31 May 2012

Akta Keterangan (Pindaan) 2012 Berkuat-Kuasa Mulai Esok 1 Jun 2012

Dengan media baru yang semakin popular, termasuk blog, Facebook dan Twitter, serta dalam usaha untuk menjadikan rakyat lebih bertanggungjawab terhadap aktiviti mereka di atas-talian, kini ia telah pun ditetapkan yang mana Akta Keterangan (Pindaan) 2012 bakal dikuat-kuasakan bermula esok, iaitu 1 Jun 2012.

Bagi yang tidak ketahui, melalui pindaan pada Akta Keterangan, ia menetapkan yang mana para pengguna Internet akan bertanggungjawab terhadap sebarang kandungan yang dihantar ke internet melalui rangkaian ataupun peranti mereka. Secara ringkasnya, sekiranya seseorang pengguna menghantar komen pada blog anda, halaman Facebook Page anda, tweetjack akaun Twitter anda, mahupun dengan “menumpang” talian WiFi anda, maka anda akan dipertanggungjawabkan terhadap sebarang perkara yang dikongsikan melaluinya. 

Selain daripada itu, ia juga mengatakan yang mana sekiranya seseorang memulakan halaman Facebook, Twitter, blog mahupun sebarang perkara menggunakan nama dan gambar anda dan menerbitkan kandungan yang bertentangan dengan undang-undang serta memfitnah seseorang melaluinya, maka anda akan didapati bersalah, dan perlu membuktikan sebaliknya. 

Anda mungkin akan menghadapi masalah sekiranya: 
Anda mempunyai blog, dan seseorang pembaca menerbitkan komen, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkan komen tersebut.
Anda mempunyai halaman Facebook Pages, dan seseorang pengguna menghantar komen atau menerbitkan sesuatu pada Wall, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkannya.
Seseorang menggunakan tablet atau telefon pintar anda untuk menghantar sesuatu yang tidak baik, maka anda akan dianggap sebagai yang menerbitkannya.
Seseorang menggunakan komputer anda atau laptop anda untuk menerbitkan sesuatu pada internet, maka anda akan bertanggungjawab atasnya.
Seseorang menceroboh ke talian WiFi anda dan menghantar pelbagai perkara yang bertentangan dengan undang-undang di internet, maka anda akan bertanggungjawab ke atasnya.…dan pelbagai perkara yang berkaitan.
Lihat Juga Di Sini --> http://bit.ly/L0RQRj

p/s : Nampaknya negara kita semuanya telah dikongkong. Dari dunia nyata, hinggalah dunia maya. Apa nak jadi nie ngan Malaysia. Takut semua rakyat tahu ke kegiatan orang-orang atas. Kami ada hak untuk menilai sendiri. Jangan sekat-sekat kami. Ini bukan negara Jepun..semuanya dikongkong. Gambar dan video fitnah seks di akhbar-akhbar dan media tidak diambil tindakan, hanya komen di facebook dikira salah? Apa punya negara nie! A.P.T.B.

25 orang komen:

- said...

Ades....huhuhuhuhu

nadya ixoera™ said...

kalau mcm tu kena amalkan sikap komunis laaa.. oppp maaf encik apit.. nanti dianggap post saya ni encik apit yg terbitkan... huhu..

Unknown said...

tutup blog dgn fb la jwbnye pasni..huhu

zul said...

orang lain buat kita pulak kene #pelik

Anonymous said...

mcm tak sistematik pulak..huhuhu..

Awan Nina said...

betul . sepatutnya yg video2 gambar2 lucah tu la yang kena tapis semua dulu . haishh

Unknown said...

oh malaysia ku..pfffttt..
APTB

*wa sokong lu..dah takut benau tu gayenye -___-

Meeda said...

betul tu. mcam terkongkong pulak. apekesss nie? lingkup lah lepas ni dunia maya

nurdani said...

aih, dah macam orang yang guna kereta kawan, lepas tu buat kesalahan,owner kereta yang kena. ish2...bab gambar seks tu sepatutnya sekat.

Wan_hazel said...

gila dah MALAYSIA nie...macam2 je..mana hak kita sebagai pngguna..kan kita perlu bsuara...alamak kalau semua disekat alamat nya tak de lah pningkatan hidup..mak ai..


lepas semua media suara , media cetak kita wat akta yg sama jugak....baru lah adil...

иιиα αмιяα said...

macam2 undang-undang la skrg nie.

DUNIA sesawangku said...

apa pon tak boleh ;p

JQ said...

tau xpe!

Solehah Shamsuddin said...

bia btl sumenye owner yg bertanggungjawab.mmg susahla klu jd mcmni

eyka said...

dapat tau tadi kat FB ... geram betul lah dengan orang yang buat akta PELIK macam ni ... dah macam2 benda diaorang buat .... sampai kita punya HAK pun diaorang nak kacau ... APA LAH masalah kerajaan ni ... TENSION betul ...!

GeeGee said...

susah susah, guna sistem lama la gamaknya, surat menyurat . hahaha . lagi senang, xad tapis - tapis . xad org larang - larang . apa la malaysia ni, hate akta ni . HATE .

Shida Radzuan said...

aduihh...xmo byk ngomong nanti kne tgkap lak mmber ksygan nih huhuhu..

Dayang Deno said...

sebenarnya bagus jugak buat mcm ni... byk sgt kes fitnah berleluasa... dan ini mengajar pengguna laman sosial lebih bertanggungjawab.. dan..... beware of dog.. (eh2, ayat zizan pulak.. hehe)

Sharfynarz Sharfnie said...

hoho , bnyakkn brdiam lar nhe pas nhe

Cheida_Mymee said...

benda macam ni sibuk nk buat akta itu ini nk tangkap sana sini... yg kes bunuh,colik,rogol rompak penjara sebat x pon ttp kes ja!!
A.P.T.B

Aina Ayunie said...

Nasib-nasib . =')

Aina Ayunie said...

Nasib-nasib . =')

Aina Ayunie said...

Nasib-nasib . =')

Anonymous said...

hmm camne ni..klu bkn salah kita, kt jugak yg kena btanggungjawab :(

maisarah sarah said...

memang 'terbaik' la undang2 malaysia skang.

'bebas' sgt dok kat malaysia

(sambil tangan letak kat bahu mata pandang atas)