19 June 2013

Isteri Apex, Leuniey Natasha Hamil 6 Minggu




Assalamualaikum w.b.t

Nampaknya berita gembira yang ditunggu-tunggu oleh semua peminat bola sepak kebangsaan akhirnya tiba jua, apabila isteri Apex atau nama sebenarnya Khairul Fahmi Che Mat iaitu Leuniey Natasha telah disahkan hamil enam minggu.

Berita gembira ini telah dikongsikan sendiri oleh Leuniey menerusi sebuah majalah hiburan tempatan dan menurut isteri penjaga gawang gol kebangsaan ini, sewaktu berita kehamilannya itu dimaklumkan, Apex sedang berada di Australia dan turut mengalami ‘morning sickness’ sepertinya.

Alhamdulillah, saya telah disahkan hamil enam minggu. Ketika memaklumkan berita gembira ini kepada suami, Apex ketika itu berada di Australia. Dia berasa cukup teruja dan gembira malah turut mengalami ‘morning sickness’ seperti saya. – Ujar Leuniey menerusi laporan Media Hiburan Online.

Menerusi laman Instagram miliknya, Leuniey turut menafikan kewujudan sebuah akaun Facebook yang menggunakan namanya dan menegaskan bahawa dia langsung tidak mempunyai akaun yang melibatkan laman sosial berkenaan.

P/S : Moga apex dapat menjaga isteri dan anak dalam kandungan dengan sebaik-baiknya. :-)


11 orang komen:

Anonymous said...

yelah kalu dah orang glamer kan... semua nak amik tahu

Solehah Shamsuddin said...

Lucukan ble Apex da morning sickness.hehe apa-apa pun tahniah utk mereka berdua :)

panglima harapan said...

kak leuniey dh pkai tudung? ya Allah..comelnya! :D

Student Kecik said...

wow apex bakal jadi ayah laa! =)

Sukma said...

seronok dapat first baby nanti....tahniah..

Unknown said...

tahniah buat apex sb bakal bergelar ayah.

Unknown said...

Tumpang tnya. Cp dalam 8share tu apa? Cntohnya mcm 20cp, 100cp atau 60cp.

-meeSUPERGIRL- said...

alhamdulillah .. tahniah buat mereka

Unknown said...

tahniha buat mereka, ermm, xlama laghhi apek dah bergelah bapak bpulak

Aliff Haikal said...

Hebat apek. hehehe tahniah !

Anonymous said...

Allhamdullilah