Last updated!

23 May 2012

Najib & Anwar Perlu Berdebat Sebelum PRU13

Debat Sinar Harian antara Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berakhir dengan harapan ia akan menjadi pencetus kepada debat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). 

Moderator Debat Sinar Harian, Dr Mazlee Malik mencabar kedua-dua pemimpin kanan itu agar muncul dalam satu debat, yang boleh dianjurkan oleh Sinar Harian dengan kerjasama Astro Awani dan Bernama 24, bagi menjelaskan kerangka dasar parti-parti masing-masing sebelum PRu13. Katanya, ia penting bagi negara menuju status negara maju dan selaras dengan kehendak rakyat.
"Kita sudah dengar debat pada tahun 2008 di Amerika Syarikat, 2010 di UK, dan di sini negara kita, kita harap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Umum Datuk Seri Anwar akan muncul pada debat menjelang Pilihan Raya Umum," kata beliau ketika menutup Debat Sinar Harian sebentar tadi.
Cabaran beliau itu turut disambut positif oleh hadirin di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini malam ini, yang jumlahnya sekitar 400 orang. Debat Sinar Harian yang berlangsung 90 minit menyentuh soal "Pemansuhan PTPTN & Hala Tuju Pendidikan Tinggi". -sinar harian online-

UPDATED : VIDEO DEBAT PTPTN ANTARA RAFIZI & KHAIRY PART 1

p/s : Rakyat mahu mendengar dan menilai sendiri hujah dan dasar ekonomi yang ingin dibawa oleh ketua parti masing2. Moga PM nie berani untuk berdebat. Jangan la hantar orang bawah ja. --> SINI

1 orang comel komen:

3no gr33ny said...

tak sabarnya kalau jadi ni =)