29 June 2013

Gadis Ini Mengalirkan Air Mata Darah



Assalamualaikum w.b.t

Purranque (Chile): Doktor di Chile bingung apabila seorang wanita mengalirkan air mata darah.

Yaritza Oliva ketakutan apabila kejadian ganjil itu mula menimpanya awal bulan ini.


Sejak itu, tanpa sebarang amaran, mata wanita berusia 20 tahun itu mengalirkan darah beberapa kali sehari.

Yaritza mengunjungi doktornya tetapi apabila tiada tanda jangkitan ditemui, dia disuruh pulang dengan diberikan ubat titis mata untuk menangani kesakitan yang menurutnya, tidak boleh digambarkan dengan kata-kata.

Ibu bapa Yaritza meminta rakan dan jiran di Purranque untuk membantu mereka mengumpul wang secukupnya bagi membolehkan wanita itu dirawat pakar mata.

Bapanya, Jose yang bekerja sebagai tukang kayu, merayu dalam satu rancangan televisyen tempatan dengan berkata: “Letakkan tangan di dada anda, lihat keadaan kami dan bantu anak kami.” Yaritza mungkin menghidap penyakit yang jarang berlaku yang dikenali haemolacria. Penyakit itu menyebabkan penghidapnya mengalirkan air mata mengandungi darah.

Setakat ini hanya terdapat tiga kes yang dicatatkan yang mungkin menjadi tanda kepada penyakit lebih serius atau ketumbuhan atau berpunca daripada paras hormon yang tinggi pada wanita subur.


P/S : Selalu aku dengar dalam drama melayu ja air mata darah, rupanya ada betul-betul.


10 orang komen:

Nida said...

Hiiiiiii seramnye. Kasihan dia :(

3no gr33ny said...

dasyat!!

Student Kecik said...

Err sakit ? Aduss

Unknown said...

KETENTUAN-NYA

Unknown said...

takutlah. kesian dia

Shad said...

seramnya... kesin kat dia, hopefully cepat sembuh..

Teena Tna said...

Seram pulak tengok...

Maria Firdz said...

Huish... Ada rupanya.. Biasa air mata darah diistilhkn dgn org yg mngis sbb keciwa... Tpi ini betul2 bkn cobaan...

Zaf98 said...

huishh~ slalu dlm drama2 melayu, "kalo ko menangis air mata darah skalipun, dia tak boleh hidup balik!"~
skarang...ada manusia yg betul2 keluar air mata darah~ uishhh... sian dia. penyakit rupanya~ ><

Cik Fie said...

serammm .