26 June 2013

Kalau Laptop Lembab, Jangan Marah Dia..

 

Assalamualaikum w.b.t

Aku tak berupdate blog semalam. Laptop aku buat perangai. Serius sedih gila kot semalam wey. Mula-mula okay ja aku update pasal jerebu, then aku ingat nak start lah buat keja design aku cam biasa. Dengan tidak semena-mena laptop aku buat hal apa ntah..Jadi lembab kot. Aku hilang sabar la. Aku tampar sekali kat laptop nie, terpadam terus. Then baru aku sedaq yang aku p tampaq kat bahagian hardisk (tepi slot RAM).

Laptop aku terus terpadam. Blackout terus. Aku ingat takdak apa lah sebab memang selalu pon aptop aku jadi camtu. Then aku pon on lah macam biasa balik. Bila on ja, kuar lah screen, lega terasa dalam hati. Tapi bila aku tunggu loading, alahai lembab. Haa time tu aku tak sedap hati dah. Aku maki kaw2 punya. Sakit hati kot. Dengan keja design aku banyak x siap. Laptop aku takleh masuk window.


Apa yang paling aku pikirkan data dalam C dan D, memang aku nak dapatkan balik data tue. File projek photoshop aku banyak kot. Dekat 20GB asanya projek2 aku. Aku pon bawak p kedai lah. Sebab tak berani nak bukak casing laptop aku nie. Sebab slot nak bukak bahagian hardisk xdak untuk Sony Vaio aku nie. Kena bukak casing terus. Aku tunggu di kedai tu 3-4 jam gak lah sebab nak backup2 barang. Then hardisk aku nie rupanya dah rosak. Yela, laptop nie aku pakai dari tahun 2009 kot. Tak pernah osak. 5 tahun tu. Memang tak salahkan laptop nie lah.

Then aku dah pakai hardisk baru 500GB yang berharga RM230 sahaja lepas membodek tokey kedai. Sebelum nie aku pakai 250GB ja. Ha double lah daripada dulu. Apa-apa pon sekarang data dalam D saja yang aku dapat balik, data dalam C aku xdapat nak amik balik. Masih dalam proses nak try dapatkan data dalam C. Sebab hardisk laptop nie aku keluarkan dan dah jadikan external hardisk. Tapi bila cucuk USB, detect D saja. C tak dapat nak bukak. Tadi di kedai detectk, aku balik rumah, jadi error. Sedihnya. Bila aku double click kat C, dia suh format. Pala otak la format. Mockup aku banyak dalam tu kot!!  Anyone knows? Help me please. :-)


Nasihat : Barang tua, jangan diketuk, dimarah dan dicaci, nanti memakan diri. :-(


12 orang komen:

Anisa Anuar said...

macam teruk je problem...jgn tumbuk lak laptop tu...dasyat betul..

Fais-SKA said...

he3 blackout xthn 2..sbar byk2 bro..baran jgak la ni smpai hempuk2 lptop =) den xpndai sgt bab kmputer ni..tp kalau click dia kluar format..mcm dh rosak je C tu..pnh jd kt pndrive den dlu..last2 buang je..kalau kedai bleh buka..baik hntar kedai je buka n then transfer data ape yg ptt..

fasham said...

haha pernah terjadi juga tapi nasib dia telah berkhidmat 7 tahun so rasa berbaloi tp dia download laju kot hehe

Sukma said...

dia suruh beli baru tu...kasi tukau ler....

Cik Nor said...

kita guna pc jer..:)

Unknown said...

sabar jer lah.. x boleh buat apa2 lg..

jie susanos said...

parah tu bro..

Amirah. said...

laptop sy pun lembab.. rasa nk bakor je haih

nora razalli said...

kedai tu balik la tanya knp :)
lappy dah tua sgt tu. patut backup kt external mana2 yg penting. sbb dah tau selalu tiba2 padam kan?
mungkin RAM dah xdpt menmpung or kipas rosak. kalau dekat boleh tolg tgkkan :)

eyka said...

Laptop dah lama memang gitulah apit.. Macam-macam hal.. Dia mintak baru tu... Hihihhihii...

eiela said...

sabar je la,

Cik Fie said...

saya guna pc je . kalau guna laptop ,lembab gila . hahaha :)