08 July 2011

Apa yang ada di Sunway Lagoon?

salam blogger kepada semua blogger kat Malaysia dan luar..
wah wah wah sekarang apit design semua kuning aih..
al maklum lah..perhimpunan BERSIH 2.0 besok kan..
ini bukan entri politik atau perhimpunan haram or apa..
ahh abaikan semua tue..korang semua pernah pegi Sunway Lagoon tak?
bes ke tak? teringin la nak pergi sana..apit tak pernah lagi pergi..
tak berkesempatan la nak pergi sampai sana..huhu..
sedih bebenor..apa kata kita lihat apa yang ada kat Sunway Lagoon..
buat research sikit tadi..hujung tahun nie nak pergi sana lah..
sapa nak join jom jom..peace..gathering blogger kat sana..wah wah wah..

Sunway Lagoon ialah sebuah taman hiburan di Petaling Jaya, Malaysia yang dibuka pada 29 April 1993. Sunway Lagoon terletak di Bandar Sunway, berjiran dengan pusat beli-belah Sunway Pyramid di utara, tempat penginapan Indah Villa di barat laut dan Sunway Hotel di timur laut. Pada mulanya, ia terdiri daripada taman air, taman ria dan taman haiwan, tetapi kemudian ditambah pula dengan taman seram dan taman aksi lasak.

Sunway Lagoon boleh dimasuki melalui laluan dari Sunway Pyramid atau Sunway Hotel. Pengunjung boleh membayar yuran asas untuk memasuki taman air, taman ria dan taman haiwan sahaja, atau yuran istimewa yang lebih mahal untuk ke dua taman lain iaitu Extreme Park dan Scream Park. Selepas membeli tiket, para pengunjung diberikan gelang tangan sebagai petanda kebenaran masuk.


Taman air Sunway Lagoon (Water Park) terdiri daripada dua bahagian utama, iaitu Waters of Africa di kawasan utara dan Surf Beach di kawasan tengah. Waters of Africa bercirikan tiga jenis gelongsor air dalam kawasan bermotif Afrika, iaitu "Congo Challenge" (gelongsor lumba berlorong enam), "Cameroon Climb" (dua gelongsor ulang-alik), African Pythons (tiga batang tiub berliku), ketiga-tiganya dinaiki dari cenuram buatan di bahagian barat laut taman.

Selain itu, kawasan "Rain Fortress" dan "Kalahari Kids" yang dibuka pada tahun 2005, merupakan tempat bermain air khas untuk kanak-kanak yang terletak di timur kawasan tiga gelongsor air tersebut, tidak lupa juga kolam renang "Lake Kariba" yang terletak di bahagian timur laut taman, berhampiran tangga keluar masuk dari celah Sunway Hotel.

Di tengah-tengah taman air terletaknya "Surf Beach" (dahulunya "Jeffrey's Bay"), sebuah kawasan pantai buatan atas tasik yang dikhususkan untuk kegiatan luncur air dalam sempadan tertentu. Ombak buatan dihasilkan dari sebuah penjana gergasi dari latar gunung berapi buatan. Surf Beach dihebohkan sebagai "Pantai Luncur Air Tertutup Terbesar di Dunia" yang juga mempunyai "Penjana Ombak Terbesar di Dunia" Kegiatan luncur air terhad kepada kawasan berjubin biru muda yang ditutupi oleh dua batang jambatan konkrit yang menyambung kawasan daratan dengan gunung berapi; kawasan tasik yang selebihnya adalah kawasan larangan berenang. Selain meluncur air, tempat ini juga sesuai untuk berenang atau bermain air (di tepi pantai sahaja), ataupun mengadakan acara hiburan.



Kawasan taman ria tertumpu di bahagian barat laut Sunway Lagoon, dan terbahagi kepada Wild Wild West dan World of Adventure.

Wild Wild West bermotif zaman kegemilangan Amerika Syarikat selatan abad ke-19, menampilkan tunggangan kering seperti "Buffalo Bill Coaster", "Chief Crazy Horse Carousel" dan "Butch Cassidy's Trail", ditambah lagi dengan tunggangan berair iaitu "Niagara Falls Flume Ride", "Colorado Splash", dan "Grand Canyon River Rapids".

World of Adventure pula hanya terdiri daripada tunggangan kering, seperti roda ferris "Wagon Wheel", roller-coaster "Lost City of Gold", karusel "Apache Pots" dan dua buah buaian gergasi 360 darjah "Tomahawk" dan "Pirate's Revenge", tidak lupa juga kawasan pameran "The Cave" yang terletaknya kawasan simpanan harimau iaitu "Tiger Adventure". Di situ juga adanya satu hujung jambatan gantung berukuran 428 metres (1,404 ka) yang menyeberangi seluruh tasik dari World of Adventure, melalui gunung berapi Surf Beach hingga kawasan Extreme Park di bahagian tenggara Sunway Lagoon.


