Showing posts with label 1Malaysia Pad. Show all posts
Showing posts with label 1Malaysia Pad. Show all posts

26 May 2012

Adakah 1Malaysia Pad Pilihan Anda? Tidak Bagi Aku. Maaf.

Dengan dunia tablet yang semakin mendapat perhatian ramai di Malaysia, kini sebuah syarikat tempatan hadir dengan tablet yang diberikan nama 1Malaysia Pad. Tablet Android yang bakal dijual bermula bulan hadapan itu bakal berharga RM999, dan kini dibuka untuk pra-tempahan oleh orang ramai.
Mahalnya! Ipad 2 pown sekitar RM1200 jer sekarang nie.
Dari segi rekabentuk, tablet 1Malaysia Pad kelihatan sebagai salah satu produk tablet daripada China, yang hanya dijenamakan semula dengan nama 1Malaysia Pad. Ia membawakan skrin sentuh seluas 7-inci, kamera 3.0-megapixel dibahagian belakang, kamera 0.3-megapixel dibahagian hadapan, bateri Li-Polymer sebesar 4000mAH, ruangan kad mikro-SD sehingga 32GB dan juga dijana menggunakan sistem operasi Android Gingerbread.
Banggakan Malaysia? Tengok lah sendiri --> http://bit.ly/Jiriuu
Pada masa yang sama, tablet yang menggunakan penjenamaan 1Malaysia ini juga didatangkan bersama-smaa dengan sebuah aplikasi khas, dinamakan sebagai 1Malaysia Messenger (1MM), yang mana menawarkan sokongan permesejan antara pengguna, seumpama Whats App dan lain-lain. Selain itu, tablet ini juga dikatakan akan dilengkapi beberapa aplikasi lain seperti 1Malaysia Club dan juga 1Malaysia Info.

Namun, dengan pasaran tablet yang mana para pengguna lebih gemarkan kepada iPad dan juga beberapa tablet Android lain, seperti daripada Samsung dan yang lain, serta Hyundai yang menawarkan tablet dengan rekabentuk lebih lawa pada harga yang lebih rendah, adakah 1Malaysia Pad ini terus akan menjadi pilihan pengguna? -sumber amanz.my-
p/s : Harga sangat mahal bagi aku. Beli barang cina dengan harga yang gila murah, and then jual pada rakyat dengan harga yang sangat tinggi. RM999? Wah! Kalau duit BRIM darab dengan 2, baru bley beli sebijik. Bijak dorang bisnes. Hihihi. Baik simpan duit lagi sikit, angkat Ipad or Samsung. Harga taklah jauh beza sangat. Yang penting kualiti ada. 1Malaysia Pad? Aku tak fikir kualiti ada sebab notebook 1Malaysia pown search kat google, semua negatif jer. Err. Bukan takmau support barang Malaysia nie, tapi kenyataan. Cikai2 jer buat kat rakyat. Brand 1Malaysia atas tue pown sticker. Adoyai. Sabo ajer lah. Aku lebih sayangkan SGT 7.7 aku. Sepatutnya 1Malaysia = RM1 sahaja. Hihihi. (Kidding)