Last updated!

24 June 2013

Semua Sekolah di KL, Putrajaya dan Selangor Dibuka Besok


Assalamualaikum w.b.t

KUALA LUMPUR - Semua sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Selangor yang diarah tutup hari ini berikutan keadaan jerebu teruk, akan dibuka semula esok kecuali di Pelabuhan Klang.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Pendidikan), Datuk Sufaat Tumin berkata semua sekolah itu dibenarkan beroperasi semula esok apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) terus menunjukkan perkembangan positif. Setakat pukul 5 petang tadi, IPU di Cheras dan Batu Muda, Kuala Lumpur masing-masing menunjukkan bacaan 168 dan 189 manakala IPU di Putrajaya merekodkan 156.

"Sekolah di Pelabuhan Klang pula masih diarah tutup apabila mencatat IPU tahap bahaya iaitu 319,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sufaat berkata, semua sekolah yang terlibat dengan penutupan sementara akibat jerebu itu perlu mengadakan kelas ganti dan ia akan ditentukan oleh Pengarah Pendidikan Negeri masing-masing. - Bernama



Jerebu: Sekolah di Muar dan Ledang dibuka semula esok

MUAR - Pengarah Jabatan Pendidikan Johor, Mohd. Nor A. Ghani sebentar tadi mengumumkan semua 211 buah sekolah di Muar dan di Ledang akan memulakan sesi persekolahan seperti biasa esok.

Pengumuman itu dibuat susulan penarikan status darurat jerebu di dua daerah itu yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan akhbar malam ini.



Jerebu: Semua sekolah di Melaka operasi esok

MELAKA - Semua sekolah dan institusi prasekolah di Melaka yang ditutup hari ini akibat jerebu diarah dibuka semula seperti biasa esok. Pengumuman itu dibuat Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron melalui radio Melaka FM, petang ini.

Mengulas lanjut, Pengarah Jabatan Pelajaran Melaka Kasim Muhamad ketika dihubungi Bernama berkata kesemua 313 sekolah menengah dan rendah itu dibuka semula ekoran bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) kini berada di bawah tahap bahaya.

Beliau berkata sehingga 4 petang ini, Bandaraya Melaka mencatatkan IPU 127 manakala Bukit Rambai 148.

"Mengikut pekeliling Kementerian Pendidikan, sekolah dibenar dibuka sekiranya IPU di bawah 300, namun aktiviti luar bilik darjah termasuk sukan
dihentikan seketika," katanya.

Katanya pelajar juga digalak menggunakan topeng muka bagi mengelak terdedah pelbagai risiko yang boleh menjejaskan kesihatan. - Bernama



Sekolah di Kluang, Batu Pahat, Segamat dibuka esok

MUAR - Semua sekolah di daerah Kluang, Batu Pahat termasuk Segamat yang ditutup semalam selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada di tahap bahaya akan beroperasi seperti biasa mulai esok, kata Pengarah Jabatan Pendidikan Johor, Mohd. Nor A. Ghani.

Secara keseluruhan terdapat 117 buah sekolah di Kluang, 175 buah di Batu Pahat dan 110 buah di Segamat.

"Semua sekolah di tiga daerah yang ditutup semalam akan dibuka seperti biasa esok.

"Bagaimanapun, kita melarang sebarang aktiviti luar bilik darjah dilakukan demi menjaga keselamatan dan kesihatan para pelajar termasuk para guru," katanya ketika dihubungi hari ini.

Bagaimanapun, ujar Mohd. sebanyak 211 buah sekolah di Muar dan di Ledang masih ditutup sehingga pemberitahuan rasmi diumumkan kelak.



Jerebu: Ibu bapa dibenar tidak hantar anak ke sekolah - Muhyiddin

KUALA LUMPUR - Ibu bapa dibenar tidak menghantar anak-anak ke sekolah jika bimbang kesihatan mereka berikutan jerebu yang melanda sekarang, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, pihak sekolah hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu.

"Ibu bapa diminta merujuk kepada pihak sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan status sekolah anak-anak mereka terutama di kawasan yang terlibat,” kata Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan dalam kenyataan di sini hari ini.

Sekolah-sekolah diarahkan tutup hari ini iaitu di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka serta daerah Muar, Ledang dan Segamat di Johor, Port Dickson di Negeri Sembilan dan Kuantan di Pahang.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G.Palanivel memberitahu pemberita di lobi Parlimen hari ini bahawa sekolah-sekolah di Selangor dan Kuala Lumpur dijangka ditutup esok memandangkan keadaan jerebu bertambah buruk.

Muhyiddin berkata walaupun sekolah-sekolah dalam kawasan jerebu kritikal dan yang bacaan Indeks Pencemaran Udara melebihi paras bahaya telah ditutup, murid-murid dinasihatkan supaya tidak mendedahkan diri di kawasan terbuka. - Bernama


Jerebu: Semua sekolah di Kuantan dibuka esok

KUANTAN - , Semua sekolah di Kuantan yang ditutup hari ini akibat jerebu akan dibuka semula seperti biasa mulai esok, kata Pemangku Pengarah Pelajaran Pahang, Rosdi Ismail.

Beliau berkata, kesemua 120 sekolah menengah dan rendah di daerah itu

bagaimanapun diarah supaya tidak melakukan aktiviti luar dan ko-kurikulum.

"Semua pelajar dan guru-guru terlibat akan ke sekolah seperti biasa mulai

esok," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

P/S : Minum air masak banyak, pakai mask ye. :-)


6 orang comel komen:

zaza nizam said...

ohhh dh bukak.. yg penting, ibubapa jgn lupa bgi anak2 mnium air msak byak2..

mira dila said...

alhamdullillah..ipoh tak teruk sgt..ipu pun br 70 hr ni :)

Normi Nieza said...

jaga kesihatan...

Sukma Haron said...

jerebu di dalam hati jer...huhu

Cik Fie said...

take care abg apit :)

Solehah Shamsuddin said...

Pagi semalam Teluk Intan IPU 333. Tahap bahaya tu, tp dh hujan mlm ni. Rasanya pagi nanti sekolah akan dibuka semula.