JIKA Safee Sali menerima gaji bulanan berjumlah Rupiah 350 juta (RM118,000) sebulan, wonderkid Malaysia yang baru sahaja mengikat kontrak tiga tahun bersama kelab Portugal, Beira-Mar, Nazmi Faiz pula dikhabarkan bakal menerima gaji bulanan sebanyak RM 300,000. Mencetus fenomena dalam bola sepak negara selepas terpilih sebagai pemain untuk kelab liga divisyen satu Portugal sehingga Jun 2015 nanti, gaji pemain tengah Harimau Muda itu kini menjadi topik perbualan hangat penyokong serta pemerhati bola sepak tempatan.
Meskipun khabar angin mengenai gaji yang bakal diterima oleh Nazmi masih belum dapat disahkan, namun, sekiranya benar, pemain muda yang bakal mencecah 18 tahun 16 Ogos nanti akan bergelar pemain termuda Malaysia berstatus jutawan selain Safee Sali. Sementara itu, ejen Nazmi, Marco Guimaraes, mengakui jumlah gaji yang bakal ditawarkan kepada tonggak skuad bawah 22 tahun itu adalah sangat lumayan bagi seorang pemain muda dari Asia Tenggara, bagaimanapun beliau enggan mendedahkan jumlah sebenar yang akan diterima oleh anak buah Ong Kim Swee itu.
"Terpulang kepadanya (Nazmi) sama ada untuk mendedahkannya atau tidak, katanya.
Dalam perkembangan lain, akan mula menyertai latihan bersama Beira-Mar selepas pusingan kelayakan Piala AFC bawah 22 tahun yang akan bermula 21 Jun sehingga 4 Julai nanti, Nazmi akan turut ditemani pengendali Harimau Muda, Ong kim Swee. Selain menguruskan soal kontrak dengan kelab tersebut, Kim Swee yang berada di sana selama seminggu akan turut membantu anak buahnya menyesuaikan diri sebagai pemain professional di kelab Eropah itu. -sinar harian-
Lagi berita --> http://bit.ly/JU1hTs
p/s : Moga nazmi tidak ikut budaya barat kat sana. Solat jangan tinggal ye dik.
11 orang komen:
kaya la dy nantikan.umo 18 dh dapat pegang duit beribu2,kita yg dpt status pelajaran ni pn xd la dpt beribu2 mcm dy.
muda2 dh kaya. rezeki dye :)
dah la comel. Hee ^^
Kalaulah betul rm300,000 sebulan, banyakkkkk tu :D
nak ngoratlah dak nazmi ni..HAHAHAH...boleh belanja kepsi tiap bulan..untunglah dia...nk tukar profesionlah..nk jadik pemain tengah pasukan harimau malaya pulak..hahahahhaah
Murah rezeki dia. :)
WOW! RM300,000 banyak tu. rezeki dia. hihi
wow! RM 300 000 x 3 tahun = RM 10 800 000.. jutawan muda! best nya!
Bangga mak bapak dia, bangga family dia, bangga rakyat Malaysia..
Harap² dia tak lupa diri..
untung la, tak payah ambik SPM gaji sda beribu2 ;D
untungla..jutawan muda =)
hai,dapat bf sekaya nazmi nie troz mak bpak aq bg restu..CONFIRM ! wink*wink* ;p
Post a Comment