Last updated!

12 June 2013

10 Model Kereta Turun Harga? Olololo.. Comelnya Menipu..


Assalamualaikum w.b.t

Amboi hampa..seronok kan dengaq kata yang kerajaan Malaysia dah turunkan harga kereta 2 hari lepas. Aku ada gak dengaq tapi aku taw dah mesti ada yang tak kena. Depa buat nie sebab kononnya nak menepati janji dalam manifesto akur janji sebelum pilihanraya hari tu. Okay paper Utusan kuarkan gambar-gambar yang kononnya mereka dah pon turunkan harga kereta. Fasa pertama plak tue. Kemungkinan akan turun harga kereta lagi. Okay jom kita tengok sat harga kereta model mana dah turun harga tue.

10 Senarai Harga Kereta Yang Diturunkan

1. Harga kereta Peugeot 308 turun (11 peratus) 
2. Harga kereta Volkswagen Golf turun (7.1%) 
3. Harga kereta Viva turun (5.4%) 
4. Harga kereta Myvi turun (4%) 
5. Harga kereta Persona turun (3.8%) 
6. Harga kereta Alza turun(3.4% 
7. Harga kereta Proton Preve turun (3%) 
8. Harga kereta Honda Jazz Hibrid turun (2.5%) 
9. Harga kereta Saga turun (1.1%) 
10. Harga kereta Exora turun (0.7%).

10 model kereta yang telah diturunkan harga pada Fasa pertama. OK. Tapi betul ke turun tu? Ke nak menipu rakyat lagi. Tolong la..nie bukan zaman Jepun. Sekarang zaman IT. Jangan la nak menipu sangat 24jam. Sekarang rakyat pandai mencari sumber-sumber sahih. Bukan senang nak menipu. Ingat ni zaman dinosour ke apa. Dah2 jom kita tengok sumber-sumber sahih yang menunjukkan kita telah ditipu bahawa harga kereta telah diturunkan. 


1. PEUGEOT

Okay pasal model Peugeot dulu. Dikatakan mereka harga kereta turun kan. Harga kereta pada Januari 2013 ialah RM115,663. Tapi cuba hampa check kat atas tu, tarikh pada 15th February 2013, harga kereta Peugeot bukan harga yang dikatakan tu. Dan dikatakn mereka, harga peugeot diturunkan sebanyak 11% dan menjadi RM102,888 pada bulan Mei 2013. Kepala bapak dia turun. Tu bukan turun. Tu still pada harga yang sama. Tak percaya, cuba lah check sendiri laman web peugeot sendiri SINI dan boleh check harga Peugeot 308 di semenanjung Malaysia SINI.


2. VOLKSWAGEN GOLF
Haa nie pasal kereta Volkswagen Golf plak. Amboii bijaknya nak kelentong. Hihihi. Sepandai-pandai BN kelentong, akhirnya kantoi jugak. Dah la tu, kantoi dengan Volkswagen Malaysia plak. Hahahaha. Tak pernah wujud pon harga RM169,888 tu. Memandai nak menambah. Kelentong orang kampung boleh la. 7.1% konon turun. Ayoyo. Tak percaya dengan gambar? Nah pergi lah tengok sendiri --> TEKAN. Jangan lupa share lak picture tu. Hahahaha. Eh ada yang kata tu fanpage tipu? Nah amik ni macai. Aku bagi website terus. Tengok kat situ harga berapa. Ngok ngek. --> TEKAN.


3. PERODUA VIVA
Kalau nak menipu harga kereta mewah macam kat atas tu logik gak la sebab orang miskin macam aku nie siang malam cari duit RM30 sehari mana mampu nak beli keta cam kata atas tu. Tapi sampai ke kereta VIVA pon depa nak menipu gak. Memang aku kagum dengan kehebatan mereka untuk memerintah negara. Terbaikk giler wey. Hahaahhaha. Kalau tak menipu, tak sah. Cuma nak mengkaburi mata orang yang malas nak buat research dan sokong membabi buta sahaja. Nah meh tengok website perodua terus kat SINI ye geng. Jangan percaya kat aku, percaya kat web nie ha. 


4. HONDA JAZZ HYBRID
Aku malas dah nak karang panjang-panjang. Hampa pandai2 lah bukak info SINI dan SINI. Baca apa yang patut ye. Aku dah tunjuk nie, pandai2 lah hampa usha untuk kereta lain plak. Satgi tunjuk semua, kecewa plak. Ohh malaysia tanah airku. Langsung taknak bantu rakyat. kesian sungguh kena tipu sokmo. Hahaha. 

5, 6, 7, 8, 9 dan 10 --> CARI SENDIRI


P/S : "Manifesto AkuJanji BN, Sebuah Janji Ditepati atau Dicapati" ?? Harga turun atau tak pernah pon turun?? :-)


14 orang comel komen:

amirahramli said...

kesian kat macai2,bendul sangat~haha

Cik Ummi said...

mmg terbaikkkk ah ! =D

janji dicapati cecah kuah chal >_<
hee,, menyampah. cakap berputar belit.

Sukma Haron said...

harga kereta turun...ADA AKU KISAH...hehe...aku dah 2 buah kereta...

Nyue said...

hahahahaha...nasib la, hidup ditipu o tut..tut...masing2 boleh fikir,kaji dan rumuskan..huhhu...

Normi Nieza said...

hurmmm

Qira said...

janganla ckp "tipu org kampung bolehla.."
ingat org kampung skrg kolot sgt ke?
haha

Cik Fie said...

hahaha :D

Haw said...

good compilation.. senang nak print kasi share kat org..

Emas Putih said...

lawak kan? haha

S.K.A said...

ahaksss..ambe rsa dpt ribet lg utg kot dr trun hrga 2..aptb..bnda cmni mmg dh bleh agak pn :)

Anonymous said...

kang nanti betul2 turun terkangkang ko!! AMBIK!

Shakirah Rosli said...

cakap je tanpa bukti kukuh semua org pun boleh buat.

Anonymous said...

Sudah2lah tu. Cuba highlight sesuatu yang membina. Kalau tinggal di sesetengah negara lain, tak mampu beli kereta.

HASRUL HASSAN said...

Hmm janji mereka tak pernah ditepati. Hanya yang ditepati adalah janji mereka pada pelobi, dan mereka yang memang dah kaya ...