27 February 2012

Gadis Kristian Memeluk Agama Islam

salam blogger dan salam sejahtera kat korng semua..
hmm hari nie nak share sikit lah pasal gadis comel nie..
yang sebelah kanan tue..wah..sungguh ayu orangnya? siapakah beliau?
jom kita baca sedikit kisahnya di bawah :-)

Nama nya adalah Lee Jo Yee. Beliau tiada nama Islam kerana sekarang seseorang muallaf sudah tak perlukan tukar nama dengan nama Islam, dan hanya perlu ber 'binti' kan kepada Abdullah serta tak perlu tukar bangsa, maka namanya kekal Loo Jo Yee binti Abdullah. Beliau telah masuk Islam ketika masih berusia 17 tahun, disebabkan di Malaysia mempunyai undang-undang untuk memeluk agama Islam bermula 18 tahun sahaja. Jadi, beliau terpaksa menangguhkan dulu permohonan.

Keluarga Jo Yee merupakan pengikut agama kristian yang kuat. Dan beliau bakal menjadi seorang paderi di sebuah gereja. Disebabkan itu, keluarga beliau sangat bantah hingga menganggap masuk Islam adalah sangat menghinakan bagi keluarganya.




Loo Jo Yee mendapat hidayah melalui dua peristiwa yang menarik.

Yang pertama adalah, beliau mempunyai ramai rakan-rakan yang beragama Islam. Oleh itu, mereka telah berdebat tentang agama masing-masing. Ketika itu, beliau bermatlamat untuk membawa rakan-rakan Islam untuk masuk agama Kristian. Namun untuk berdebat dengan rakan-rakan, beliau telah mengkaji al-quran, membaca kisah Nabi Muhammad s.a.w dan mengkaji kemunculan Islam untuk mencari kelemahan Islam. Semakin beliau mengkaji, semakin lama beliau mula tertarik dengan ajaran Islam. Beliau sendiri mengaku bahawa di dalam Bible banyak perkara yang telah diolah hingga menyimpang dari perkara sebenar. Oleh itu, Jo Yee mengkaji Islam dengan lebih mendalam untuk mencari perkara yang sebenar. Dengan itu, beliau telah mendapat ketenangan jiwa ketika membaca al-quran. Itu adalah hidayah pertama Loo Jo Yee.

Peristiwa kedua yang membawa hidayah kedua beliau adalah ketika beliau menghidap mendapat penyakit thyroid di bahagian leher. Doktor mengesahkan 90% besar kemungkinan adalah penyakit tersebut. Beliau merasakan ini adalah penamat bagi kehidupan beliau walaupun masih muda. Rakan-rakan Islam Jo Yee telah banyak 'encourage' beliau untuk cuba berdoa kepada Allah taala. Beliau cuba dengan menadah tangan, menangis dan hanya berserah kepada Allah. Keesokan harinya, ketika beliau menjalani medical check-up, doktor mengesahkan penyakit itu bukan kanser. Disebabkan itu, beliau yakin dengan kuasa Allah taala dan pada waktu itu juga la beliau mengucap 2 kalimah syahadah. Subhanallah.. Allahuakhbar! Loo Jo Yee berasa hiba kerana beliau berasa telah dipilih Allah untuk mendapat hidayah ketika berumur 17 tahun sedangkan remaja yang seusia beliau sibuk bersuka-ria hingga tersasar di jalan Allah.

Banyak dugaan yang beliau terima selepas bergelar muallaf, hingga dipulaukan rakan-rakan sendiri dan keluarga tercinta. Beliau sangat bersyukur kerana mendapat keluarga angkat di Ipoh yang mengambil berat terhadap beliau. Jo Yee berharap selepas ini dia berpeluang untuk berdakwah kepada remaja-rakan yang seusia dengan cara tersendiri. 

p/s : sejuk mata memandang..terasa mcm nak p meminang lak :-p

13 orang komen:

Unknown said...

Alhamdulillah...saudara baru...

Anisa Anuar said...

pernah tgk jgk video ni...
contoh yang terbaik dari dia..

Ckin Kembaq said...

alhamdulillah...bertambah lagi saudara baru....yg pergi akan diganti..

p/s : memang comel.. ^_^

Sobri Mansor said...

Alhamdulillah.... Semoga ranjau dan onak duri yang beliau tempuhi dapat menguatkan lagi iman untuk terus berpegang teguh kepada ajaran Islam.

ieyra said...

alhamdulillah .
bertambah lagi muslimah .:)

anna said...

alhamdulilah..... :)

ciksukaberangan said...

masyaAllah..

Prettywrite said...

sebak baca..semoga Allah permudahkan jalan hidupnya..

YouSOF said...

Syukur Alhamdulillah.. Bertuah dia jadi antara insan yang terpilih dapat Hidayah Allah kan..


Semoga hatinya terus kuat dan tabah menjadi muslimah sejati. ;)

echa takashimaya said...

alhamdullillah :)
pernah baca dalam paper.

cik penyu said...

alhamdullillah...

kami warga ipoh insyallah akan

sentiasa menerima saudara baru.

Anonymous said...

ye ker klau masok islam tak perlu tukar nama skarang ni?? hmm ... coz i kristian my bf islam . my fmly memang mbantah hbgan i dgn dia coz nti kne tukar evryting but i still brusaha kekalkan hbgn kami.cuma syg..my boi mgkin dah ptus asa kot coz my fmly tak dpt trima dia smpai skrg . hbgan kami dah msok hmpir 3 taun n 3 ary yg lalu we break-up.so sad 4 me....coz i syg n cinta kan dia sgt2.mslh nye smua sbab my fmly tak dpt trima skiranya nti i perlu peluk agama islam ... ;( sad huh? still hope dia akn blik pda i nti . ;)

admin said...

yayy, sorang lagi masuk islam.

Comel dia bertudung.