08 February 2013

Apabila Hackers Mula Berdakwah

Assalamualaikum w.b.t

Pagi ini dikejutkan dengan satu kejadian yang bagi aku amatlah mulia. Inilah yang terjadi apabila semua rakyat sudah mahukan Islam seislamnya. Sudah lama kita jadi Islam hanya pada surat beranak dan IC. Kini masanya untuk kita berubah dan bersuara. Sebelum ini laman web Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumput (Jawi) di Hack.. Kali ini laman web Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP Online) pula telah di hack bagi tujuan yg mulia. HACK --> http://www.jkkkp.gov.my/


ISI KANDUNGAN YANG INGIN DISAMPAIKAN OLEH HACKERS TERSEBUT.
Assalamualaikum. Kami selaku rakyat Malaysia memohon agar pihak kerajaan Malaysia sekarang ini menyumbangkan sedikit masa untuk membaca dan meneliti memo di bawah.

1. Tetapkan pemakaian artis agar tidak terlalu menonjol

2. Membuka lebih banyk peluang pekerjaan untuk belia

3. Mohon dikaji semula umur bersara untuk memberi peluang pekerjaan kepada golongan muda lepasan IPT.

4. Mohon turunkan kadar cukai

5. Mohon turunkan/hapuskan caj yg xmunasabah

6. Mohon dikaji smula pendidikan negara yg terlalu berorientasikan peperiksaan.

7. Mohon Perdana Menteri melepaskan jawatan demi masa depan negara.

8. Mohon diberikan biasasiswa kepada pelajar yang cemerlang tanpa mengira latar belakang.

9. Mohon kembalikan hak rakyat.

10. Mohon menangkap pemimpin rasuah dengan segera.

11. Mohon debat antara pemimpin berlainan parti 2 bulan sekali untuk menunjukkan kematangan pemimpin.

12. Mohon hentikan penggunaan porno dan fitnah yg melampaui logik akal ketika berkempen atau ketika ingin menjatuhkan parti lawan kerana ia boleh memalukan diri sendiri,

13. Mohon salah satu negeri di Malaysia dibenarkan untuk melaksanakan hukum hudud agar dapat dijadikan contoh kepada negeri2 lain.

14. Mohon siasat setiap kekayaan melampau setiap menteri.

15. Mohon kerajaan masuk campur dalam isu harga rumah yang melambung tinggi sebelum terlambat dan jadi macam spain, portugal dan greece.

16. Mohon undi yang bersih

17. Mohon Bil Pembentungan Indah water dihapuskan

18. Mohon pendidikan percuma untuk rakyat

19. Mohon hukum Islam dilaksanakan secara keseluruhan dan tidak liberal.

20. Mohon dihukum mana2 kaum yang rasict.

21. Mohon royalti diserahkan kepada rakyat Kelantan dan Terenganu,bukan Wang Ihsan

22. Mohon media yang adil.

23. Mohon jadikan Malaysia negara yang betul2 mengamalkan demokrasi,bukan demokrasi yang hanya pada nama.

24. Mohon pemimpin bertaubat

25. Mohon pemimpin yang bersalah mengaku akan kesalahannya.

26. Mohon isteri para pemimpin memakai tudung supaya dapat menjadi contoh kepada rakyat.

27. Mohon pemimpin mengamalkan cara hidup islam.

28. Mohon bangunan usang di setiap bandar dicat semula untuk mewujudkan suasana ceria.

29. Mohon harga barang keperluan diturunkan kerana ia begitu membebankan pengguna.

30. Mohon segala skim 1Malaysia dihapuskan. Kami mahu bantuan sebenar,bukan gula2.

31. Mohon menurunkan harga perkhidmatan internet serendah negara-negara maju yang lain.

Harapan kami agar pihak kerajaan Malaysia dapat mempertimbangkan isi kandungan memo ini kerana memo ini dibuat untuk kebaikan dan kepentingan negara Malaysia.

