Last updated!

05 May 2012

Alhamdulillah. Beranak Jugak Lembu Aku Nie..



Assalamualaikum w.b.t..

Tadi petang dalam pukul 3 gerak ke kebun sebab dapat kol dari orang kerja kat sana yang lembu betina yang bunting tue dah pown beranak. Haaa beranak pown. Baca entry SINI before masa lembu tue bunting. Puas kami tunggu. Perut dah memboyot gila. Macam tak larat berjalan ja lembu tue. Akhirnya penantian kami berakhir jugak yang lembu a.k.a Mak Tam (sebab warna hitam) berjaya melahirkan baby lembu jugak. Hihihihi. Apit sampai ja, p tengok dulu lembu. Nak tengok anak lembu tue sihat ka dak. Besaq mana. Alhamdulillah sihat walafiat aku tengok tadi. Tapi duk lena tepi mak dia plak. Aikk! Awatnya mak dia hitam, dia putih melepak! Kuasa Allah S.W.T.


So p la nak kacau anak lembu tue, tapi dengan ketajaman tanduk mak dia, seriau sikit lah nak dekat. Mak dia lak duk perhati ja apit. Amboiii..nak dekat pown takleh langsung aih. Punya la jaga anak dia. TENGOK! Binatang pown sayang anak, tapi kenapa pulak manusia kejam boleh buang anak merata2? So kena tukar ayat " Manusia berhati binatang" dengan "Manusia berhati syaitan!" Baby yang comel boleh buang merata. Lupakan pasal tue. Lepas tue anak lembu tue pown jaga. Haa bukak pown mata tue. 


Then tengah syok2 tengok anak lembu tue duk kedip2 mata. Maybe dia lapar kot. Terus cari puting mak dia. Amboi. Lapar ye wahai anak lembu. Fitrah hidupan muka bumi. Kalau nak menghisap susu, tak payah orang ajar. Automatik dah pandai. Hihihi. Jom tengok video bawah nie. Tengok anak lembu nie hisap puting susu dia. Ini bukan web porno lak taw. Hihihi. Saya bukan kerajaan sekarang yang asyik-asyik pasal sex & porno jer. Hihihi. 



7 orang comel komen:

Zaf98 said...

hoh0ho! anak dia putih, maknye hitam~

keajaiban Allah~

Haruno Hana 하나 said...

selamat jugak lahir.. hehe.. betul3.. kdg2 binatang lg sayangkan anak drpd manusia yg punya akal..

EYJA MASLIZA said...

Anak Mak Tam dah bagi nama belum ? Eyja nak suggest boleh tak ? " Uteh " , okay takk ? Hewhew :D

Rubikz Key said...

comel la lembut tu. kekeke.

Cik Anis said...

welcom to the world!

Eyqa Hasnan said...

siapa bapaknya nie ? putih semacam je . haha

deno said...

last deno tengok lembu beranak time deno sekolah menengah, lembu atuk deno beranak.. huhu