16 February 2013

Sebuah Meteor Meletup di Ruang Udara Rusia!

Assalamualaikum w.b.t

Artikel ini 100% di copy paste dari falakonline.net

Ketika artikel ini ditulis, berduyun-duyun berita ini keluar di internet. Video-video pun dah banyak dimuat naik di youtube. Apa pun, saya cuba ringkaskan sikit di sini. Pada lebih kurang jam 9.30 waktu tempatan, sebuah meteor yang teramat besar telah memasuki ruang udara sebuah bandar bernama Chelyabinsk, di timur pergunungan Ural. Jaraknya lebih kurang 1500 km dari Moscow.

Dilaporkan cahaya meteor ini jauh lebih cerah daripada matahari! Beberapa saat selepas meteor ini melintas, sebuah shockwave yang kuat berlaku, yang menyebabkan cermin pecah, alarm kenderaan berbunyi, dan orang ramai bertempiaran lari!

Phil Plait (Badastronomer) telah buat kiraan. Kejadian ini berlaku 16 jam SEBELUM asteroid 2012 DA14 melintasi Bumi. Dengan kelajuan asteroid itu 8km/saat, apabila dicongak-congak kita boleh dapati asteroid 2012 DA14 tu sekarang berada nun jauh pada 500,000 km dari Bumi. Ini meletakkan ia di orbit yang tak ada kena mengena langsung dengan meteor yang jatuh di Rusia ini.

Emily Lakdawalla dari Planetary Society pun sedang rancak tweet berita terkini. Laporan dalam radio (menurut tweet Emily) menyatakan lebih kurang 100 orang cedera dalam kejadian ini. Jam 5 petang waktu Malaysia, lebih 400 orang dilaporkan cedera Dilaporkan juga terdapat cebisan meteor yang jatuh ke bumi. Kebanyakan yang cedera akibat serpihan kaca cermin tingkap yang pecah dan siling jatuh akibat sonic boom yang berlaku.

Cuba tengok foto dalam laporan ini http://zyalt.livejournal.com/722930.html

Apa yang pasti, sebuah meteor telah jatuh di Rusia. Kalau nak dikatakan video-video itu tipu, tak mungkin kerana begitu banyak video yang diambil dari sudut yang berlainan sudah diambil (walaupun ada timestamp sesetengah video itu tidak begitu betul) Kita tunggu laporan selanjutnya nanti.

Sementara tu, jom tengok video-video yang telah dirakam ini.











P/S : Kekuasaan Allah Yang Maha Besar. Tue baru DIA nak tunjuk sikit. Btw baru balik tengok movie Die Hard. Berlakon di Rusia. :-)


11 orang komen:

SITI said...

timestamp tu yang buat nak percaya atau tak.. tapi kalau tengok pada source asalnya, video ni semua dia update dari tahun lepas lagi start bulan 12 2012. Meteor yang jatuh kat rusia ni sebenarnya takde kene mengena pun dengan asteroid yang berlegar kat luar bumi sekarang..dan update terbaru mengatakan hampir 1000 orang yang telah cedera.. Video2 tu diambil dari sigh yang berlainan di belgium, netherlands dan german.hehe.. kalau AA ada silap, mohon betulkan. ^_^

Unknown said...

kun fayakun

EkaTikah said...

berlaku pada hari Jumaat pulak tu.. huuh, gerun. Kuasa Allah

Sayidah Napisah said...

subhanallah.

Unknown said...

first tgk video nie...rasa betapa kerdilnya kita sebagai manusia..... kuasa Allah tak siapa yg mampu menahan...semoga kiat semua dijauhkan dari segala bencana.....

AienSyahierah said...

Ya Allah.besr btul kuasa Dia kan..

Izzie said...

bila keluar berita ni tetiba teringat cerita smallville. zaman skolah menengah dulu kemain suka. haha.
ape2 pun ni semua kuasa Allah. kalau ade beribu asteroid/meteor keliling bumi tp Allah kata jangan jatuh ke bumi maka tak jatuhlah ia. Kalau ade jauh jarak beribu kilometer kelajuan cahaya, tapi Allah kata terhempaslah ia ke bumi maka terhempaslah ia.
Moralnye, mari kt berdoa untuk keselamatan manusia sejagat. ^_^

MalizaMah said...

hoooo.....
maklumat baharu yg leeza baca.

admin said...

^_^ info bagus

Anonymous said...

berlaku hari jumaat...

Nadia Johari said...

satu kejadian yang membuatkan kite untuk sentiasa mengingta kepadaNya