11 February 2013

Kita Ada Berapa Nabi dan Rasul?


Assalamualaikum w.b.t

Nabi dalam Islam merujuk kepada orang yang diberi wahyu (ajaran Islam yang mengandungi peraturan tertentu) oleh Allah S.W.T sebagai panduan hidup, sementara rasul pula adalah nabi yang diperintahkan oleh Allah S.W.T untuk menyampaikan wahyu tersebut kepada manusia sejagat pada zamannya. Rasul dan nabi terakhir ialah Nabi Muhammad S.A.W yang ditugaskan untuk menyampaikan Islam dan peraturan yang khusus kepada manusia di zamannya sehingga hari kiamat. Selepas kewafatannya, tugasnya itu disambung oleh orang Islam yang menjadi pengikutnya. Sebagai seorang Islam, perlu patuh kepada Rukun Iman yang kedua iaitu percaya kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul.


Berapakah Jumlah Nabi dan Rasul?

Tidak diketahui berapakah jumlah para nabi tetapi adalah dianggarkan mereka berjumlah lebih kurang 124,000 orang manakala para rasul pula dianggarkan berjumlah 315orang berdasarkan hadis oleh Imam At-Tabrani yang meriwayatkan dari Abu Umamah bahawa seorang laki-laki bertanya (kepada Nabi Muhammad ),
”Wahai Rasulullah, apakah Adam adalah seorang nabi?” Baginda menjawab,”Ya.” Kemudian orang itu bertanya,”Berapa masa antara dia dengan Nuh?” Baginda menjawab,”10 abad.” Lelaki itu bertanya lagi,”Berapa masa antara Nuh dengan Ibrahim?” Baginda menjawab,”10 abad.” Lelaki itu bertanya lagi,”Wahai Rasulullah berapakah jumlah para rasul?” Baginda menjawab,”315.” 
Orang-orang yang meriwayatkan (hadis ini) adalah orang-orang yang boleh dipercayai.


Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Ulul Azmi?

Ulul Azmi adalah gelaran yang diberikan kepada para rasul yang memiliki kedudukan tinggi/istimewa kerana ketabahan dan kesabaran yang luar biasa, dalam menyebarkan agama Islam (Tauhid al-Islami). Di antara 25 rasul, terdapat 5 orang rasul yang mendapatkan gelaran Ulul Azmi. Ulul Azmi adalah gelaran yang diberikan kepada rasul Allah yang memiliki ketabahan yang luar biasa dalam menyampaikan risalahnya.
Antara yang telah mendapat gelaran Ulul Azmi adalah :

Nabi Nuh a.s.
Nabi Ibrahim a.s
Nabi Musa a.s
Nabi Isa a.s
Nabi Muhammad s.a.w

Rasul yang wajib diketahui

1. Nabi Adam a.s. (Manusia pertama diciptakan oleh Allah)
2. Nabi Idris a.s.
3. Nabi Nuh a.s.
4. Nabi Hud a.s.
5. Nabi Salih a.s.
6. Nabi Ibrahim a.s. (bapa kepada Nabi Ismail a.s. & Nabi Ishaq a.s.)
7. Nabi Luth a.s. (anak saudara Nabi Ibrahim a.s)
8. Nabi Ismail a.s. (anak Nabi Ibrahim a.s.& saudara tiri Nabi Ishaq a.s.)
9. Nabi Ishaq a.s. (anak Nabi Ibrahim a.s.& saudara tiri Nabi Ismail a.s.)
10. Nabi Ya'akub a.s. (anak Nabi Ishaq a.s.)
11. Nabi Yusuf a.s. (anak Nabi Ya'akub a.s.)
12. Nabi Ayub a.s.
13. Nabi Syu'aib a.s. (bapa mertua Nabi Musa a.s.)
14. Nabi Musa a.s. (saudara Nabi Harun a.s.)
15. Nabi Harun a.s. (saudara Nabi Musa a.s.)
16. Nabi Zulkifli a.s.
17. Nabi Daud a.s. (bapa Nabi Sulaiman a.s.)
18. Nabi Sulaiman a.s. (anak Nabi Daud a.s.)
19. Nabi Ilyas a.s.
20. Nabi Ilyasa’ a.s.
21. Nabi Yunus a.s.
22. Nabi Zakaria a.s.
23. Nabi Yahya a.s. (anak Nabi Zakaria a.s. & duapupu kepada Nabi Isa a.s)
24. Nabi Isa a.s.
25. Nabi Muhammad s.a.w. (Penghulu segala Nabi & Rasul, juga sebagai Nabi & Rasulullah terakhir diutuskan Allah ke muka bumi)

P/S : Moga kita mendapat ilmu :-)


10 orang komen:

Unknown said...

bagus perkongsian macam ni bro, secara tak lansung dapat refresh balik ingatan, mana lah tahu umur makin meningkat ni masih lagi terkapai-kapai nak ingat.. nice sharing bro :D

Unknown said...

alhamdulillah mengukuhkan ingatan dan pengetahuan...sangat bagus entry

Nur Nainis said...

Teringat pula istilah ulu azmi waktu belajar tassawur dekat sekolah dulu. Nabi jumlahnya tak tahu berapa, yang wajib dan memang selalu ingat Rasul. Paling ingat lagunya.

Unknown said...

dah lama tak belajar pasal nabi nie...thanks for ilmu apit....

MalizaMah said...

nice sharing....

Sayidah Napisah said...

teringat lagu raihan-25rasul :)

Anonymous said...

syukran , terlupa dengan bilangan sebenar para anbiya dan rasul =) yang wajib in sha Allah masih ingat

Nadia Johari said...

kalo nad..nak ingt nabi..nad nyanyi..kan ade lagu khas tuk mengingati nabi..=)

admin said...

memang terbaik entry kali ini. :D

C.T.K said...

bagus2...tambah ilmu yg igt2 lupa ni :)