,,hukum minum arak,,secara total nya hukum ini tak boleh ubah contoh potong tangan tetap ptong tangan tak boleh tukar hukuman lainm,cuma jika tak lpas syarat tak boleh potong,,,huku itu orang panggil hudud,,hudud ni ada cuma cara perlaksanaan,samada kena juga pada orang bukan islam saja yang menjadi khilaf para ulama tu saja tapi hukuman(hudud) utk kes2 tertentu sudah dijelaskan dalam quran secara mutlak