Diperkenalkan pada tahun 2008, Extreme Park terletak di bahagian tenggara Sunway Lagoon, dilengkapi dengan kemudahan ATV, litar lumba go-kart, lapangan Paintball, "Wall Climb", "Flying Fox" dan "Power Jump Bungee Trampoline". Tunggangan bersantai juga disediakan dalam bentuk kayak, perahu atau "Swan Ride" di tasik.



Di sepanjang tepi barat Sunway Lagoon ada sebuah taman haiwan mini (Wildlife Park) yang menempatkan pelbagai spesies burung dan mergastua untuk tatapan pengunjung. Taman haiwan ini boleh dimasuki dari kawasan barat laut dan berhujung di sebuah ampliteater di barat daya yang digunakan untuk pertunjukan haiwan atau acara hiburan pop.


 Juga dibuka pada tahun 2008, Scream Park merupakan kawasan bertema seram yang menapilkan pawagam "Pontianak Theater of Fear" yang khusus untuk wayang seram dalam bentuk 3D, serta pagar sesat "Terminator X: A Laser Battle for Salvation" yang diilhamkan oleh siri filem Terminator.
 banyaknya tempat tempat best dalam tue kan..
yang paling teringin sekali nak try extreme park tue..perghhh..terbaikk..
bila ntah nak pergi sana..sapa yang pernah pergi sana?
ceta la sikit apa yang ada kat sana lagi..
mahal ke tak dalam tue..kesian la sikit orang yang tak pernah pergi nie..
hahahaha..kesian sungguh..so ringan ringan jari komen okay..

sumber dari :
http://www.sunwaylagoon.com/
http://ms.wikipedia.org/

 Salam by Hafizzi Aziz

19 orang komen:

LaLa mhdnor said...

x penah pegi, sedih kan :(
teringin nak pegi :)

Azhafizah MN said...

fiza dulu selalu je layan ice skating kat sunway..tapi tak penah nak jejak ke sunway lagoon sebelah tu...dok sempadan je..layan angin sambil tgk retiss lepak kat starbucks..hehe..tapi sejak sume naik harga mahal..takde dah le nak ber'ice skating' n g sunway..mahal kot..baek g bukit merah laketown..puas hati..akekeke..nak buat gath kat sunway.bolehboleh..ujung tahun ek..(=

Tinta Lana said...

Apit..lana pernah gi,tapi 15 thun lepas,hahahaha.

Maaf,tak dapat nak mengkomen, tapi..Bukan ke kat laman web sunway lagoon tu ada dah harga and pakej2?

syira said...

LOL.
syira baru pegi sana bulan 1 hari tu.
cm dh lama je.hehe
ada dlm entri syira WW#4 kalau tak silap syira bergambar dgn org asli tiruan kt wildlife park.
mmg syok la. tak rugi. =P

Alif Haris said...

haha geng la kita apit .. tak pernah pegi sunway lagoon lg .. wakaka ..

nth lah .. mcm kureng minat la .. klu nk mandi p je laut atau sungai ..haha

FIZGRAPHIC said...

@lala : jom2 kita p jom..teringin gak nak p..x kesampaian..huhu

FIZGRAPHIC said...

@azhafizah : mahal eyh..huhu..bukit merah apit dah x larat nak p dah..hahaha..jom2 gath kat sana..sapa nak admin nie? hihi..

FIZGRAPHIC said...

@lana : 15tahun lepas? amboiii..haha..jom2 kita p buat gath sana nanti..bes tue..hihi..

FIZGRAPHIC said...

@syira : ha apit dh tgk kat ww#4 syira..bes tue snap2 pic ngn org asli tiruan..haha..sexy dorang kan..

FIZGRAPHIC said...

@aliff haris : haha..kita senasib bro..bila nak jejak sana xtaw la..hahaha..

puanbee said...

dah lama plan nk pergi tp tk pergi lagi , abg sibuk je

qamarguyz said...

salam ziarah..
apit..aku pun belum pernah pergi..
bukan apa..tunggu k0 sponsor..
boleh? hehE ;)

sarah mohamad said...

best jugak peri sunway ni. kalau apit nk g jom boleh wat gather2 hehe

FIZGRAPHIC said...

@qamarquz : haha..aku lak kena sponsor ye..alaa..ko la sponsor aku..taw3..hihi

FIZGRAPHIC said...

@puanbee : ish akak nie,duk dekat pown x p lagi..kesian anak2 akak tue teringin nak p..

FIZGRAPHIC said...

@puanbee : ish akak nie,duk dekat pown x p lagi..kesian anak2 akak tue teringin nak p..

FIZGRAPHIC said...

@sarah : jom3..nanti roger2..hihi

maMataufiQ said...

huhuhuhu,,,mcm best jer,,,xpernah pegi lg,,,,

Unknown said...

kasian pkcik . da burim da p sana . nk tiket murah ? abg ipar saya keje hotel sunway . dpt harga murah . ada dlm fb adk . t add la ye . badrulhisham nasaruddin