Baca Entry Latest Nie Jugak!

17 June 2013

Rossa Terpaksa Buka Tudung Kerana Ikat Kontrak


Assalamualaikum w.b.t

Penyanyi terkenal dari seberang, Rossa, 34, yang telah bertudung setelah mengerjakan haji pada tahun lalu kini kembali mendedahkan rambutnya.

Tindakan itu menyebabkan dia dikecam teruk oleh peminat serta daripada masyarakat.

Rossa mengaku tindakannya itu telah mengundang pelbagai reaksi negatif namun dia terpaksa berbuat sedemikian kerana mematuhi kontrak dan persetujuan yang telah dibuat sebelum dia bertudung.

"Saya akui tindakan membuka tudung mengundang pelbagai reaksi negatif. Mereka tidak suka dengan tindakan itu.

"Sejujurnya, saya terpaksa berbuat demikian kerana perlu mematuhi kontrak dan perjanjian yang sudah dipersetujui lebih awal. InsyaAllah, selepas segala perjanjian atau kontrak tamat, mungkin saya akan berhijab atau selepas mendirikan rumah tangga," katanya.

Walaupun kembali membuka tudung, Rossa berkata, dia tetap menjaga penampilannya supaya tidak mencetuskan kontroversi memandangkan dirinya sudah bergelar hajah.

"Rasanya penampilan saya sekarang lebih sopan."

P/S : Alasan tak munasabah. Terpaksa sebab ikat kontrak. Kontrak ngan ALLAH ape cer?


12 orang comel komen:

Shakirah Rosli said...

ya Allah..boleh je cari jalan senanya dri bagi alasan cmni..kalau niat dia nk brtudung lps ikat kontrak atau brhusband n dia tak smpat sbb mninggal sebelum tu ke ? siapa tahu ? nauzubillah.

shasha yacob said...

alasan xmunasabah langsung, malu aku dengar sebagai seorang islam.

PeRdU cINta said...

sedih..kerana ada mata yang sedang memerhati..menilai..

cik yaya said...

alahai..betul tu apit..
memang tak munasabah alasan dia bagi ni..ish2..
bukak tudung sebab ikat kontrak..sebab kerja..
dia tak sedar ke rezeki tu Allah yang bagi..

meylshumeyl said...

Meyl tak cakap Meyl baik dan perfect bagai , cuma kongsi apa yang Meyl tahu jee .

"Wanita yang mendedahkan aurat bagi tontonan umum".
Balasannya : memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka.

"Sehelai rambut wanita bagi tontonan umum" .
Balasannya : Sehelai rambut yang nampak menggantung kita di akhirat.

Surah Al-Ahzab ayat 57 - 59

Sukma Haron said...

semoga diberi petunjuk dariNYA.....

Ahmad Amiruddin said...

alahai lebih pentingkn kontrak manusia lg drpd kontrak allah. klu rossa benar2 dpt hidayah tentu dia akn tamatkn kontrak tue.

Normi Nieza said...

moga dberi ptunjuk dan hidayah..aamiin

Anonymous said...

MMG ADE SYARIKAT RAKAMAN YG BG ARAHAN KONTRAK YG PELIK N X MUNASABAH..XLEH PKAI TUDUNG N X LEH KAWEN/COUPLE...HOPE SYARIKAT RAKAMAN MALAYSIA X DE WT ARAHAN KONTRAK YG PELIK2 MCM NI..BERI KEBEBASAN ARTIS UNTUK BERUBAH KE ARAH LBIH BAIK...

Cik Fie said...

astaghfirullah .

Azza Afdzal said...

mesti pemilik sykt rakaman yg rossa keje tu bukan islam kan??

Artie Natasha said...

Huh... ini antara inspirasi artie natasha semasa reka desain tudung koleksi untuk 2014 di butik artie. Kenyataan rossa memberikan pandangan negetif wanita muslim....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...