Last updated!

02 June 2013

Tak Sempat Serang, Nyawa Melayang



Assalamualaikum w.b.t

GEORGETOWN - Gara-gara berhentikan kenderaan di tengah jambatan Pulau Pinang, seorang lelaki menerima padah apabila dirempuh sebuah kereta dari arah belakang sehingga menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian.

Nahas yang berlaku kira-kira jam 12.30 malam semalam itu dipercayai berpunca rasa tidak puas hati mangsa, Phung Soon Lye, 39, terhadap pemandu sebuah kereta lain sebelum bertindak memberhentikan kenderaannya di tengah jambatan di Kilometer 7.7 dari Butterworth menghala ke kawasan pulau.

Sun Lye kemudian dikatakan keluar dari kenderaannya, terus meluru ke arah kereta berkenan dan cuba membuka pintunya untuk menyerang pemandunya.

Bagaimanapun, belum sempat berjaya membuka pintu kereta berkenaan, sebuah kenderaan lain dari arah belakang merempuhnya.

Akibat rempuhan itu, mangsa terpelanting kira-kira 50 meter malah pintu kereta yang cuba dibukanya juga tercabut.


Mangsa mengalami kecederaan serius di bahagian kaki dan kepala, maut serta merta di tempat kejadian.
Menurut sumber, mangsa mengalami kecederaan serius di bahagian badan dan kepala. 

“Akibat rempuhan kuat itu, tubuh mangsa terseret dan pintu kereta terbabit turut tercabut.
Difahamkan, pemandu kereta berkenaan hanya mengalami kecederaan ringan sebelum dibawa menjalani rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP),” katanya.

Mangsa cuba membuka pintu kenderaan ini sebelum dirempuh kereta dari arah belakang. Pintu kereta turut tercabut

Menurutnya, mangsa dikatakan dalam perjalanan dari Prai menuju ke pulau dan setakat ini polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu dan sudah mengambil keterangan daripada pemandu dan juga beberapa saksi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit.

Mayat mangsa dihantar ke HPP untuk bedah siasat.

P/S : Kes panas baran sangat nie. Kat jambatan tu laju kot orang bawak keta. Aku pon bawak 1.4 di situ kalau tak sesak. 


9 orang comel komen:

Kuazue Mohd said...

la..awat nya atas jambatan..dah tau keta suna laju..ai yg merempit pun laju jugak atas tu..tmbah2 tang tgh...gatai sgt nak marah x kena tempat...TAPI..nak wat lagu mana..dah tersurat...lari p mana pun ..dah tulih tang tu..tang tu juga lah...INSAF2 sat...

Shakirah Rosli said...

Dah samapai ajal dia..panas baran mkn diri je ish2

Nadia Johari said...

jangan sesekali keluar daripada kereta semasa di jalan raya...

NaZiRaH @ Ezyra said...

komen takdak kaitan dengan entry:

comey header, haha

Mime MF said...

ikut rasa binasa, ikut hati mati..inilah...haishh

KY said...

eeemmm...nak tunjuk samseng jalan rayalah tu...alahai..

anis Sk said...

dah ajal nya tiba .. atas jambatan tu kn sesak kete pon laju2. jgn la kuar kete

Sukma Haron said...

tu ler pasal...jangan ikut perasaan...

Cik Fie said...

ajalnya dah tiba . tula . jgn panas baran . erm .