20 May 2012

Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg Sudah Berkahwin

Gambar perkahwinan Mark Zuckerberg Dan Priscilla Chan. Tahniah diucapkan kepada pengasas Facebook Mark Zuckerberg apabila telah kahwin dengan wanita idamannya Priscilla pada 19 Mei 2012. Pengumuman perkahwinan ini telah dinyatakan sendiri oleh Mark di status facebooknya. Pengasas Facebook berusia 28 tahun itu yang juga merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Facebook berkahwin dengan teman wanitanya, Priscilla Chan, 27, menjadikan minggu ini paling sibuk bagi pasangan berkenaan.
tengok di sini --> http://bit.ly/Jiriuu
Halaman profil Facebook Mark menunjukkan bahawa pasangan berkenaan berkahwin semalam dan memuat naik gambar mereka di laman sosial itu. Pasangan serasi itu bertemu di Harvard dan sudah menjalinkan hubungan mesra selama lebih sembilan tahun. Mark merupakan jutawan paling termuda di dunia melalui aset terpentingnya facebook. Faktor pengiklanan adalah sumber utama dan punca kekayaan beliau. Zuckerberg menyambut ulang tahun hari kelahiran ke-28 esok.


Laporan media menyebut tetamu-tetamu dijemput menjangkakan bahawa mereka akan menghadiri majlis sambutan hari graduan Chan, tetapi dikejutkan dengan majlis perkahwinan. Cincin perkahwinan direka bentuk oleh Zuckerberg, yang mengasaskan Facebook pada 2004. Pasangan itu kemudian berpindah ke California - lokasi ibu pejabat Facebook ditempatkan manakala Chan pula mengikuti pengajian perubatan di University of California, San Francisco. Zuckerberg menguasai 56 peratus ekuiti dalam Facebook.

8 orang komen:

raziellia said...

untungla jadi isteri orang kaya. hahaha

Unknown said...

Wahh, congrats Zuckerberg.. :)

Si Matatajam said...

Memang untung jadi bini dia. Errrrr...tapi kat dunia je la...

Mawardi yunus said...

dah kawin dh dia ,,, huhu

EkaTikah said...

wah, akhirnya tamat juga zaman bujangnya. tahniah le Mark. dpt bini cantik :D

Awan Nina said...

tahniah lerr Chan , dapat laki kaya .
hoho

49 said...

Haiiih, kaya deh suami dioo.. Untung, untung..

Cikpijaaa said...

untunglaaaa~ =P Hohoho