Last updated!

17 February 2012

Jom Kita Menyokong Earth Hour 2012

salam blogger dan salam sejahtera kat korang. Korang tahu tak apa tue Earth Hour? alaa Sejam untuk Bumi eyh maksudnya? haha.. ala kita kena padamkan elekrik dalam masa satu jam kat umah kita atau pown kat mana ja kita berada time tue. Earth Hour nie merupakan acara tahunan yang diadakan oleh Tabung Alam Sedunia WWF, disambut pada hari Sabtu terakhir pada bulan Mac, yang mahukan kediaman dan pejabat untuk mematikan lampu yang tidak digunakan dan peralatan elektrik yang tidak digunakan selama satu jam untuk membangkitkan kesedaran ke atas perubahan iklim. Earth Hour berikutnya akan diadakan pada hari Sabtu, 27 Mac 2010 jam 8:30 malam, waktu tempatan.


Earth Hour juga menerima publisiti bebas dari perusahaan Google. Mulai 12:00 tengahari 29 Mac 2008 hingga akhir Earth Hour, halaman utama Google di Amerika Serikat, Colombia, Canada, Denmark, Ireland dan UK menggunakan latar belakang hitam. Slogan mereka adalah, "We've turned the lights out. Now it's your turn - Earth Hour." Satu salahfaham popular bahawa latar belakang hitam dalam paparan web mengurangkan penggunaan tenaga pada monitor; monitor LCD menggunakan jumlah tenaga yang konstan tidak penting apa warna halaman webnya. Ini bukan mengenai monitor LED Organik, meskipun tidak digunakan secara meluas. Untuk maklumat lebih lanjut, korang boleh rujuk kat SINI. Kat bawah nie gambar-gambar semasa Earth Hour 2008 -2010






8 orang comel komen:

Yvonne Iman Felicianus said...

beberapa tahun ada earth hour ni xpenah saya ikut begelap.hmm nak ikut lah tahun ni..

Eera Shera said...

tiap tahun menyokong earth hour..walopon ade skali tu besoknye ade test..jom support earth hour!

Seri_Najwa95 said...

tahun lepas tak dpt buat earth hour psl masuk hospital.. insyaAllah tahun ni akan dilakukan .. :)

hzndi said...

earth hour harusnya dilakasanakan setiap hari jangan cuma setahun sekali

cik kiwi's said...

seronok la buat earth hour. tutup lampu. pasang lilin. suka!!

amy syifa said...

teringat masa dekat rmh pakcik dulu.. masa earth hour tutup lampu2 smue.. sbnarnye diorg xtau pon pasal earth hour so xplain la..at last pkcik aku kutip tutup smue plug dlm rmh.. huhu best jgk bergelap !

Hantu Writer said...

http://aku-macjay.blogspot.com/2011/03/konspirasi-yahudi-dalam-earth-hour.html

awanis said...

apsal 27mac 2010 lak?typo eh..>??