Hackers mula menolak tentang sistem pemerintaha negara Malaysia. Menentang bukan maksud membenci tapi kami mahu suara kami iaitu suara rakyat didengar. Bukan menyekat hak untuk kami bersuara. Jika disekat, inilah yang terjadi apabila anak muda sudah muak. Betul kata Dr Mahathir Mohamad, hanya yang cerdik pandai masuk pembangkang. Kami membangkang sebab kami sudah tak tahan lagi ditindas. 

P/S : Aku rasa hackers ini adalah seorang gadis. Sofea Hana. PR Hebat!
UPDATED!
Sofea Hana sudah restore balik website tersebut seperti sediakala. 

26 orang komen:

Siti Sabariah Hashim said...

usaha yang baik, apit bila lagi nak hack laman web maksiat? hehehe

Aku pengembara said...

Menarik jg permintaan nie.. saya kalau da masuk bab2 politik nie malas nak komen panjang.. tp terbaik la untuk hacker nie.. mungkin ini je cara supaya org2 tertentu dengar suara hati rakyat.

Nasir said...

dah boleh buka seperti biasa website tue...:)

Amaliena Ros said...

hebat la hackers macam ni..kalau hack bertujuan untuk menyuarakan pendapat pun ok jgak kan,.:)

Kak iman said...

yuhuu...i like diz hackers.walau xtau spe si hackers tapi iman setuju pe yg smua dia cakap...demi agama, demi rakyat

shima said...

Dah g website jkkk tu...xde pn kena hack..ke dah pulih..??

Nur Sakinah Ahmad Rosli said...

hahahaha terbaeeek!

Unknown said...

yang penting no. 7

Keri said...

gunakan kemahiran utk benda elok. baru betul

StarPrincess said...

As salam, apit..,Sokong dgn Siti Sabariah Hashim... hack laman web maksiat yg terlalu berleluasa...-_-''
to apit, mohon share boleh ke? jgn risau, sy akn linkan kpd apit...

Nur Lavender said...

salute sbb berani menghack dgn memo permintaan tu..:) thumbs up..

Serikandi Saadah said...

dalam setandan hackers,tidak semuanya busuk.eh?

Unknown said...

tak dapat semua tapi dapat perbetulkan antaranya pun dah cukup baik.......

Anonymous said...

Dah dah engkau dan member yng lain buat..Bodoh btul laa..aku pelik dngn orng-orng yng sokong PAS nih..Nk suruh turunkan harga kereta lah apelah..dah habis turun pun nk turun lagi.Kalau tk buat gitu,jalan raya tk boleh buat.Bongok..Satu lagi aku tk suke ah ustaz azhar bgi motivasi..asyik nk ckp bodoh la.Benci tngk..Dlm islam cri berdakwah tk boleh maki-maki orng.gune bhse yng sopan ni tk..Kalau yng 1 tuh aku suke.Pmkaian artis mmng menyakitkann

Anonymous said...

http://i.imgur.com/ZqcsygC.jpg

Kau gtw jantan nih jngn stay malaysia lagi.Ni negara Malaysia la..Bodoh btul!

Anonymous said...

berdakwah cara bodoh..kalau aku thu sape hack dh lame dh matii

MisS BubBLe said...

Boleh tahan isi kandungan ni.. Sama2 kita hayati,jangan sebab ni semua nak bergaduh. Peace :)

Kak H said...

dah elok balik dah laman web nya kan? :)

Nadia Johari said...

mintak hapuskan faedah ptptn..haha..ape yng kite dpt kite byr blik ape yang kite dpt..ni lain ape yng kite dpt kne byr lbh dr kite dpt

3no gr33ny said...

semua yang dinyatakan tu betul la

Sayidah Napisah said...

wahh mantoopp.. :)

cik kiwi's said...

Kah kah. Ade jugak macai komen kat sini ye dak. Hhahaha

Solehah Shamsuddin said...

Terbaik!

Unknown said...

Great..salah satunya pasal jgan menonjol sangat..n paling MANNANG (PALING MENANG) 8. Mohon diberikan biasasiswa kepada pelajar yang cemerlang tanpa mengira latar belakang.

selipar putih said...

terbaikla dia punya wish..xtahan ade plak yang kate dia jalang lah..xpaham aku..

Unknown said...

perghhh terbaekk laa.. :D hack sambil berdakwah..