23 February 2013

Penerima BR1M Haiwan: Apa Komen Ustaz Azhar

Assalamualaikum w.b.t

KUALA TERENGGANU: Serangan yang dibuat oleh Perdana Menteri dan timbalannya terhadap Mursyidul Am PAS dijawab oleh penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus (gambar). Beliau berkata, Tuan Guru Nik Aziz bukan kata penerima BR1M itu seperti haiwan tetapi menjadikan penerimanya seperti haiwan.
"Sebenarnya apa yang kita dengar dalam video clip bukan Tok Guru kata kepada penerima BR1M seperti haiwan, cuma Tok Guru kata orang yang memberikan BR1M tulah cuba menjadikan orang yang menerima seperti haiwan. Umpama bagi makan, lepas tu sembelih. Maknanya jahatnya orang nak bagi bantuan bila perlu sahaja, bila jauh dengan pilihanraya tak hulur pun bantuan," kata Ustaz Azhar dalam kuliahnya di Masjid Pengadang Baru dekat sini.
Beliau ditanya, "apa komen ustaz mengenai Tuan Guru Nik Aziz kata orang yang ambil BR1M ni seperti haiwan?"

Ini ekoran tuduhan Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyidin Yasin bahawa Tuan Guru Nik Aziz menganggap penerima BR1M ini haiwan.
Bagi Ustaz Azhar, ini semua punca mencari pembalahan, "Ni buah cari baloh." Sehubungan dengan itu, beliau meminta semua pihak berhati-hati dengan sebarang laporan media. Jadi lening (sekarang ini) kene hati-hati lah banyak putar belit dan spin berita nak nak musim mengundi ni. Yang tak pernah nampak muka pun dan kerap masuk kampung dah. Tujuan ape? Nak tolong ke untuk kepentingan tertentu?  Jadi kene bijoklah, jangan percaya tanpa selidik," tegas penceramah bebas dari Terengganu yang sangat terkenal itu.
Baru-baru ini, Tuan Guru Nik Aziz berkata,
"Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami. Tapi kalau nak beri Islam, kita nak panggil ayam cakap nak ceramah, mana ayam datang, nak panggil lembu, mana datang. Jadi kalau kita beri barang kepada orang, beri RM10, RM50 (orang akan datang ambil). Ini bukan cara Islam, (cara) Islam ialah beri ilmu kepada manusia," kata Tuan Guru Nik Aziz.

VIDEO ASAL KATA-KATA TOK GURU


10 orang komen:

Paly said...

politik mmg cam ni.. byk putar.. baek bg video kat atas, same2 nilai sndiri.. kalau fitnah pastu sebar sane sini, tak ke bhaye cam tu

Unknown said...

remy pun rasa camtu...ada udang disebalik mee......

Aerill Hassan said...

betul2..politik macam2...putar belit selalu!!

PyqahFieka said...

Ala, sy bukan tahu pasal politik ni pun. btw, jom bw bog saya.

http://pyqahfieka.blogspot.com

Nur Nainis said...

Nasib baik tak cukup bulan nak mengundi..Boleh mencacatkan masa depan anak muda yang nak mengundi kalau macam ni.

Engku Muzahadin said...

Perumpamaan saja. Kalau tak betul kenapa nak sentap?

Cik Eyra said...

semalam pergi dgr ceramah,pada mulanya mereka kata ceramah agama,siap sponser bas bagai,kata ustaz dr klntan nk bg ceramah,mmg tak syak apa2,myfather suruh anak2 dia semau hadir,yelah dh kata ceramah agama,sampai je sana kami tgk 'banyaknya bas' .. turun je bas,nmpk bnykny bndera UMMNO,aku dh sengih2 gn mak ak...nmpk mcm da xkena..pas2 dieorang bagi makanan free,kiteorang rembat je lah

1.kata ceramah agama dekat masjid,tp bawa kami ke bagunan umno cawangan ******

2.ceramah agama apa selit politik?bab agama sikit je..msuk topik lain yg bnyk..

selama ni aku just ngr cerita je,tapi malam semalam merupakan my 1st experiance

kpd pihak pgurusan kalau betul nak buat ceramah politik,terus teranglah. rakyat benci ditipu wehy !!

Nadia Johari said...

mcm2 pndpt..sush nk ckp

Ciktie said...

tu la..macam2 pendapat boleh timbul.

Solehah Shamsuddin said...

Npe byk sgt perumpamaan ni, maaf sy xpndai klu nk phm kias2 ni. Apa-apapun kita kena berdoa kepada Allah agar dapat selamatkan Malaysia dari segala fitnah-fitnah ni