Last updated!

19 May 2012

Perhitungan Terakhir Antara Kelantan & Sime Darby FC Malam ini

KELANTAN akan membuat perhitungan dengan pasukan berstatus kelab, Sime Darby FC pada final Piala FA 2012 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.

Perlawanan yang dijangka dihadiri 80,000 penonton itu diramal memihak kepada Kelantan berdasarkan reputasi mereka dalam saingan Liga Malaysia sejak beberapa musim lalu.

Begitupun, ia bukan jaminan buat The Red Warriors untuk menjinakkan Sime Darby yang telah mencipta kejutan melangkah ke final selepas menyingkirkan juara musim lalu, Terengganu pada peringkat separuh akhir.

Andai Sime Darby tampil dengan aksi terbaik, Kelantan akan terus berputih mata untuk menjulang piala berprestij itu selepas gagal pada musim 2009 dan 2011. 

Gambar Penyokong Kelantan di Bukit Jalil
credit : KBBUTV3
Untuk doodle lain boleh ke SINI

6 orang comel komen: