27 June 2012

Subhanallah! Sujud Syukur Di Lebuhraya

KUALA LUMPUR: Sebaik menerima berita kemenangan Dr. Mohamed Mursi (Presiden baru Mesir), mereka memberhentikan kereta lantas sujud tanda syukur di atas anugerah Allah. Menurut seorang Imam yang baru pulang dari Mesir, beliau melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana lebuhraya yang beliau lalui dari ibu kota ke lapangan terbang Kaherah penuh dengan kereta berhenti. Dan mereka berhenti bukan untuk membuang air kecil tetapi sujud syukur atas pengesahan kemenangan Dr Mohamed Morsi sebagai Presiden baru Mesir.
“Ikhwanul Muslimin menang pilihan raya ini selepas 40 tahun berdakwah untuk menyedarkan rakyat Mesir kepentingan politik dalam Islam,” kata beliau kepada Harakahdaily.
Imam ini meninggalkan rumahnya kira-kira jam 1 tengahari menuju lapangan terbang walaupun penerbangannya dari Kaherah ke Kuala Lumpur hanya pada jam 11 malam.
“Namun kerana bimbang jalan jam, saya keluar awal. Bila sampai tengah jalan dalam jam 3.15 waktu Mesir, saya lihat banyak kereta berhenti dan penumpang serta pemandunya sujud di atas jalan raya itu. Barulah saya sedar, mereka membuat sujud syukur atas kemenangan Dr Mursi secara rasmi,” katanya --> http://bit.ly/L10a6e
Sujud Syukur Rakyat Mesir Setelah Dr Muhammad Mursi, Ikhwanul Muslimin Diumumkan Menang Dan Seterusnya Dipilih Sebagai Presiden Mesir yang Baru...
Dr Mursi diumumkan menang pilihan raya presiden Mesir kira-kira jam 10.30 malam waktu Malaysia Ahad lepas. Kemenangan beliau diisytiharkan secara rasmi selepas seminggu pilihan raya itu selesai. Kira-kira sejuta penyokong beliau berkumpul di Dataran Tahrir berkumpul bagi memastikan Suruhanjaya Pilihan Raya Mesir mengumumkan Morsi sebagai pemenang kerana kiraan yang dibuat oleh Ikhwan sudah menunjukkan Morsi menang. ---> http://bit.ly/KCA0R1


Basyar Asad dalam ucapannya merakamkan tahniah kepada Dr Muhammad Morsy sebagai Presiden Mesir yang baru. Respon Dr Morsy terhadap ucapan tahniah tersebut :
"Kami menolak ucapan tahniah kamu dan tidak pernah mengiktiraf kamu. Hanya yang mewakili rakyat Syria ketika ini ialah Tentera Pembebasan Syria dan Majlis Pimpinan Revolusi" -  Sumber : El-Arabiya 
p/s : Apa pula reaksi Dr Morsy kalau PM Malaysia mengucapkan tahniah kepada beliau? Aku pernah terbaca yang pemimpin Malaysia sendiri iaitu Najib membayangkan Ikhwanul Muslimin sebagai pengganas, malah mendakwa Ulama Besar yang menjadi rujukan dunia islam Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi sebagai membawa kesesatan di Timur Tengah. Apakah dia takut Islam naik di muka bumi ALLAH S.W.T nie dan tidak boleh cari makan? Moga-moga kebangkitan Islam juga akan berlaku di bumi Malaysia ini. Amin. :-) sumber dari --> SINI

5 orang komen:

Eiqa azra said...

alhamdulillah.. bagusnya orang-orang kat sana.. :)

puteri cahaya said...

subhanallah.. Alhamdulillah.. menunggu khabar baik dari syria pula. semoga Allah memberi mereka kekuatan dan kesabaran.

Keri said...

bangkitkan Islam dalam diri kita...
dan Islam akan bangkit di negara kita...

*siap sedia ntok sujud syukur lepas PRU-13

Ahlul Albab said...

Subhanallah,,,

Pemimpin Islam yang perlu dicontohi..n_n... Allahuakbar!

seindah sutera said...

bukan nk kutuk pm kita,just nk bg pndgn..cuba bygkn kalu pm kita pn dpt mghafal 30 juzuk al-quran mcm dr. muhammad mursi nie..kn bgs..aman malaysia..amin