26 May 2012

Adakah 1Malaysia Pad Pilihan Anda? Tidak Bagi Aku. Maaf.

Dengan dunia tablet yang semakin mendapat perhatian ramai di Malaysia, kini sebuah syarikat tempatan hadir dengan tablet yang diberikan nama 1Malaysia Pad. Tablet Android yang bakal dijual bermula bulan hadapan itu bakal berharga RM999, dan kini dibuka untuk pra-tempahan oleh orang ramai.
Mahalnya! Ipad 2 pown sekitar RM1200 jer sekarang nie.
Dari segi rekabentuk, tablet 1Malaysia Pad kelihatan sebagai salah satu produk tablet daripada China, yang hanya dijenamakan semula dengan nama 1Malaysia Pad. Ia membawakan skrin sentuh seluas 7-inci, kamera 3.0-megapixel dibahagian belakang, kamera 0.3-megapixel dibahagian hadapan, bateri Li-Polymer sebesar 4000mAH, ruangan kad mikro-SD sehingga 32GB dan juga dijana menggunakan sistem operasi Android Gingerbread.
Banggakan Malaysia? Tengok lah sendiri --> http://bit.ly/Jiriuu
Pada masa yang sama, tablet yang menggunakan penjenamaan 1Malaysia ini juga didatangkan bersama-smaa dengan sebuah aplikasi khas, dinamakan sebagai 1Malaysia Messenger (1MM), yang mana menawarkan sokongan permesejan antara pengguna, seumpama Whats App dan lain-lain. Selain itu, tablet ini juga dikatakan akan dilengkapi beberapa aplikasi lain seperti 1Malaysia Club dan juga 1Malaysia Info.

Namun, dengan pasaran tablet yang mana para pengguna lebih gemarkan kepada iPad dan juga beberapa tablet Android lain, seperti daripada Samsung dan yang lain, serta Hyundai yang menawarkan tablet dengan rekabentuk lebih lawa pada harga yang lebih rendah, adakah 1Malaysia Pad ini terus akan menjadi pilihan pengguna? -sumber amanz.my-
p/s : Harga sangat mahal bagi aku. Beli barang cina dengan harga yang gila murah, and then jual pada rakyat dengan harga yang sangat tinggi. RM999? Wah! Kalau duit BRIM darab dengan 2, baru bley beli sebijik. Bijak dorang bisnes. Hihihi. Baik simpan duit lagi sikit, angkat Ipad or Samsung. Harga taklah jauh beza sangat. Yang penting kualiti ada. 1Malaysia Pad? Aku tak fikir kualiti ada sebab notebook 1Malaysia pown search kat google, semua negatif jer. Err. Bukan takmau support barang Malaysia nie, tapi kenyataan. Cikai2 jer buat kat rakyat. Brand 1Malaysia atas tue pown sticker. Adoyai. Sabo ajer lah. Aku lebih sayangkan SGT 7.7 aku. Sepatutnya 1Malaysia = RM1 sahaja. Hihihi. (Kidding)

23 orang komen:

Fatindn_ said...

takut cepat rosak .. sayang je beli mahal-mahal .. baik beli yg ada jenama .. sebab guarantee ok ..

+::NuR MaiSaraH::+ said...

Cap Ayam Lah Tue...

+::NuR MaiSaraH::+ said...

Cap Ayam Lah Tue...

◕ D Y S H A S A H H I R ◕ said...

aiyo... not my taste..hahaha.. semua bnda nk 1 Malaysia..bosan!!!

Anonymous said...

hihi setuju sangat :p 1MALAYSIA = RM1 xD

shuhadaothman said...

ahaha. kalau rm1 bru nmanya rakyat didahulukan. :P

Unknown said...

Setuju2. Kalau RM1, saya pun nak beli barangan Malaysia ni :p hehe

Unknown said...

ngeh2~~ senyum je x mau kata ape2 :P

Unknown said...

aku pun tak nakkk!hahaha

Deleted said...

Jujur , saya x suka barang tahun ni. sbb banyak 1Malaysia je. apakah? bukan saya x sayang malaysia yee..

Mawardi yunus said...

baik beli samsung terus..

cik nanad said...

kalau free nak la..ahakz beli? comfirm tak !

Anonymous said...

mule2 mcm nk bli tp bile tau harga dkt rm1000 baik beli yg samsung pnye lg original & best! ..yg 1malaysia ni mcm yg Apit ckp la. .huhu

Rubikz Key said...

hahaha, 1malaysia, 1 ringgit <- ayat terbaek.

Unknown said...

biasalah bila dah demam 1 malaysia..tp best jugak ni..:P
HAHHA...Apit, apa kata buat doodle 1 malaysia....heehe..:) wahhh...

Unknown said...

Betol tu..sye pun xnk..sbb tgk dari pelbagai aspek, contoh nya kereta buatan kita lar(proton)..sptut nya sume rakyat mlsia mmpu milik kereta proton..tp ape yg jd..? Kate rakyt didahulu kan..yg nmpk skrng..org kya bertambah kya..org miskin bertambah miskin..so renung2kn..hehehe

Unknown said...

Bg sye lar...pemimpin kita nie..xckup ngan gaji lar..depa nie cari duit poket lebih..hehe sbb tu depa jual mahal..kata rakyat didahulukan..skrang tengok..jual barang 1 mlsia pn dah mahal,apatah lagi kedai 1 mlsia..ape2 pun pilih pengguna ditangan anda..

Camy Alya said...

woha! boleh tahan mahal jugakk. Better beli samsung je senang. Kepuasan terjamin

Unknown said...

betul gak tu.. bernas. bernas.

Shida Radzuan said...

kalo 2 3 ratus mau gak rembatt haha xbeshh juai plak..huhuh..

Admin said...

kerja untung menipu je kerajaan malaysia ni
benda cap ayam jual mahal, tunggu Google Tablet Nexus katanya harga bawah RM650, lagi power ade brand lagi dari asus tu

Asilah Sahira said...

bese le tu...pilihan raya da nak dkt...
mesti la lg mau tnjok malaysia ada kerajaan penyayang even kalu bg ssuatu kat rakyat dlm bentuk kebendaan msti ta dek kualiti...tgk lapy stu malaysia pn da ckop...majoriti lapy msti dr china...pastu bawak ke malaysia utk penjenamaan semula sbgai produk 1malaysia...ble rosak mle la ckp pelajar ta pandai jge,pdhl bende tu mmg sensitivity dy tahap sawan :)

Unknown said...

mungkin budak2 sekolah akan dibekalkan dengn 1Mpad ini bagi menggalakkan rakyat beli...mana tau kan?!?!